Hye geng Gamer Santai, kat sini kitorang nak mengulas sikit tentang sebauh laptop gaming yang lagi cantik menarik tertarik kau memang debom! Okay-okay baiklah, laptop gaming yang dimaksudkan adalah MSI Model GE75 Raider 8SE. GE75 Raider ini mempunyai pemproses enam teras dan kad grafik Nvidia GeForce RTX 2060 yang membolehkan game korang main nampak real! Jadi jom lihat apa yang spesial dan menarik bagi laptop ini.
>Reka Bentuk & Paparan yang Marvelous!<
Papan pemuka yang wow! Kali pertama lihat nampak macam biasa-biasa sahaja. Tetapi selepas ditatapi dari pandangan atas ternyata papan pemuka laptop ini tak mudah memberi kesan jari atau habuk-habuk yang melekat. Disitu terletaknya logo perisai naga backlit MSI dan jalur bergaris merah, GE75 Raider diiktiraf sebagai laptop gaming yang berkelas tinggi;
Logo perisai naga backlit MSI di papan pemuka GE75 Raider turut diberi sentuhan 3D. Permukaan tiga dimensi dengan kemasan anodized merah, menunjukkan estetika yang unik namun agresif yang dijamin untuk menonjol bagi perhatian orang ramai;
Tidak habis dengan paparan atas, paparan bawah GE75 Raider turut memberi reka bentuk yang sangat cantik ala-ala kapal angkasa ufo dan disertakan bersama kipas penyejuk serta pad getah;
Bahagian sisi kiri GE75 Raider pula dilengkapi port USB Type-A (3.1 Gen 2) beserta lampu LED yang menyerlah. Turut disambungkan di sini kabel-lockdown notch, Killer E2500 Ethernet jack, HDMI 4K@60Hz dan penyambung video mini-DisplayPort, port USB Type-C (3.1 Gen 2), bicu headphone dan mikrofon yang berasingan;
Bahagian sisi kanan GE75 Raider pula dilengkapi dua port USB Type-A (3.1 Gen 1) beserta lampu LED ini. Juga, terdapat slot kad memori (SD, SDHC, SDXC), ventilasi ekzos penyejukan yang besar serta lubang pengecas laptop;
Ternyata dari paparan luaran GE75 Raider sahaja telah cukup memberi perhatian yang memuaskan hati orang ramai!
Okay kita lihat pula reka bentuk dari dalaman GE75 Raider pula, dilengkapi paparan bezel sebesar 17.3 inci,Full HD (1920 x 1080) dan tersangatlah nipis telah menawarkan skrin paparan yang sangat luas. Selain itu, ia menyokong kadar refresh 144Hz dan masa respon hanya 3ms dan semestinya ia adalah paparan yang dibuat semata-mata untuk gaming. Bagi kamera web pula definisi yang digunakan ialah HD 720p dan yang terakhir sekali speaker yang dihunakan 2x 3W + 2x 3W Woofer.
Bagi papan kekunci GE75 Raider ini direka oleh SteelSeries beserta RGB-backlit seperti yang tersedia di laptop gaming MSI yang lain. Ia menawarkan warna belakang RGB (16.7 juta warna) bukan warna tunggal;
Penyesuaian lampu RGB ini boleh diubah menerusi aplikasi SteelSeries Engine yang disediakan dan terdapat beberapa pra-set yang sedia digunakan seperti Freeway, Aqua, Drain and Disco. Boleh la korang ikut mood harian kalau nak tukar-tukar mod lampu RGB ni ye.
Manakala yang terakhir untuk kitorang kongsikan untuk bahagian reka bentuk GE75 Raider adalah kekunci pad sentuh di bahagian bawah papan kekunci. Pad sentuh yang luas sama seperti yang lama beserta dengan butang klik khusus kiri dan kanan untuk memudahkan penggunaan menggerakkan dan menekan sesuatu di paparan laptop.
>Spesifikasi yang menakjubkan!<
Kali ini kita beralih arah kepada spesifikasi laptop GE75 Raider ini, memang ternyata mengagumkan kerana ia dikuasakan oleh CPU Intel Core 8th Gen i7-8750H sebuah cip yang sempurna dalam prestasi.
Selain iCore i7 yang menjadi tulang kuat untuk laptop ini, nVIDIA GeForce RTX 2060 yang bergerak sebagai pemproses yang menyokong pengesanan sinar dalam permainan dan juga satu-satunya kad grafik di pasaran semasa yang mampu melakukannya. Manakala OS yang digunakan adalah Windows 10 serta bateri 51Wh, 6-cell.
@gamersantaimy
Discussion about this post