Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result
Home Review Movie Review

Review One Piece Film: RED (tanpa SPOILER) – Pecahkan tradisi, Oda cuba cara baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 21, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga, Movie Review
0 0
0
Review One Piece Film: RED (tanpa SPOILER) – Pecahkan tradisi, Oda cuba cara baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung minggu lepas, saya berjaya mendapatkan tiket fan-screening untuk One Piece Film: RED di GSC Mid Valley bersama peminat One Piece Malaysia lain! Tetapi, setelah menonton filem itu, persoalan pertama yang semua orang pasti fikir adalah: “Adakah ia bagus atau adakah ia teruk?

Jadi berikut adalah review lengkap saya!

Supaya tiada siapa salah faham: saya tidak akan menceritakan sebarang spoiler tentang One Piece Film: RED dalam review ini. Kebanyakan info yang akan dibincangkan sudah pun dipaparkan melalui trailer dan bentuk promosi lain.

Sinopsis tanpa spoiler

Untuk One Piece Film: RED, kita boleh lihat bahawa pencipta Eiichiro Oda ingin mencuba sesuatu yang baru dan berbeza. Daripada melakukan satu lagi filem dalam formula tradisional One Piece, geng Straw Hat kini harus bertarung dengan musuh yang lebih unik dalam jalan cerita berkonsepkan drama. Berikut adalah sinopsis supaya anda faham latar belakang filem:

Bintang utama dalam filem ialah Uta, yang korang boleh anggap sebagai “kakak” kepada Luffy dan juga anak perempuan kepada Shanks (salah satu Yonko dan lanun terkuat dalam dunia). Pada masa lalu, Uta mengikut Red-Haired Pirates (krew Shanks) mengembara sehinggalah mereka mendarat di sebuah pulau. Malangnya pulau itu diserang dan Shanks memutuskan untuk meninggalkan Uta atas sebab-sebab tertentu. Apa yang sebenarnya berlaku? Korang perlu menonton sendiri untuk tahu kisah sebenar.

Selepas ditinggalkan, Uta mengembangkan bakat nyanyiannya sehinggalah menjadi penyanyi paling terkenal di dunia. Selepas sekian lama, akhirnya Uta mengadakan konsert pertamanya di Pulau Elegia, di mana Luffy bersatu semula dengan Uta. Malangnya, kejadian yang tidak dijangka telah berlaku dan konflik antara semua pihak mula timbul.

Maka, itu sahaja yang boleh saya ceritakan tentang jalan cerita keseluruhan.

Walaupun konsep cerita agak lain daripada filem sebelum, Film RED sebenarnya “canon” (bahan yang diterima sebagai sebahagian daripada cerita rasmi) kepada kisah utama One Piece. Mungkin peristiwa sebenar di dalam filem tidak canon, tetapi watak Uta dan latar belakangnya -semuanya canon. Ini perkara pertama yang saya boleh puji kerana majoriti filem One Piece dianggap sebagai filler, lantas memberi insentif tambahan untuk peminat manga dan anime tonton.

Kisah lebih tertumpu kepada Uta dan Shanks

Buat kali pertama, filem kali ini tidak memfokuskan pada geng Straw Hat, kecuali Luffy. Tetapi jangan risau, setiap ahli masih akan mempunyai adegan-adegan gempak masing-masing, cuma saya tidak sangka yang watak sampingan seperti Blueno dan Koby pun akan memegang peranan yang besar dalam filem ini.

Entah bagaimana, naratif berjaya mengikat semua watak sampingan dengan kemas ke dalam jalan cerita, di mana mereka menambah dinamik lebih unik dengan barisan watak utama tanpa mengurangkan kehadiran setiap satu.

Kembali ke topik utama – seperti yang korang baca daripada sub-tajuk, filem ini lebih tertumpu kepada Uta dan Shanks.

Bagi perwatakan Uta, saya suka bagaimana mereka membawa personalitinya (yang boleh dianggap sebagai Luffy versi perempuan). Uta merupakan elemen paling penting di dalam filem; di mana semuanya tertumpu pada perkembangan watak dan kisah latar belakangnya. Senang cerita, dia boleh dianggap sebagai protagonis, antagonis, dan juga mangsa keadaan. Setiap babak dalam filem akan menjelaskan lebih mendalam tentang masa lalunya, mendedahkan sejarah tragisnya dan memberi konteks kepada setiap tindakannya.

Bagi Shanks pula, saya tidak akan beri spoiler besar, tetapi filem ini membuatkan saya lebih minat dengan watak Shanks serta menunjukkan mengapa dia dianggap sebagai salah satu lanun paling kuat dalam dunia One Piece.

Selebihnya, anda akan tahu apabila tonton nanti.

