Republic of Gamers (ROG) dan Blizzard Entertainment hari ini mengumumkan ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition, smartphone edisi terhad bagi salah satu game mobile paling intensif di dunia, secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia pada nilai harga RM4999! Dengan reka bentuk bertemakan Diablo dan pelbagai aksesori eksklusif, mari kita lihat butiran lanjut.
Reka bentuk tema Diablo eksklusif
ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition menampilkan butiran berdasarkan francais Diablo, termasuk visual raksasa mengerikan di belakang. Pada masa yang sama, telefon ini mempunyai efek nyalaan api di sisi di mana kecerahannya akan berubah mengikut sudut tontonan. Logo bercahaya Aura RGB pula ialah imej bagi logo game.
Bukan setakat di luar sahaja, Diablo Immortal turut menghiasi bahagian user interface, dengan live wallpaper bertema, ikon, animasi, efek bunyi dan banyak lagi.
Apabila telefon sedang dicas, terdapat bunyi dan animasi eksklusif bertemakan Diablo.
Aksesori Diablo Immortal Unik
Set aksesori merupakan highlight unundoable Immortal Edition. Sekilas pandang, and boleh lihat bahawa reka bentuk diilhamkan oleh Horadric Cube ( item in-game yang boleh mengubah apa sahaja yang diletakkan di dalamnya).
Telefon itu sendiri disimpan dalam kotak yang dimodelkan Worldstone dan disertakan dengan skrol peta yang menggambarkan dunia Sanctuary. Peta ini menampilkan tanda tersembunyi yang boleh didedahkan menggunakan Fahir’s Light (juga berada dalam bundle sekali.)
Seterusnya ialah Shield Blessing Aero Case, sebuah casing dengan visual geometri “teleport”, yang juga boleh bersinar apabila terkena cahaya Fahir’s Light.
Malah jarum mengeluarkan SIM turut direka sepenuhnya seperti Diablo Immortal.
Spec dalaman
Secara dalaman, ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition adalah sama dengan ROG Phone 6, yang dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1 Mobile Platform dengan RAM 16GB LPDDR5 dan 512GB UFS3.1 ROM. Dengan sistem penyejukan berteknologi tinggi; bateri berkuasa untuk sesi gameplay yang lama dan AirTrigger 6 untuk pengalaman ala konsol, smartphone ini bersedia untuk sebarang tugas.
AeroActive Cooler 6
Bukan itu sahaja, aksesori AeroActive Cooler 6 untuk siri ROG Phone 5/5s akhirnya juga tiba di Malaysia! Ini merupakan cooler direka khusus dengan penyambung USB-C. Dengan penyejuk termoelektrik berkuasa AI, dan kipas yang menyejukkan aliran udara di penutup belakang ROG Phone 5/5s, permukaan suhu boleh turun sehingga 20°C.
Di samping meningkatkan prestasi, AeroActive Cooler 6 dilengkapi dengan empat butang fizikal untuk pengalaman gaming ala konsol. Akhir sekali, terdapat pencahayaan Aura RGB pada logo dan dua sisi AeroActive Cooler 6, serta kickstand tersembunyi untuk menyokong ROG Phone 5/5s anda.
Harga dan ketersediaan
ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition (16GB+512GB) dan AeroActive Cooler 6 untuk ROG Phone 5/5s kini boleh didapati di Malaysia di pengedar yang sah, dalam kuantiti terhad.
Buat mereka yang berminat, ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition berharga RM4,999, dengan waranti lanjutan selama setahun di mana 50 pembelian pertama juga akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM100. Manakala AeroActive Cooler 6 untuk ROG Phone 5/5s berharga RM349.
Untuk maklumat lanjut tentang ASUS ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition, sila layari laman web rasmi mereka di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post