Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS25] Artisan Studios Jelaskan ‘Lost Hellden,’ JRPG Di Mana Menentang Seven Deadly Sins Adalah Soal Hidup & Mati

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2025
in Artikel, Berita, PC, Preview, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
[TGS25] Artisan Studios Jelaskan ‘Lost Hellden,’ JRPG Di Mana Menentang Seven Deadly Sins Adalah Soal Hidup & Mati
Share on FacebookShare on Twitter

Lost Hellden, sebuah JRPG baharu daripada pembangun indie Perancis Artisan Studios, membawa pemain ke dunia yang dikuasai oleh Seven Deadly Sins (tujuh maha dosa), di mana setiap anak dilahirkan untuk memikul perjuangan seumur hidup.

Sebuah upacara suci sejurus selepas kelahiran akan mengikat mereka kepada salah satu daripada tujuh godaan—Kebanggaan, Ketamakan, Nafsu, Keirian, Kelahapan, Kemarahan, atau Keculasan. Jika tewas kepada godaan ini, mereka akan bertukar menjadi raksasa.

Dalam satu demonstrasi dan sesi temu bual baru-baru ini bersama kami, studio tersebut telah mempamerkan sebuah projek hasil minat yang amat berbeza dengan trend moden.

Artisan Studios memilih haluan yang berbeza, dengan memberi tumpuan kepada pengembaraan yang dipacu oleh penceritaan tentang kemanusiaan, persaudaraan, dan perang senyap antara kebaikan dan dosa.

Kisah Lost Hellden adalah tentang Syphil dan Lep, pasangan kembar pertama yang pernah dilahirkan di dunia mereka. Semasa upacara, sesuatu yang mustahil berlaku: Syphil tidak menerima sebarang dosa, manakala abangnya Lep mewarisi kesemua tujuh dosa tersebut.

Kerana takut akan petanda buruk ini, pasangan kembar itu dibesarkan di bawah pengawasan rapi di ibu kota. Namun, bertahun-tahun kemudian, Lep hilang tanpa jejak, memaksa Syphil untuk memulakan perjalanan untuk mencarinya.

Pengembaraannya melibatkan landskap tragis di mana setiap raksasa dahulunya adalah seorang manusia. Seperti yang dijelaskan oleh pengasas studio, inilah tragedi utama dunia tersebut.

“Setiap raksasa dalam Lost Hellden pernah menjadi manusia,” katanya. “Itulah tragedi dunia ini.”

Walaupun Lost Hellden kelihatan seperti RPG turn-based klasik pada pandangan pertama, sistem combatnya mendedahkan campuran taktik dan timing yang lebih rumit. Sistem “Pressure” memberi ganjaran kepada pemain yang mengeksploitasi kelemahan musuh, mengatur posisi dengan teliti, dan bertindak balas dengan mahir.

Dengan membina tekanan yang cukup, pemain boleh membuatkan musuh ‘stun’, menyebabkan mereka kehilangan giliran dan membuka ruang untuk melancarkan kombo yang dahsyat.

“Pertarungan yang sempurna,” jelas penerbit sambil menunjukkan sistem itu, “adalah apabila musuh tidak sempat langsung untuk menyerang balas.” Falsafah rekaan ini menekankan penguasaan dan ritma berbanding refleks pantas, menjadikan setiap pertempuran seperti teka-teki yang memerlukan kawalan dan kecekapan.

Game ini akan menampilkan lapan watak yang boleh dimainkan dan sistem ‘job’ dengan 21 kelas berbeza, daripada ‘swordsmen’ dan ‘fencer’ hinggalah ke ‘white mage’ dan ‘black mage’ klasik.

Setiap watak bermula dengan kelas asas, tetapi boleh berkembang ke peranan yang lebih hebat atau menggabungkan abiliti daripada pelbagai ‘job’ untuk mencipta build hibrid.

Kebebasan ini turut merangkumi kelengkapan, yang boleh dipertingkatkan dengan “Ability Orbs” untuk menyesuaikan statistik dan kekuatan pasukan. Fokus pembangun kepada mod singleplayer membolehkan mereka mengutamakan kreativiti.

“Kerana ia game singleplayer,” kata pengasas itu, “kami tidak perlu seimbangkannya untuk PvP—kami hanya menyesuaikannya untuk keseronokan.”

Di antara selok-belok dungeon dan detik-detik penceritaan, Lost Hellden menawarkan ruang untuk berehat dengan aktiviti yang lebih santai. Game ini merangkumi tiga minigame, antaranya termasuk permainan papan bernama “Hexaken” yang terbukti sangat mengasyikkan.

Dengan lebih 250 token untuk dikumpul, pemain boleh mencabar watak-watak lain di pekan dan bandar di seluruh dunia.

“Kami ada penguji yang menghabiskan masa berjam-jam bermain Hexaken sehingga terlupa tentang jalan cerita utama,” kata pembangun itu sambil ketawa, menekankan dedikasi pasukan untuk membina sebuah dunia yang kaya dengan aktiviti yang menawan.

Secara visual, Lost Hellden mencipta acuannya sendiri dengan menggabungkan sudut kamera sinematik tetap, yang mengingatkan kita kepada game seperti Resident Evil Zero, dengan persekitaran 3D yang membangkitkan pesona RPG HD-2D moden.

Matlamatnya, jelas pasukan itu, adalah untuk memberikan rasa nostalgia tanpa kelihatan lapuk, serta menarik minat peminat JRPG veteran dan juga audiens baharu.

Kejayaan game seperti Baldur’s Gate 3 baru-baru ini telah mengukuhkan keyakinan studio terhadap visi mereka.

“Apabila Baldur’s Gate 3 dan Metaphor: ReFantazio membuktikan bahawa genre turn-based masih boleh memikat jutaan pemain, ia memberi kami keyakinan,” kata pengasas itu. “Game turn-based bukan kuno—ia segar. Ia hanya perlu dibayangkan semula.”

Mungkin perkara yang paling menarik adalah falsafah Artisan Studios. Diasaskan oleh para veteran dari Ubisoft, pasukan ini sengaja meninggalkan dunia pembangunan game AAA yang penuh tekanan untuk mencipta game mengikut kreativiti mereka sendiri.

“Di studio besar, anda sentiasa membangunkan game untuk pasaran, bukan untuk pemain,” kongsi pengasas itu. “Kami lebih rela berpendapatan kurang tetapi bertahan lebih lama—untuk membuat game selama dua puluh tahun, bukan untuk mengejar ‘hit’ seterusnya.”

“Kami tidak mahu mencipta game terbesar di dunia,” simpulnya. “Kami hanya mahu mencipta game yang akan sentiasa diingati.”

Lost Hellden akan membuat pelancaran pada tahun 2026 di PC dan semua konsol utama. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Lost Helldenpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Football Manager 26 Touch Akan Datang ke Apple Arcade November Ini

Next Post

Reviu Ratatan (Early Access) – Legasi Patapon Bergema Semula

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Reviu Ratatan (Early Access) – Legasi Patapon Bergema Semula

Reviu Ratatan (Early Access) - Legasi Patapon Bergema Semula

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd