Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Alice in Borderland Musim 3 – Finale Emosi Dengan Pertaruhan Tinggi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2025
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Review
0 0
0
Reviu Alice in Borderland Musim 3 – Finale Emosi Dengan Pertaruhan Tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

Pusingan baharu untuk permainan hidup dan mati bakal bermula sekali lagi apabila siri yang dipuji ramai dari Netflix, Alice in Borderland, kembali. Secara lebih tepat, Alice in Borderland Musim 3 secara rasminya akan ditayangkan di seluruh dunia pada hari Khamis, 25 September 2025, dan ia menjanjikan dunia yang penuh dengan pertaruhan tinggi, seksaan psikologi, dan perjuangan hidup yang kejam.

Sebagai peminat lama yang amat menantikan bab seterusnya, saya di sini untuk berkongsi ulasan saya berdasarkan tayangan eksklusif untuk musim akan datang ini.

Kredit: Netflix

Musim baharu ini bermula selepas Arisu dan Usagi berjaya melepasi semua permainan kad dan kembali ke dunia sebenar. Kini sudah berkahwin, pasangan ini menjalani kehidupan yang kelihatan bahagia, tetapi pengalaman mereka yang memeritkan di Borderland masih menghantui, muncul hanya dalam cebisan mimpi dan halusinasi.

Keamanan mereka berkecai apabila, pada suatu hari, Usagi tiba-tiba hilang. Pencarian Arisu membawanya bertemu Ryuji, seorang lelaki yang mengkaji tentang alam selepas mati, yang mendedahkan bahawa Usagi telah dibawa kembali ke Borderland.

Ketika Arisu cuba menerima kehilangan ini, dia didatangi oleh wajah yang dikenali: Banda, yang kini menjadi penghuni tetap di Borderland, yang mengesahkan keadaan Usagi. Tanpa pilihan lain, Arisu mesti mengikutinya kembali ke dalam bahaya sama, yang pernah dia perjuangkan sepenuh hati untuk melarikan diri dahulu.

Permainan dan Cabaran

Permainan maut kekal menjadi tarikan utama Alice in Borderland, yang berfungsi lebih daripada sekadar menunjukkan keganasan. Ia adalah eksperimen psikologi yang direka untuk menguji sifat semula jadi manusia hingga ke batasannya.

Walaupun musim pertama dengan jelas membahagikan cabaran mengikut—spades (kekuatan), hearts (kemanusiaan), diamonds (logik), dan clubs (kerja berpasukan)—musim ini mengaburkan kategori-kategori tersebut.

Kredit: Netflix

Apa yang membuatkan musim ini menonjol adalah variasi cabarannya. Sesetengah permainan menuntut kemahiran deduktif yang tajam, manakala yang lain bergantung pada kerja berpasukan yang teliti.

Ada juga beberapa permainan yang mengheret pemain ke dalam situasi survival horror sepenuhnya, di mana ketakutan itu sendiri menjadi antagonis utama. Variasi ini memastikan tiada pertandingan terasa sama, mengekalkan saspens walaupun struktur asas “menang atau mati” tidak berubah.

Walau bagaimanapun, walaupun musim ini menyajikan variasi, beberapa cabaran terasa terlalu ‘simple’ dan akhirnya gagal meninggalkan kesan yang mendalam.

Tidak seperti musim-musim sebelumnya yang menampilkan permainan ikonik yang melekat di minda penonton, sesetengah permainan kali ini tidak mencipta detik-detik yang benar-benar menonjol.

Kredit: Netflix

Satu lagi sentuhan menarik musim ini ialah kesinambungan. Permainan tertentu direka untuk beberapa episod, membina ‘tension’ secara mahir dan memberi ruang untuk pembangunan watak.

Apabila pakatan berubah dan strategi yang dirancang dengan teliti gagal, tekanan psikologi yang dialami pemain menjadi sama mencengkam seperti mekanik permainan itu sendiri.

Kredit: Netflix

Kepercayaan dan pengkhianatan, sekali lagi, menjadi tema berulang. Banyak cabaran memerlukan kerjasama untuk berjaya, tetapi peraturannya sering direka untuk menimbulkan syak wasangka dan paranoia.

Pemain kerap dipaksa memilih antara kesetiaan dan mempertahankan diri, mewujudkan dilema yang mencerminkan krisis kehidupan sebenar di mana teragak-agak boleh membawa maut sama seperti tindakan melulu.

Setiap kesilapan membawa akibat yang kejam dan serta-merta, mengingatkan penonton bahawa untuk terus hidup di Borderland bukan sahaja menuntut kepintaran dan kekuatan, tetapi juga daya tahan emosi.

Watak dan Hubungan

Jika permainan adalah rangka bagi The Borderland, maka watak-watak pula adalah jantungnya. Musim ini bukan sekadar memaksa pemainnya melalui pelbagai cabaran; ia menunjukkan sisi kemanusiaan mereka dengan meneroka bagaimana sejarah peribadi dan kelemahan mereka membentuk pilihan hidup dan mati yang mereka buat.

Kredit: Netflix

Di tengah-tengah cerita ini adalah Arisu dan Usagi. Pernah terikat kerana keperluan untuk terus hidup, hubungan mereka kini berkembang menjadi sesuatu yang jauh lebih berlapis dan matang.

Daripada percintaan plot yang tiba-tiba, ikatan mereka terjalin secara beransur-ansur melalui detik-detik kepercayaan, ketakutan yang dikongsi bersama, dan impian masa depan. Di dunia ini, cinta bukanlah fantasi untuk melarikan diri—sebaliknya, ia menggandakan bahaya.

Menyayangi seseorang menjadikan setiap keputusan lebih berisiko, dan setiap potensi kehilangan terasa lebih berat.

Kredit: Netflix

Watak-watak sampingan juga diberi latar belakang yang signifikan. Melalui flashback kehidupan mereka sebelum Borderland, siri ini mendedahkan perjuangan mereka dengan keluarga, cita-cita, atau masalah peribadi, menambahkan pemberat yang menyentuh perasaan pada takdir mereka.

Apabila mereka berjaya atau gagal dalam permainan, penonton memahami pertaruhan emosi di sebalik hasil tersebut, menjadikan setiap kemenangan dan kekalahan terasa wajar.

Kredit: Netflix

Dinamik kumpulan turut menjadi tumpuan utama. Dengan banyak cabaran yang memerlukan kerja berpasukan, pakatan sentiasa diuji dan terbukti rapuh. Pemimpin muncul, tetapi bersama kepimpinan datangnya beban untuk dipersalahkan. Pengikut berisiko menjadi kambing hitam, manakala risko pengkhianatan sentiasa menakutkan.

Siri ini enggan menggambarkan pengkhianatan secara hitam putih; kadang-kadang ia berpunca daripada ketakutan yang melampau, bukan niat jahat, menjadikan dilema watak-watak lebih dekat di hati.

Pendapat

Alice in the Borderland Musim 3 terus menyajikan babak-babak mendebarkan, misteri yang memikat, dan emosi yang menjadikannya sebuah fenomena global, di samping mendorong tema ke arah yang lebih kompleks dan intim.

Permainan-permainannya kekal mengujakan dan inventif, dan juga sebagai cermin tentang psikologi manusia di bawah tekanan yang melampau.

Kredit: Netflix

Apa yang benar-benar membezakan musim ini pada pandangan saya adalah betapa lancarnya ia mengimbangi antara babak saspens dengan intim.

Cabaran-cabaran yang luar biasa memastikan adrenalin sentiasa tinggi, namun babak emosi Arisu, Usagi, dan rakan-rakan mereka mengingatkan kita bahawa kelangsungan hidup bukan sekadar mengatasi halangan luaran tetapi tentang apa yang kita sanggup risikokan untuk satu sama lain.

Akhirnya, Alice in the Borderland Musim 3 bukan sekadar kisah tentang kelangsungan hidup, tetapi tentang kemanusiaan yang diuji pada tahap paling drastik dan tanpa belas kasihan.

Kredit: Netflix

Sebagai pelengkap, musim ini menyembunyikan beberapa ‘easter egg’ yang bijak, rujukan yang halus, dan klu yang mengikat kembali misteri-misteri terdahulu, menjadikannya tontonan yang amat memuaskan bagi penonton kasual dan peminat setia yang suka membongkar rahsia tersembunyi.

Untuk menonton musim lama, sila layari laman web rasmi.

Tags: Alice in Borderland Musim 3netflixreviu
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA Umumkan Panel Khas Virtua Fighter di Tokyo Game Show 2025, Menampilkan Pemain Pro Tokido

Next Post

SEGA/ATLUS Mendedahkan Barisan Acara Tokyo Game Show 2025 Dengan Demo, Acara Pentas & Barangan Eksklusif

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
SEGA/ATLUS Mendedahkan Barisan Acara Tokyo Game Show 2025 Dengan Demo, Acara Pentas & Barangan Eksklusif

SEGA/ATLUS Mendedahkan Barisan Acara Tokyo Game Show 2025 Dengan Demo, Acara Pentas & Barangan Eksklusif

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd