Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] OlliOlli World: Finding the Flowzone – DLC terakhir sebagai pelengkap!

safwan by safwan
November 9, 2022
in Adventure, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Game Baru, Game Review, Platformer, PS4, PS5, Review, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] OlliOlli World: Finding the Flowzone – DLC terakhir sebagai pelengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

OlliOlli World adalah game skateboard yang menampilkan gaya kartun tidak seperti Tony Hawk yang lebih realistik. Walaupun ianya dalam bentuk kartun, OlliOlli World dapat menyampaikan jalan cerita yang menarik bersama cabaran yang unik. Kini, mereka telah mengeluarkan DLC terakhir iaitu OlliOlli World: Finding The Flowzone.

Tetapi, adakah ia mampu memberikan kepuasan yang sama seperti DLC-nya sebelum ini? Untuk menjawab persoalan ini, saya telah menyediakan review untuk OlliOlli World: Finding The Flowzone. Jadi, teruskan membaca review ini.

Susana Berbeza Tetapi Kurang “Wow”

Dalam DLC ini, korang akan menyertai tiga pengembara lain untuk mencari satu tempat yang bernama Radlantis iaitu rumah kepada Skate Godz. Untuk sampai ke sana, korang diminta mencari pelbagai kepingan peta yang rosak dan mengumpulnya melalui Flowzone. Walaupun ianya hanya DLC, jalan penceritaan masih bersambung daripada game asasnya. Jadi untuk mendapatkan pengalaman yang lebih baik, kami mencadangkan untuk menghabiskan cerita utama terlebih dahulu.

Tidak seperti dalam game asas yang menampilkan peta yang sama melalui Void Riders, Finding the Flowzone menampilkan kawasan dan peta yang berbeza sekali gus menjadikan perkara yang kami suka tentang DLC ini.

Kembali kepada kepingan peta yang di kumpul, Finding the Flowzone ingin korang mengumpul 3 serpihan peta dan setiap daripada serpihan besar itu, ia mempunyai serpihan lebih kecil yang menjadi kewajipan untuk di kumpul. Mujurlah, ia senang di kumpul dengan hanya meneroka di kawasan yang telah ditetapkan.

Apabila sampai sahaja di Radlantis, suasana di sana terus berkabus sepenuhnya dan tiada cabaran yang susah dan unik di sini seperti Void Rider. Daripada memberikan cabaran baharu, Finding the Flowzone lebih kepada menerangkan semua cabaran sebelum ini dan menggabungkannya dalam satu kawasan.

Perlu saya akui yang level akhir di Radlantis sebenarnya “kurang wow” dan rasa seperti kurang sesuatu. Hal ini kerana, kami sangat berpuas hati pada DLC yang lepas dan meletakkan harapan yang tinggi pada DLC Finding the Flowzone ini.

Mekanik & Ciri Baharu

Rasa tindak lengkap apabila sebuah DLC tidak menampilkan sebarang ciri atau mekanik baharu. Dalam Finding the Flowzone, mereka sempat menyelitkan mekanik baharu yang dipanggil Skate Wind. Ia adalah sebuah mekanik yang akan membuatkan anda berfikir semula cara ia berfungsi untuk mendapatkan momentum yang betul.

Dengan menggunakan mekanik “angin” ini, ia boleh mengubah masa lompatan dan pelbagai pergerakan skateboard pemain. Terdapat jenis angin yang boleh mempercepatkan pergerakan anda supaya korang tidak perlu meluncur sehingga ke hujung landasan. Mekanik ini juga dapat membuatkan korang lebih laju dan mendapat lompatan yang lebih tinggi sekali gus memberikan anda lebih banyak kebebasan di udara.

Kami dapat merasakan yang mekanik baharu ini sangat bagus kerana ia membolehkan saya membuat banyak variasi pergerakan. Peta atau kawasan akhir dalam DLC juga mengambil kesempatan untuk menggunakan mekanik Skate Wind ini. Jadi, korang akan rasa tercabar pada penghujungnya.

Selain mekanik baharu, DLC ini turut menampilkan pelbagai cabaran seperti Burly Routes. Ia adalah laluan alternatif yang boleh dilalui pemain di mana pelbagai cabaran dalam game asas mempunyai tahap kesukaran yang berubah kepada “Hard” untuk setiap level.

Seterusnya, terdapat juga Skate God baru bernama Gail Force. Apabila anda bertemu dengannya, anda akan membuka cabaran baharu. Sekiranya cabaran baru selesai, pemain akan mendapat banyak peralatan untuk skateboard dalam bentuk kosmetik yang boleh diubah suai.

Kesimpulan

Pada pendapat saya, idea yang di bawa dalam OlliOlli World: Finding The Flowzone sebenarnya bagus dan kami suka bagaimana mereka mahu memberikan DLC yang menampilkan suasana baharu. Malangnya, cabaran dan penyampaian cerita dalam DLC sebelum ini sangat seronok sehingga menyebabkan DLC kali ini terasa kurang kerana meletakkan harapan yang tinggi. Walau bagaimanapun, cerita dan cabaran masih cukup seronok untuk dimainkan.

Walaupun rasa kurang dalam jalan cerita, kami sebenarnya sangat menyukai mekanik baharu yang ditampilkan sekali gus menjadikan game lebih menarik bersama suasana baharu. Secara keseluruhan, kami cukup berpuas hati dengan DLC terbaru dan terakhir untuk OlliOlli World ini.

OlliOlli World telah dilancarkan pada 9 Februari 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai OlliOlli World, kami telah menyediakan review penuh di sini.

Untuk mendapatkan lebih banyak review daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: OlliOlli WorldOlliOlli World: Finding The Flowzone
Previous Post

Ayaneo Air Review – PC handheld boleh dibawa kemana sahaja!

Next Post

Dulu Saiyan, sekarang Bosskur – Kisah awal Team Bosskurr!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Dulu Saiyan, sekarang Bosskur –  Kisah awal Team Bosskurr!

Dulu Saiyan, sekarang Bosskur - Kisah awal Team Bosskurr!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd