Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ROG Zephyrus S GX502 – Evolusi terkini pada laptop kecil tetapi padat milik ASUS!

, dengan peningkatan pada luaran dan dalaman.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2019
in Artikel, Berita, PC, Promosi
0 0
0
ROG Zephyrus S GX502 – Evolusi terkini pada laptop kecil tetapi padat milik ASUS!
Share on FacebookShare on Twitter

ROG Zephyrus S GX502 adalah keluaran terbaru bagi laptop gaming premium Asus, yang telah melihat pelbagai versi sejak debutnya pada tahun 2017. Model premium S ialah antara keluaran terkenal Asus, dan itulah yang kami fokus pada hari ini. Perubahan penting pada laptop gaming ini ialah reka bentuk fizikal dan pengenalan Core CPU Intel 9th Generation dan grafik Nvidia GeForce RTX.

Reka Bentuk Premium!

Sebagai pilihan premium dalam siri ini, Zephyrus S GX502 menawarkan reka bentuk yang anggun dan memaparkan bahan berkualiti tinggi. Badannya diperbuat daripada aloi magnesium, lantas membuatkan ia kuat tetapi cukup ringan pada berat 4.4 paun. Laptop ini sangat stabil dan tidak akan gegar semasa menaip hasil bantuan struktur Honeycomb di bawah palm rest. Ini membantu laptop berasa lebih kuat dan lebih baik stabil di bawah tangan anda. Tiada siapa yang suka bayar nilai besar untuk laptop gaming yang mudah lentur atau rapuh kan?

 

1 of 3
- +

Antara Skrin Tercantik Di Dunia!

Paparan adalah satu jamuan untuk mata korang. Laptop Zephyrus ini mempunyai antara skrin yang terbaik di pasaran, dan skrin pada model ini pula antara yang paling advanced. Ia mempunyai panel IPS yang memaparkan resolusi full HD (1,920 x 1,080-pixel), response time 3ms, dan menyokong Nvidia G-Sync. Yang benar-benar baru di laptop ini ialah panel yang disahkan oleh Pantone dengan coverage 100% sRGB. Streamer atau pencipta content yang menggunakan peranti ini untuk kerja atau bermain pasti akan berasa gembira!

Bagi gamer yang ekstrem atau kompetitif di dalam eSports, ciri pentingnya adalah maksimum refresh rate 240Hz pada skrin. Ini mungkin kelihatan terlalu tinggi, dan sememangnya, anda mungkin tidak akan mencapai (atau mendekati) frame-per-second sebanyak itu dalam kebanyakan game terutamanya permainan video AAA. Tetapi untuk permainan video esport yang tertentu, lebih banyak frame yang boleh dipaparkan, adalah lebih baik. Jadi apa kata letak standard yang tinggi?

 

1 of 3
- +

Solusi Cooling yang Inovatif!

Ruang pengudaraan bawah ialah ciri terkenal untuk siri Zephyrus sejak debutnya. Selain daripada mempunyai inisiatif Max-Q Nvidia, yang telah memudahkan kemasukan cip grafik yang lebih tinggi ke dalam laptop gaming yang kecil, Asus telah merangka panel bawah ini untuk membantu penyejukan GPU. Apabila korang membuka skrin daripada kedudukan tertutup, bahagian bawah ini mengangkat laptop pada posisi yang lebih tinggi dan membuka di bahagian belakang, membolehkan lebih banyak udara mengalir melalui sistem untuk menyejukkan komponen.

Jika ia membantu laptop gaming anda daripada menjadi terlalu panas, dan bermain game dengan lebih berkesan, ia berfungsi seperti yang diharapkan. Dengan kerjasama pengudaraan dan “Active Aerodynamic System”, Asus mendakwa peningkatan 22% dalam aliran udara ke rangka laptop melalui lubang-lubang ini. Ruang pengudaraan juga memancarkan cahaya, yang merupakan sebuah efek yang menarik.

Campuran Warna RGB yang pelbagai!