One Piece ala muzikal

Apa yang paling menonjol tentang RED adalah keputusan Oda-sensei dan Toei Animation untuk menjadikan filem ini sebagai muzikal dengan menampilkan sebanyak 7 lagu. Setiap lagu dalam filem ditulis oleh komposer popular berbeza dan merupakan lagu-lagu berlainan genre —termasuk J-Pop, Balada, R&B, Hard Rock dan lain-lain.

Apa yang lebih menakjubkan ialah suara menyanyi Uta hanya dipegang oleh seorang individu sahaja iaitu Ado. Apabila mendengar suara nyanyian Uta buat kali pertama, saya seolah-olah betul-betul diangkut ke konsert.

Bagi korang yang tidak tahu, Ado merupakan bintang pop yang sedang naik di Jepun, jadi keputusan pihak produksi untuk memilih Ado sebagai suara nyanyian Uta memang adalah pilihan yang bijak sekali. Daripada apa yang saya dengar, setiap gaya muzik dia boleh lakukan dengan sempurna dan daripada aspek itu, ia “perfect”.

TETAPI!! Walaupun lagu-lagu semuanya sedap, cara ia dimasukkan ke dalam filem tidak begitu “kemas” atau “cantik”. Ada yang lawa tetapi sesetengah bahagian seperti video muzik yang muncul entah daripada mana di tengah-tengah filem, dengan visual yang tiada kaitan dengan adegan semasa.

Ada adegan muzikal yang digunakan untuk bantu mengembangkan plot dalam cara yang emosional, tetapi hanya ada 1 atau 2 adegan sahaja yang saya dapat lihat. Selebihnya hanya muncul untuk menganggu rentak filem.

Satu lagi bahagian yang saya kurang suka adalah model CGI Uta yang digunakan dalam video muzik nampak sangat pelik dan tidak kena tempat. Sedangkan seluruh filem dibuat dalam 2D menakjubkan, tiba-tiba Uta keluar secara 3D. Sekali lagi, ia menganggu fokus saya untuk menikmati bahagian muzikal.

Animasi SAKUGA hebat

Alang-alang kita bercakap tentang topik animasi, kualiti produksi visual bagi Filem RED memang layak diiktiraf sebagai yang terbaik dan tercantik dalam sejarah One Piece. Beberapa adegan animasi terbaik dalam filem sangat setanding dengan episod Onigashima (contohnya: One Piece ep 1033), dan saya terkejut pihak studio dapat sembunyikan begitu banyak babak sakuga gempak daripada trailer.

Jadi untuk aspek animasi, saya memang berpuas hati terutamanya untuk pertarungan klimaks -yang merupakan titik kualiti paling tinggi dalam filem. Setiap detik gempak itu nampak lebih hebat daripada biasa, lagi-lagi sebab saya menonton filem dengan peminat One Piece lain.

Pendapat

Pada pandangan saya, ini adalah antara filem One Piece yang terbaik, paling unik dan paling seronok untuk ditonton. Tetapi setiap minat adalah subjektif kan?

Sama ada Film RED akan menjadi filem OP kegemaran anda atau tidak sebenarnya bergantung pada sejauh mana kita sanggup terima idea muzikal baharu yang dicuba oleh Oda-sensei dan Toei Animation. Dengan niat untuk mencuba sesuatu yang berbeza, Film RED juga menghadapi beberapa risiko seperti “adakah ia boleh membuahkan hasil atau tidak” dan sebagainya.

Pendek kata, Film RED cuba menggabungkan elemen unik dan tradisional dengan mengembangkan/menghebatkan semua elemen oleh filem lama sambil menambah genre unik. Adegan muzikal mungkin tidak dapat memuaskan hati semua pihak tetapi bagi saya, ini adalah eksperimen berjaya oleh Oda-sensei dan Toei Animation.

Saya pasti ini adalah filem yang tidak dapat dilupakan oleh mana-mana peminat One Piece.


Filem One Piece Film: RED akan ditayangkan secara rasmi di Malaysia pada 22 September 2022. Untuk membaca segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeone pieceOne Piece FILM: REDreview
Previous Post

Khianat adalah segala punca! Sinopsis penuh tentang GTA Vice City

Next Post

Segala Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang HoYo FEST 2022 Genshin Impact Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Flash Review – Permulaan Multiverse dalam dunia DC (SPOILER)
Review

The Flash Review – Permulaan Multiverse dalam dunia DC (SPOILER)

Cloud gaming GeForce NOW milik Yes 5G kini tersedia di Malaysia, harga langganan semurah RM30!
Teknologi

Cloud gaming GeForce NOW milik Yes 5G kini tersedia di Malaysia, harga langganan semurah RM30!

June 9, 2023
Studio Malaysia Passion Republic Sah Bantu Dalam Pembikinan Diablo IV!
Tempatan

Studio Malaysia Passion Republic Sah Bantu Dalam Pembikinan Diablo IV!

June 9, 2023
Next Post
Segala Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang HoYo FEST 2022 Genshin Impact Malaysia!

Segala Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang HoYo FEST 2022 Genshin Impact Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In