Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Death Stranding 2: On The Beach (PC) – Bebas Dari Had Konsol, Memberi Kepuasan Maksimum!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 1, 2026 - Updated on April 2, 2026
in Action, Artikel, Berita, Game Review, Open World, PC, Review, Steam
0 0
0
Reviu Death Stranding 2: On The Beach (PC) – Bebas Dari Had Konsol, Memberi Kepuasan Maksimum!
Share on FacebookShare on Twitter

Death Stranding 2: On The Beach mula-mula dilancarkan di PS5 pada Jun 2025. Kini, hampir sembilan bulan kemudian, Kojima Productions telah bekerjasama dengan Nixxes Software (sebuah studio yang terkenal dengan penghasilan PC port yang berkualiti) untuk akhirnya membawa game ini ke PC.

Jika anda terlepas pelancaran PS5 dan sedang menunggu versi PC, reviu ini khas untuk anda.

Adakah port ini benar-benar bagus? Berbaloikah penantian anda? Saya akan jawab semuanya di sini. Walaupun anda sudah tamatkan game ini di PS5, anda mungkin tertanya-tanya adakah cukup kandungan baharu untuk membelinya semula, jadi saya juga akan kupas bahagian tersebut.

Saya akan fokus terutamanya kepada prestasi game ini, kandungan baharu, dan cara kawalannya. Saya tidak akan membosankan anda dengan mekanik gameplay asas kerana kami sudah mengulasnya sebelum ini (reviu kami).

Cerita Setakat Ini

Selepas peristiwa dalam game pertama, dunia akhirnya sedikit aman… tetapi sempadan antara yang hidup dan yang mati masih sangat kucar-kacir. Sam Porter Bridges kembali, dan kali ini perjalanannya lebih besar. Dia akan bergerak luar sempadan Amerika untuk cuba menghubungkan seluruh dunia.

Game ini bermula 11 bulan selepas game yang pertama. Sam tidak lagi bergerak secara solo. Dia dan Fragile telah menyertai kumpulan baharu bernama Drawbridge, bekerjasama dengan ramai watak baharu untuk membina satu rangkaian global yang sangat besar.

Sudah tentu, keamanan itu tidak kekal lama. Higgs kembali untuk mengacaukan keadaan, membuatkan Sam mempersoalkan apa sebenarnya erti hubungan dan meletakkan masa depan semua orang dalam tanda tanya.

Di sebalik semua ini, Lou (yang kini seorang kanak-kanak yang aktif dan sedang membesar) menjadi nadi kepada penceritaan. Nasibnya benar-benar menggerakkan plot ke hadapan, dan semasa bermain, anda akan membongkar siapa dia sebenarnya sambil menyelam lebih mendalam ke dalam misteri the Beach.

Berbanding dengan game pertama, jalan cerita kali ini terasa jauh lebih yakin dan fokus. Mungkin kerana kita semua sudah terbiasa dengan gaya penceritaan Hideo Kojima, tetapi plotnya jauh lebih mudah untuk diikuti. Anda tidak akan rasa sesat dalam timbunan info yang mengelirukan.

Penceritaan dan gameplay sebenar terasa sangat seimbang kali ini; menonton cutscene tidak mengganggu keseronokan bermain, dan bermain game tidak mengalihkan perhatian anda daripada plot cerita.

PC lwn. PS5: Apa yang Baharu?

Ini bukanlah port copy-and-paste biasa. Keluaran PC ini didatangkan dengan beberapa kandungan baharu (yang juga ditambah pada versi PS5 melalui satu kemas kini).

Penambahan terbesar ialah “To The Wilder”, sebuah mod difficulty serba baharu yang membuatkan perjalanan dan penghantaran bungkusan menjadi jauh lebih mencabar. Anda perlu memberi perhatian penuh kepada laluan, cuaca, dan bekalan barang.

Jika sudah menamatkan game ini pada tahap kesukaran biasa, mod ini sahaja sudah cukup menjadi alasan untuk kita memainkannya semula.

Pembangun juga telah memasukkan semula beberapa live-action cutscene yang terpaksa dibuang daripada keluaran asal kerana memakan ruang storan yang terlalu besar. Babak-babak ini sebenarnya mengisi beberapa kekosongan dalam jalan cerita, dan ini merupakan bonus yang sangat menarik untuk pemain yang main semula.

Untuk bahagian yang lebih santai, jika anda sambungkan akaun PlayStation kepada versi PC, anda akan mendapat sut penghantaran eksklusif dan charm untuk beg galas. Ini satu sentuhan kecil, tetapi sangat dialu-alukan untuk para pengumpul.

Prestasi PC dan Grafik

Ini adalah spesifikasi komputer yang kami gunakan untuk ujian:

  • CPU: Intel Core i9-13900HX
  • GPU: NVIDIA RTX 4080 Laptop GPU
  • RAM: 32GB
  • Resolusi: 2560 × 1440p

Tetapan Grafik dan Frame Rate

Berita baik: versi PC membuang had 60 FPS pada PS5, membolehkan PC gaming yang berkuasa tinggi berfungsi pada tahap maksimum. Port ini sangat stabil. Saya tidak mengalami sebarang masalah stuttering yang teruk, frame drop secara tiba-tiba, atau crash semasa bermain.

Bermain pada tetapan grafik “Very High” memberikan sekitar 50 hingga 60 FPS. Ia tidak pergi lebih tinggi daripada itu, tetapi kekal lancar tanpa turun naik yang teruk.

Menurunkan tetapan kepada “High” memberikan 60+ FPS yang stabil, manakala “Medium” selesa berada di sekitar 70 FPS. Jika anda mahukan game yang nampak paling cantik, Very High adalah pilihan yang baik. Tetapi sejujurnya, High adalah titik tengah yang paling sesuai untuk grafik yang cantik dan gameplay yang lancar.

Jika PC anda agak lama, Medium adalah kompromi yang sangat okay dan masih kelihatan cantik.

Very High
High
Medium

Upscaling

Game ini menyokong ciri upscaling berbeza untuk meningkatkan frame rate anda. Saya menguji kedua-dua DLSS dan PICO. Jika mempunyai kad grafik NVIDIA, pastinya anda perlu gunakan DLSS; ia memberikan peningkatan prestasi yang sangat besar sambil memastikan game kelihatan tajam.

Sokongan Ultrawide

Game ini menyokong sepenuhnya monitor ultrawide 21:9 dan 32:9, dan bahagian yang paling menarik ialah cutscene turut dikemas kini agar muat pada skrin dengan sempurna.

Tiada lagi palang hitam yang menyakitkan hati di bahagian tepi! Walaupun pada monitor 21:9 standard, pandangan yang lebih luas membuatkan semuanya terasa seperti filem yang besar, sangat sesuai dengan gaya sinematik Kojima. Sejujurnya, jika anda mempunyai skrin ultrawide, ini semestinya cara yang paling terbaik untuk bermain game ini.

Kawalan

Keyboard dan Mouse

Anda mungkin menganggap game seperti ini akan terasa kekok jika menggunakan keyboard dan mouse, tetapi ia sebenarnya sangat lancar. Kawalan standardnya sangat masuk akal untuk pemain PC, dan anda boleh menukar kekuncinya sepenuhnya jika mahu.

Sensitiviti mouse terasa sempurna sebaik sahaja mula bermain. Bahagian combat adalah di mana tetapan ini paling menonjol; menyasar, menembak, dan membaling bom tangan terasa jauh lebih pantas dan tepat berbanding menggunakan joystick controller.

Malah untuk perkara yang rumit, seperti mengalihkan berat badan untuk menyeimbangkan kargo, ia terasa sangat natural. Ia langsung tidak terasa seperti port yang cincai.

Controller DualSense

Jika lebih suka menggunakan controller, atau anda memang sudah terbiasa bermain di PS5, menyambungkan controller DualSense turut akan berfungsi dengan sempurna. Semua ciri menarik, seperti adaptive trigger dan getaran haptic yang spesifik, berfungsi dengan cemerlang di PC. Ia terasa sama seperti bermain di konsol.

Anda boleh merasakan rintangan pada trigger apabila Sam berjalan melalui lumpur tebal atau air. Anda akan rasa getaran meremangkan bulu roma apabila musuh BT semakin menghampiri, serta gegaran gempa bumi secara tiba-tiba. Tiada apa-apa yang diturun taraf untuk versi PC.

Jika suka berasa benar-benar tenggelam dalam dunia game, DualSense masih merupakan cara yang sangat hebat untuk bermain.

Pendapat

Nixxes Software sekali lagi berjaya melakukan tugas dengan cemerlang. Death Stranding 2: On The Beach ialah PC port yang menakjubkan. Grafiknya cantik, prestasinya sangat lancar, kedua-dua tetapan keyboard dan controller berfungsi dengan hebat, dan sokongan ultrawide menjadikan game yang sedia sinematik ini kelihatan lebih menarik.

Untuk veteran PS5; jika anda mahu mencuba mod “To The Wilder” baharu yang kejam, atau mahu melihat cutscene baharu, ia memang sangat berbaloi untuk bermain semula… terutama sekali jika anda mempunyai monitor ultrawide.

Untuk pemain PC yang telah menunggu, penantian anda berbaloi. Game ini berjalan dengan sangat cantik, dan anda mendapat versi yang paling lengkap sejak dari hari pertama.

Secara ringkas, perjalanan Sam sama hebatnya di PC, dan lebih menawan daripada dahulu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

Death Stranding 2: On The Beach (PC)

10 Score

Death Stranding 2 versi PC ialah port definitif berprestasi lancar dengan frame rate tanpa had, sokongan ultrawide penuh, kawalan keyboard dan DualSense yang responsif, serta penambahan kandungan baharu termasuk mod "To The Wilder" dan babak cerita yang dikembalikan selepas dibuang daripada versi asal.

PROS

  • Port yang sangat stabil tanpa sebarang masalah stuttering atau crash
  • Sokongan monitor ultrawide yang bagus, sehinggalah ke bahagian cutscene
  • Kawalan keyboard dan mouse terasa sangat natural, tidak kekok langsung
  • Ciri penuh controller PS5 DualSense (haptic dan trigger) berfungsi dengan sempurna
  • Padat dengan kandungan terbanyak, termasuk babak cerita yang dikembalikan dan mod difficulty baharu yang hardcore
  • Tiada had frame rate, jadi anda tidak lagi disekat oleh had konsol

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Death Stranding 2: On the BeachPC
ShareTweetSend
Previous Post

Netflix “Avatar: The Last Airbender” Season 2 Kembali Pada 25 Jun!

Next Post

Monster Hunter Outlanders – Pendaftaran Dibuka Untuk Ujian Beta Kedua!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Monster Hunter Outlanders – Pendaftaran Dibuka Untuk Ujian Beta Kedua!

Monster Hunter Outlanders - Pendaftaran Dibuka Untuk Ujian Beta Kedua!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd