Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] WWE 2K22 – Penantian dua tahun yang tidak sia-sia dengan visual yang ditambah baik

safwan by safwan
May 13, 2022 - Updated on May 25, 2022
in Artikel, Berita, Fighting, Konsol, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] WWE 2K22 – Penantian dua tahun yang tidak sia-sia dengan visual yang ditambah baik
Share on FacebookShare on Twitter

Kelam kabut dan tidak kemas, mungkin perkataan yang tepat untuk menggambarkan bagaimana keluaran WWE 2K20 dua tahun lalu yang menyaksikan game itu mendapat kritikan teruk daripada pemain. Walau bagaimanapun, 2K memutuskan untuk berehat selama setahun dan kembali dengan WWE 2K22.

2K tahun ini menjanjikan pelbagai perubahan daripada game, visual, kepada mode baharu untuk memenuhi keinginan peminat. Betul ke macam tu? Jom ikut saya untuk membaca Review penuh daripada kami tentang WWE 2K22.

Gameplay yang bertambah baik

Perubahan gameplay yang sangat besar dilakukan kepada WWE 2K22 dan membenarkan pemain membuat pelbagai serangan kombo seperti bermain Street Fighter atau Tekken. Contohnya, untuk memukul musuh, terdapat tiga cara iaitu Light Strike (▢), Heavy Strike (X) dan Grab (O). 

Korang boleh menggabungkan dua atau tiga pukulan untuk membuat kombo. Untuk membuat kombo Dropkick, korang kena tekan ▢▢▢X manakala Michinoku Driver adalah ▢XXO. Banyak lagi kombo lain yang korang boleh buat dalam game ini. Bagi saya, sistem kombo ini bagus dan sangat sesuai dengan genre seperti game ini. 

Untuk bahagian pertahanan, korang boleh Block, Evade, Reversal dan Parry serangan musuh. Jika ingin Parry serangan musuh, korang mesti gunakannya pada masa yang tepat kerana peluang untuk menangkis sangat tipis apabila musuh sedang membuat kombo. 

Perkara yang saya suka tentang gameplay-nya adalah ianya sangat beginner friendly. Semasa pertarungan berlangsung, ada beberapa hint yang ditunjukkan untuk pemain tekan. Contohnya, apabila korang ingin melakukan serangan Finisher, terdapat hint yang menunjukkan butang untuk pemain tekan. Jadi kepada beginner, korang boleh ingat gerakan serangan dengan lebih pantas. 

Selain itu, terdapat perkara yang saya tidak suka seperti apabila sedang memukul musuh yang ingin bangun daripada terbaring, kadangkala pukulan itu tidak mengenainya sehingga idle sepenuhnya. Ianya seperti mempunyai tempoh masa yang membolehkan musuh tidak menerima sebarang pukulan daripada pemain. Saya rasa perkara ini tidak sepatutnya berada dalam game wrestling.

Buat masa sekarang, sebanyak 172 watak yang boleh dimainkan termasuk DLC.

MyGM

MyGM adalah mode baharu yang ditambah kembali selepas ianya dibuang sejak tahun 2008 dalam WWE SmackDown vs Raw 2008. Jika korang pernah bermain FIFA atau NBA, mode ini sama tetapi mempunyai objektif yang berlainan. Jika FIFA dan NBA mengejar trofi dan kejuaraan, WWE pula mengejar TV ratings dan duit.

Dalam MyGM, korang akan bermain sebagai pengurus besar yang akan mengendali satu pasukan antara SmackDown, RAW atau NXT. Dalam pasukan ini, korang akan rekrut pelbagai wrestler dan mengatur pelbagai perlawanan untuk ditonton oleh peminat. Jika rating untuk perlawanan itu tinggi, lebih banyak keuntungan yang korang akan perolehi. 

Pada pendapat saya, mode ini sangat menyeronokkan bagi mereka yang menggemari industri hiburan seperti WWE kerana boleh menguruskan pelbagai perkara menarik dari satu perlawanan ke perlawanan seterusnya. 

MyRise

Dalam mode ini, korang akan membina kerjaya sebagai wrestler, mencipta watak sendiri dan mencapai seberapa banyak trofi dan menjadi wrestler yang paling terkenal. 

MyRise mempunyai banyak elemen menarik seperti setiap keputusan yang anda buat boleh mengubah laluan cerita. Sebagai contoh, korang boleh menjadi “orang baik” yang sentiasa membantu orang lain dan tidak mahu mendapat masalah atau “orang jahat” yang sentiasa mencari masalah dan melawan semua orang. Yang menariknya, imej diri anda boleh berubah di tengah jalan cerita.

Sebahagian daripada dialog itu bukan sahaja bercakap secara langsung dengan orang tetapi ada juga yang melalui media sosial. Dengan menggunakan media sosial, korang akan mendapat tawaran untuk bertarung untuk Quest Utama atau hanya Quest Sampingan. 

Perkara yang menyeronokkan dalam MyRise ialah anda boleh terlibat dalam konflik seperti drama dalam WWE. Jadi bukan sekadar bergaduh, malah ada drama seperti WWE yang biasa anda lihat di kaca TV.

Tidak seperti MyGM, yang kelihatan sukar untuk pemain baru, MyRise lebih mudah difahami kerana bukan sahaja bergaduh tetapi korang akan ditunjukkan dan diberitahu apa itu WWE. Bagi saya, ianya lengkap dengan pelbagai drama dan konflik yang biasa berlaku di WWE.

Terdapat beberapa mode lain selain apa yang saya katakan di atas termasuk:

Showcase: Anda akan bermain sebagai wrestler legenda, Rey Mysterio yang berasal dari Mexico melalui perlawanan yang menjadi peristiwa penting dalam sejarah kerjayanya antara 1997 hingga 2020.

Universe: Dalam mode ini, mereka menawarkan lebih banyak kawalan berbanding sebelum ini ke atas jenama, PPV (pay-per-view), keputusan perlawanan, saingan dan banyak lagi. 

Mode Universe termasuk Mode Klasik dan Mod Superstar. Untuk Mod Superstar, korang boleh mengikuti Superstar melalui perlawanan setiap minggu, membangunkan saingan, memulakan pasukan tag, mencipta perlawanan dan bersaing dalam perlawanan kejohanan dan lain-lain.

MyFaction

Salah satu mode baharu yang ditambah adalah MyFaction. Mode ini seakan sama seperti FUT dalam FIFA. Perbezaan antara MyFaction dan FUT adalah mode ini adalah single-player dan bertarung bersama AI dalam pelbagai cabaran. 

Jika dalam FIFA anda akan membentuk satu pasukan, dalam My Faction, korang akan mewujudkan satu kumpulan yang terdiri daripada wrestler dari Man Division, Women Division lengkap dengan pengurus. Kumpulan yang korang boleh diubah suai dengan kosmetik seperti ikon atau papan nama.

Beberapa mode yang tersedia dalam MyFaction: 

Proving Grounds – Seperti mode Kempen, anda akan melakukan pelbagai cabaran dari Bab 1 hingga 5. Setiap bab mempunyai pelbagai ganjaran dan kesukaran untuk mendapatkan kad dengan rarity yang agak tinggi. Semakin tinggi tahap kesukaran, ganjaran yang lebih baik akan diberi.

Faction Wars: Bersaing dengan kumpulan lain (AI), jika korang banyak menang berturut-turut, lebih banyak ganjaran yang anda perolehi.

Weekly Towers: Mereka akan memberikan cabaran mingguan yang mesti diselesaikan setiap minggu.

Jika korang seorang pemain yang berdaya saing, saya rasa mungkin berasa bosan kerana semua musuh sangat mudah untuk dimenangi walaupun tahap kesukaran yang paling tinggi.

Multiplayer

Terdapat lobi yang korang boleh buat Room untuk menjemput pemain lain atau bermain bersama-sama dengan rakan anda secara online. Terdapat juga Quick Match untuk korang melakukan matchmaking yang pantas untuk bertarung dengan pemain lain.

Penyesuaian Watak

Saya sentiasa menyukai penyesuaian watak dalam permainan WWE. Korang boleh katakan ia sangat lengkap, malah lebih lengkap daripada game sukan lain atau game MMORPG.

Korang boleh menukar bentuk muka, badan dan bahagian yang lebih kecil seperti betis atau peha. Tetapkan solek, tatu, dan juga parut. Selain itu, apa yang saya suka ialah apabila menetapkan warna rambut, anda boleh menukar warna menggunakan semburan ke tempat yang anda inginkan.

Visual dan Prestasi

Mereka mengubah sepenuhnya kualiti visual untuk menjadi lebih baik daripada game sebelumnya dan terima banyak review yang hebat. Pada pendapat saya, kualiti visual adalah “lebih baik” daripada sebelumnya, tetapi tidak ada yang istimewa mengenainya.

Perkara yang paling saya tidak suka ialah animasi yang kelihatan sangat teruk. Cara orang bercakap tak selaras dengan mulut dan mata, kalau tengok dekat-dekat macam pelik. Malah animasi dalam game kadangkala tidak responsif seperti perkara “kebal” yang telah saya beritahu sebelum ini dalam bahagian gameplay.

Tiada penurunan prestasi yang ketara, game ini berjalan lancar di PS5 tetapi jangan harap game ini akan menggunakan ciri DualSense seperti Adaptive Trigger atau Haptic Feedback.

Kesimpulan

WWE 2K22 mempunyai penambahbaikan yang ketara dan pelbagai ciri yang baru ditambah. Perkara yang paling saya suka ialah gameplay dengan sistem kombo yang menjadikan game wrestling seperti WWE lebih menyeronokkan untuk dimainkan. Saya boleh katakan bahawa sistem itu boleh menjadi asas untuk dibina untuk game wrestling masa depan kerana ia sangat bagus untuk dimiliki.

Tetapi menjadi lebih baik tidak bermakna ia bagus, masih terdapat beberapa perkara yang saya tidak suka ketika bermain, terutamanya dari segi kualiti visual yang masih kelihatan “baik sahaja” dan animasi yang masih kelihatan buruk. Tetapi saya tetap menghargai penambahbaikan yang sedia ada dari siri sebelum ini yang teruk.

Kepada korang yang minat WWE dan tidak kesah mengenai animasi yang teruk, saya akan recommend WWE 2K22 kepada korang. Game ini telah tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, dan juga PC melalui Steam.

Download sekarang!
WWE 2K22
Steam

The Review

WWE 2K22

6 Score

PROS

  • Sistem kombo yang ditambahbaik
  • Banyak single player mode untuk dimainkan
  • Kualiti visual yang lebih baik

CONS

  • Animasi yang masih buruk
  • Gameplay yang kurang responsif
  • tidak sesuai untuk dimainkan secara kompetitif

Review Breakdown

  • Kepada korang yang minat WWE dan tidak kesah mengenai animasi yang teruk, saya akan recommend WWE 2K22 kepada korang. 0
Tags: WWE 2K22
Previous Post

Analisis: Mengapa Mobile Legends lebih popular dari Wild Rift di Malaysia?

Next Post

Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall

Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd