Pada minggu lepas, syarikat interaktif global HoYoverse menyiarkan program online “PROGRAM KHAS HoYoverse di TGS 2023” pada malam pembukaan Tokyo Game Show 2023. Dalam program ini, beberapa game popular HoYoverse termasuk “Genshin Impact“, “Honkai: Star Rail“, “Honkai Impact 3rd” dan “Zenless Zone Zero” mengumumkan maklumat lanjut tentang game masing-masing kepada pemain di seluruh dunia supaya tiada yang ketinggalan.
Jika anda terlepas, berikut adalah senarai info penting yang perlu diketahui;
Genshin Impact Versi 4.0 + Pengenalan Peta dan Watak Baharu Versi 4.1
Yang pertama ialah RPG-aksi open-world, “Genshin Impact”.
Dalam program tersebut, Shun Horie (pelakon suara Jepun untuk Aether), Kana Ueda (pelakon suara Jepun untuk Yoimiya), Ryohei Kimura (pelakon suara Jepun untuk Tartaglia) dan Sayumi Suzushiro (pelakon suara Jepun untuk Kirara) muncul sebagai bintang jemputan istimewa dan berkongsi pengalaman mereka di Fontaine, sebuah negara baharu yang dikeluarkan pada Versi 4.0.
Selepas menyemak game ini, bintang tetamu turut membincangkan maklumat terkini daripada kemas kini Versi 4.1. Khususnya, watak baharu Neuvillette dan Wriothesley, Archon Quest baharu dan penambahan lokasi di peta Fontaine baharu pasti membuatkan ramai bersemangat tentang versi 4.1.
Info lanjut boleh dibaca di SINI.
Honkai: Star Rail Versi 1.3 + Versi PlayStation 5 Tidak Lama Lagi
Seterusnya ialah RPG fantasi angkasa lepas terbaharu HoYoverse, “Honkai: Star Rail.”
Kento Ito, pelakon suara Jepun untuk Dan Heng · Imbibitor Lunae, dan VTuber Elu daripada NIJISANJI yang popular, muncul sebagai tetamu dan berkongsi pengalaman mereka bermain “Honkai: Star Rail”. Fu Xuan ialah watak baharu yang baru menyertai
dalam acara Warp pada 20 September 2023.
Pelakon suara Jepun bagi Ketua Divination Commission turut membawa mesej kepada program ini. Tidak kira gameplay, jalan cerita atau Dan Heng · Imhibitor Lunae, Fu Xuan, Lynx dan watak lain yang mempunyai sifat yang berbeza, versi 1.3 telah memberi kesan yang besar kepada untuk bintang tetamu. Selepas mencuba game ini, Elu juga mencuba “Simulated Universe: Disaster Swarm” dalam versi 1.3 yang hangat dibincangkan menggunakan watak Fu Xuan, Lynx dan Dan Heng Imbibitor Lunae.
Dan yang terakhir adalah maklumat terkini tentang versi PlayStation 5. Versi PlayStation 5 untuk Honkai: Star Rail rasmi akan dikeluarkan pada 11 Oktober 2023.
Info lanjut boleh dibaca di SINI.
Honkai Impact 3rd Part 2
“Honkai Impact 3”, game aksi HoYoverse membawa maklumat penting dalam program online istimewa kali ini. CEO Dawei berkata bahawa ‘Honkai Impact 3: Part 2’ akan menjadi langkah baharu untuk IP daripada sistem bumi-bulan kepada sistem suria.
Di Marikh, pemain akan memulakan pengembaraan sebagai penduduk berasal dari Marikh dan meneroka Marikh. Pelbagai perkara untuk ditemui seperti landskap semula jadi dan umat baharu, serta berkenalan dengan kawan baru dari latar belakang budaya yang berbeza.
Pada masa yang sama, pengalaman pertempuran di Part 2 juga dinaik taraf, dan disertakan dengan jalan cerita dan adegan baharu, untuk membawa pengalaman gaming yang lebih kaya kepada semua pemain.
Info lanjut boleh dibaca di SINI.
Zenless Zone Zero akan hadir di konsol
Game ARPG fantasi urban yang sangat dinanti-nantikan “Zenless Zone Zero”, baru sahaja mengeluarkan trailer terbaharu di Gamescom 2023, masih mendapat ramai peminat bersemangat di Tokyo Game Show.
Dalam program online ini, Yuka Iguchi (pelakon suara Jepun Koleda) dan Yumi Igarashi (pelakon suara Jepun Corin) muncul sebagai tetamu, dan membawa pemain untuk memahami lebih mendalam tentang New Eridu, tamadun bandar terakhir dalam “Zenless Zone Zero”, melalui
reka bentuk bandar, watak dan lain-lain.
Dalam program ini, ia juga diumumkan bahawa “Zenless Zone Zero” akan dikeluarkan pada platform konsol, untuk memenuhi permintaan lebih ramai pemain.
Segala liputan kami tentang Tokyo Game Show disampaikan bersama kerjasama Predator Gaming.
@gamersantaimy
Discussion about this post