Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RGG Studio Acah Game Baharu “Like a Dragon”, Tetapi Bukan Kiwami 3!

Maira by Maira
April 2, 2024
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
RGG Studio Acah Game Baharu “Like a Dragon”, Tetapi Bukan Kiwami 3!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, studio di sebalik siri game popular, Like a Dragon, Ryu Ga Gotoku nampaknya telah mengesahkan game baharu untuk francais itu. Perkara ini telah didedahkan melalui episod baru Ryu Ga Gotoku Studio TV, di mana direktor siri, Masayoshi Yokoyama menyatakan bahawa mereka membuka uji bakat watak untuk entri baharu Like a Dragon, tetapi game itu bukanlah Kiwami 3.

Sumber: Ryu Ga Gotoku

Melalui GamesTalk, uji bakat tersebut itu seakan uji bakat hostess live-action yang ada dalam game Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name. Segala maklumat mengenainya akan diumumkan pada masa akan datang.

Memandangkan ia merupakan game baru daripada Ryu Ga Gotoku, sudah tentu ramai peminat mengharapkan Kiwami 3. Malangnya Yokoyama telah menafikan dan mengatakan game baru itu bukanlah Kiwami 3. Walaupun begitu, tidak bermakna direktor itu tidak akan bangunkannya.

Sumber: Ryu Ga Gotoku

“Ia menarik, kerja baru. Pelik untuk saya katakannya, tetapi mungkin lebih baik untuk menafikannya dengan betul kerana ia telah ditulis dengan begitu banyak, tetapi ia bukan Kiwami 3,” kata Yokoyama. “Saya hanya akan mengatakan bahawa saya fikir saya akan melakukan Kiwami 3 pada satu ketika. Saya pasti saya akan melakukannya suatu hari nanti.” tambahnya lagi.

Sumber: Ryu Ga Gotoku

Walaupun game itu tidak dibangunkan buat masa ini, tetapi ia sememangnya memberikan peminat harapan untuk mainkan entri baru Kiwami pada masa akan datang. Tetapi bila game itu akan keluar, semuanya bergantung pada studio pembangun itu. Apa pun kita tunggu sahaja segala kejutan yang bakal dibawa oleh Ryu Ga Gotoku nanti.

Sumber: Ryu Ga Gotoku

Ryu Ga Gotoku telah pun melepaskan Like a Dragon: Infinite Wealth pada Januari yang lalu di PlayStation, Xbox dan PC. Ia juga merupakan game yang terpantas dijual untuk siri itu. Kami juga telah mengulas game tersebut untuk rujukan anda. Untuk mendapatkan segala berita mengenai Like a Dragon daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Kiwami 3Ryu Ga GotokuYakuza Kiwami
ShareTweetSend
Previous Post

HYBE IM Lancarkan ASTRA: Knights of Veda Secara Global!

Next Post

UNIQLO UT Detective Conan Tambah 6 Design Baru! Dapatkan Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
UNIQLO UT Detective Conan Tambah 6 Design Baru! Dapatkan Sekarang!

UNIQLO UT Detective Conan Tambah 6 Design Baru! Dapatkan Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd