Channel Twitch Riot Games merupakan channel yang pertama mencecah penonton 1 Billion total views dan diumumkan oleh Riot Games sendiri semalam. Riot Games merupakan developer dan juga publisher bagi game MOBA terkenal, League of Legends, yang dikeluarkan pertama kali pada Oktober 27 tahun 2009. Ianya merupakan salah satu game yang selalu ditonton dan mempunyai penonton yang ramai.
Channel Twitch biasa digunakan untuk platform Riot Game untuk LoL punya tournaments ataupun interview bersama pemain yang high profile. Kejayaan yang paling besar adalah semasa Mid Season Invitational 2018, kemuncak penonton untuk stream tersebut mencecah sehingga 127 juta secara total. Dan kebanyakan penonton datangnya daripada China.
Komuniti LoL antara komunit yang sangat menyokong dan sangat hardcore. Korang tengok China dengan Korea cukup. Memang sangat supportive sampai kerajaan mereka sendiri pon, turut serta dalam menyokong pemain professional game LoL ni. Jadi, dekat Malaysia bila lagi?
@gamersantaimy
Discussion about this post