Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail versi 1.3 akan tiba 30 Ogos, bawa update ‘Celestial Eyes Above Mortal Ruins’!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2023
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Honkai: Star Rail versi 1.3 akan tiba 30 Ogos, bawa update ‘Celestial Eyes Above Mortal Ruins’!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, HoYoverse mengumumkan bahawa Honkai: Star Rail versi 1.3 aka Celestial Eyes Above Mortal Ruins akan rasmi dikeluarkan pada 30 Ogos 2023. Update ini akan memperkenalkan kawasan serba baharu bernama Aurum Alley, serta update besar-besaran untuk Simulated Universe. Bagi watak baru, Dan Heng · Imbibitor Lunae, Fu Xuan dan Lynx yang akan menyertai game mankala had Trailblaze Power juga akan ditingkatkan dan baki Energy juga boleh disimpan, sekali gus memberi lebih banyak masa untuk pemain berseronok.

Untuk gambaran umum, anda boleh tonton trailer di bawah:

Aurum Alley

Kredit: HoYoverse

Dalam kisah sebelum, di mana Phantylia dihalau oleh Jing Yuan dan Dan Heng, krisis Ambrosial Arbor berjaya diselesaikan. Walaupun bencana telah reda, misi pembinaan semula masih diteruskan , dan semua orang tidak sabar untuk membantu penduduk Luofu kembali ke kehidupan normal.

Dalam versi 1.3, kawasan baharu “Aurum Alley” akan datang tidak lama lagi! Di sini, para Trailblazer boleh menguruskan penghantaran barang dan merancang laluan logistik yang lebih berkesan untuk mengubah ekologi Aurum Alley secara beransur-ansur dan membantunya kembali kepada zaman kegemilangan dahulu.

Simulated Universe: The Swarm Disaster

Kredit: HoYoverse

Pada masa yang sama, Simulated Universe turut mengalami update besar, iaitu “Simulated Universe: The Swarm Disaster”. “The Swarm Disaster” dinamakan sempena wabak bahaya yang disebabkan oleh Aeon “Propagation” Tayzzyronth pada abad-abad dahulu.

Untuk merungkai sejarah rumit dan penuh dendam antara Tayzzyronth dan Aeon lain, para Trailblazer mesti meneroka kawasan yang dijana secara rawak, menghadapi pelbagai jenis cabaran dan akhirnya mencapai zon paling dalam dan membuka Path of Propagation dalam “Simulated Universe”.

Tiga Watak baru

  • Dan Heng · Imbibitor Lunae
Kredit: HoYoverse

Update Honkai: Star Rail 1.3 juga akan menampilkan 3 watak baharu. Yang pertama ialah Dan Heng · Imbibitor Lunae, menyertai pasukan kita sebagai pemain 5★ jenis Imaginary di Path “Destruction”. Dan Heng · Imbibitor Lunae ialah gelaran yang diturunkan sebagai sebahagian daripada warisan Naga Dihormati Vidyadhara Luofu, dan pernah menjadi milik Dan Feng (reinkarnasi Dan Heng pada zaman dahulu).

Sebagai salah satu daripada “Five Higher Clouds” di Xianzhou, Dan Feng membuat pencapaian hebat dalam Xianzhou semasa tahun-tahun perang tetapi akhirnya Dan Feng menyalahguna abiliti Vidyadhara dan melakukan kesalahan yang tidak dapat diampuni, lalu menyebabkan bencana besar.

Kredit: HoYoverse

Dalam pertempuran, Dan Heng · Imbibitor Lunae mampu menggunakan beberapa Skill Point untuk melancarkan abiliti berkuasa. Pemain boleh memanfaatkan keunikan ini untuk menguatkan Basic Attack-nya, yang boleh dikuatkan sehingga 3 kali berturut-turut. Bergantung pada jumlah tambahan, Basic Attack milik Dan Heng · Imbibitor Lunae boleh berubah kepada pelbagai bentuk, untuk menghasilkan tahap DMG yang berbeza.

Selain itu, apabila melancarkan Ultimate, Dan Heng · Imbibitor Lunae akan melakukan DMG Imaginary kepada 1 sasaran dan musuh berdekatan. Pada masa yang sama, dia juga boleh mendapatkan sejumlah “Squama Sacrosancta” untuk mengurangkan penggunaan Skill Point sendiri.

  • Fu Xuan
Kredit: HoYoverse

Fu Xuan, satu lagi watak Luofu Xianzhou, juga boleh dimainkan buat kali pertama dalam update ini. Di dahi Fu Xuan adalah omniscia misteri, yang boleh membantunya merancang pergerakan tindakan setiap orang lebih awal.

Sebagai watak 5★ jenis Quantum di Path Preservation, abilitinya boleh memberikan pelbagai efek semasa dalam pertempuran: termasuk mengurangkan DMG dan pulihkan HP dengan Talent, mengurangkan DMG rakan sepasukan dengan Skill, melancarkan Quantum DMG kepada semua musuh dengan Ultimate, dan banyak lagi.

Kredit: HoYoverse

Fu Xuan yang bercita-cita menjadi jeneral, mempunyai personaliti dan gaya bertarung berbeza dengan Jing Yuan, tetapi dia juga layak dihormati sebagai elemen teras dalam pertahanan pasukan.

  • Lynx
Kredit: HoYoverse

Pada masa yang sama, pemain juga boleh merekrut Lynx, watak comel yang berasal dari keluarga bangsawan Landau. Sebagai watak 4★, Lynx taksub dengan cakrawala. Semasa membesar, Lynx terpesona dengan rekod-rekod dan arkib dunia yang menjelaskan sejarah selama 700 tahun tahun lalu, aurora indah yang diperkenalkan oleh gurunya, dan pelbagai legenda heroik tentang keluarga Landau.

Kebiasaan Lynx pergi ke padang salji seorang diri di luar tembok kota untuk mengasah kemahiran bertahan hidup. Dalam pertempuran, sebagai watak Quantum di Path Abundance, Lynx boleh menyediakan pelbagai pemulihan untuk pasukan, yang membuatkan rakan sepasukan berasa lebih selamat dalam pertempuran.

Kredit: HoYoverse

Kalau berminat, Honkai: Star Rail kini boleh dimuat turun di PC melalui laman web rasmi dan Epic Games Store, iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play. Versi PlayStation 5 akan dikeluarkan pada suku ke-4 2023. Versi PlayStation 4 juga dalam pembikinan.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Honkai: Star Rail, sila tekan pautan ini.

Download sekarang!
Honkai: Star Rail
Publisher: COGNOSPHERE PTE. LTD.
Developer: HoYoverse
Release Date: 2023-04-26
Android, iOS, Steam
Honkai: Star Rail akan membawa anda ke pelbagai alam semesta, penuh dengan pengembaraan dan aksi. Game RPG ini memaparkan sistem turn-based combat yang mudah dimainkan serta peta yang besar. Ia juga mempunyai maze dan puzzle untuk diselesaikan oleh pemain, memberikan pelbagai kejutan dan ganjaran sepanjang game.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Celestial Eyes Above Mortal RuinsHonkai: Star RailUpdate
ShareTweetSend
Previous Post

Sword Art Online: Integral Factor Akan Hadir ke Steam pada 22 Ogos 2023!

Next Post

Assassin’s Creed Mirage Akan Ada Laungan Azan! Berikan Gambaran Tepat kota Baghdad!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Assassin’s Creed Mirage Akan Ada Laungan Azan! Berikan Gambaran Tepat kota Baghdad!

Assassin's Creed Mirage Akan Ada Laungan Azan! Berikan Gambaran Tepat kota Baghdad!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd