[#LoL10th] Riot menyambut ulang tahun ke-10 dengan pelbagai kejutan menarik kepada peminat!

Mari saya rumuskan apa "kejutan menarik" itu.

Siaran langsung ulang tahun ke-10 Riot sudahpun berakhir. Sekiranya anda tidak menyaksikan aliran langsung, boleh lihat di sini. Selain itu, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pemain selama 10 tahun lalu menyokong League of Legends. Mereka tidak boleh pergi sejauh ini tanpa sokongan, maklum balas, dan semangat anda. Mari kita lihat beberapa highlight yang diumumkan semasa siaran langsung:

League of Legends

League of Legends sudah 10 tahun! Daripada LoL menerima hadiah untuk ulang tahunnya, mereka yang mahu memberikan hadiah kepada pemain. Sepanjang 10 Days of Gifting (dari 10/17 – 10/27), anda boleh bermain untuk menerima hadiah harian, di mana penghujungnya berakhir dengan kejutan yang sangat istimewa pada hari jadi LoL. Jangan bimbang jika anda terlepas, ia akan kekal untuk tempoh sedikit lama. Lihat hadiah di bawah:

  • HARI 1: Anniversary Icon, Emote, and Ward Skin
  • HARI 2: 6300 Blue Essence
  • HARI 3: Masterwork Chest + Hextech Key
  • HARI 4: Little Legends Rare Egg
  • HARI 5: 3000 Orange Essence
  • HARI 6: 4 Skin Shards
  • HARI 7: 25 Prestige Points
  • HARI 8: 200 Worlds 2019 Tokens
  • HARI 9: Legendary Skin
  • HARI 10: Annie-versary + Birthday Border + Icon

Preseason 2020 semakin hampir! Riot memperkenalkan lebih banyak cara menguasai dan kepelbagaian dalam setiap permainan di Summoner’s Rift. Mereka juga mendedahkan champion ke-146, Senna. Dia akan datang pada bulan depan. Dan akhirnya, URF kembali ke LoL!

Teamfight Tactics

Mengikuti tema, Teamfight Tactics mengumumkan Set 2, “Rise of the Elements” yang memperkenalkan origin baru, kelas, dan champion (serta kemas kini beberapa champion terkini). Set 2 akan keluar untuk Public Beta Environment pada 22 Oktober. Tetapi bukan itu sahaja..

Teamfight Tactics akan dilancarkan di mobile! Aplikasi tersebut akan menampilkan cross-platform play, jadi anda boleh bertarung melawan rakan anda di PC dari tapak tangan anda.

League of Legends: Wild Rift

League of Legends: Wild Rift, MOBA 5v5 versi League of Legends, akan datang ke iOS, Android, dan konsol. Wild Rift bukanlah sebuah port dari LoL di PC – ia telah dibina semula dan direka khusus untuk platform baru. Anda boleh ke laman web Wild Rift untuk lebih banyak gameplay, feature, dan info lanjut.

Legends of Runeterra

Berlangsung di League of Legends, Legends of Runeterra adalah permainan kad strategi di mana kemahiran, kreativiti, dan kepandaian menentukan kejayaan anda. Pilih champion anda dan menggabungkan kad yang berbeza, masing-masing dengan gaya dan kelebihan strategik mereka sendiri.

Pra-daftar untuk beta sekarang untuk peluang menyertai pratonton khas permainan bermula 10/15 hingga 10/20. Pre-pendaftaran juga akan unlock Moonstruck Poro pada pelancaran!

Project A, L, & F

Project A adalah tactical shooter yang bergaya, kompetitif, dan berasaskan watak. manakala Project L Project L adalah nama sementara untuk permainan pertempuran yang berlaku di Universe LoL. Permainan ini masih berada di peringkat awal, dan tiada butiran tambahan pada masa ini. Project F pun adalah nama kod sementara untuk projek pembangunan awal yang meneroka kemungkinan merentasi dunia Runeterra dengan rakan-rakan anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.