Selain daripada efek cahaya di ruang udara, papan kekunci juga mempunyai efek ini. Setiap butang kunci dipadankan dengan warna, yang bermakna anda boleh customize warna dan kesan cahaya pada butang kunci menggunakan sebuah perisian khas. Ini membolehkan corak dan kesan visual menarik untuk seluruh papan kekunci, atau ia membolehkan anda cutomize butang kunci khusus untuk permainan video tertentu.

 

1 of 4
- +

Komponen Berkuasa Hebat!

Sangat mudah untuk jatuh cinta kepada luaran laptop ini, terutamanya apabila reka bentuk sangat menarik seperti yang ini, tetapi jangan pandang rendah pada komponen di dalam. Asus sudah tentu akan menawarkan pelbagai konfigurasi. Zephyrus S GX502 mempunyai processor 9th Generation Intel Core i7-9750H yang cepat, jadi kelajuan asas adalah tinggi berbanding laptop lain. Laptop gaming ini boleh dipasang dengan memori sehingga 32GB, SSD 256GB hingga 1TB, dan Nvidia GeForce RTX 2060 atau RTX 2070.

Kegunaan Port yang Bermacam-Macam Fungsi!

Walaupun saiznya yang nipis dan padat, tiada masalah connectivity pada Zephyrus S GX502. Pada sisi kiri, anda dapat melihat port USB 3.1, output HDMI, mic mikrofon dan headset audio, power connector, dan juga jack Ethernet. Pada mesin yang sangat kecil, sebuah Ethernet yang khusus sangat penting, terutamanya untuk permainan video online di mana kelajuan internet adalah fokus utama. Wi-Fi mungkin kadang-kala akan menjadi perlahan, bergantung kepada keadaan internet wireless anda, jadi pilihan untuk sambungan berwayar adalah sebuah rahmat. Sisi kanan tidak memegang banyak port, tetapi anda mendapat beberapa port tambahan di sini. Semua port USB di sini, dengan dua lagi USB 3.1 port dan port USB-C untuk kegunaan anda.

 

1 of 2
- +

Prestasi Permainan dan Benchmark yang Mantul! 

Seperti biasa kami tidak terlepas peluang untuk mencuba sendiri beberapa game dalam laptop ini! Antara permainan yang kami cuba adalah Total War Three Kingdom, Apex Legends, Devil May Cry 5, DOTA 2 dan Far Cry.

Korang boleh lihat sendiri grafik dia memang cantik, perjalanan game yang kami main semua nya lancar, dan tak panas! Cooling engine yang bergerak ternyata membantu permainan kami!

 

1 of 8
- +

Okay lepas kami cuba main game-game ini, kami terus mencuba benchmark prestasi Zephyrus S ini. Benchmark yang dicuba menggunakan 3D Mark dan User BenchMark.

Mata keseluruhan bagi 3DMARK adalah 6821, dari situ anda dapat tahu bahawa ianya ternyata keputusan yang bagus! Manakala mata bagi Grafik adalah 7200 dan mata CPU pula 5255

Ini pula keputusan User Benchmark, perfomance untuk laptop ini memang tak dapat dinafikan lagi! Keputusan dari User Benchmark menunjukkan segalanya!

 

1 of 3
- +

Kesimpulannya

Ini adalah laptop gaming yang menarik untuk dimiliki! Ternyata tiada kekurangan untuk ROG Zephyrus S GX502 ini!

Tags: 32GBActive Aerodynamic SystemAsusCompactCore CPU Intel 9th GenerationGaminggaming laptopNewNvidia G-SyncNvidia GeForce RTX 2060refresh rate 240HzRGBROG Zephyrus S GX502RTX 2070Small
Previous Post

Presiden Square Enix Bincang Mengenai Inovasi Dan Kesan Final Fantasy XV

Next Post

One Punch Man: A Hero Nobody Knows Akan Hadir di PC, PlayStation 4 dan Xbox One!!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
One Punch Man: A Hero Nobody Knows Akan Hadir di PC, PlayStation 4 dan Xbox One!!

One Punch Man: A Hero Nobody Knows Akan Hadir di PC, PlayStation 4 dan Xbox One!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd