Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Like A Dragon: Ishin – Game Spin-Off Yakuza Wajib Main Untuk Peminat Yakuza!

safwan by safwan
February 18, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Fighting, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] Like A Dragon: Ishin – Game Spin-Off Yakuza Wajib Main Untuk Peminat Yakuza!
Share on FacebookShare on Twitter

Yakuza adalah satu francais yang agak besar telah dibangunkan oleh Ryu Ga Gotoku Studio di mana mereka telah mengeluarkan pelbagai game yang berdasarkan francais ini. Bakal dilancarkan pada 21 Februari 2023, Like A Dragon: Ishin merupakan sebuah game remake daripada game yang telah dilancarkan pada tahun 2014 dengan tajuk “Ryū ga Gotoku Ishin!”.

Like A Dragon: Ishin merupakan spin-off kepada francais Yakuza di mana ia akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Kalau nak tahu game ini seronok atau tidak, jom teruskan membaca review jujur kami ini.

Penceritaan

Plot Like A Dragon: Ishin mengisahkan tentang misteri balas dendam yang sangat menyeronokkan di mana mereka menampilkan pelbagai aksi samurai. Anda akan banyak berurusan dengan kawasan “underground” yang kotor semasa zaman pemerintahan Edo (Edo Period) di Jepun dengan berlakunya pelbagai keganasan.

Seperti siri Yakuza yang lain, mereka masih menawarkan elemen yang kelakar terutama sekali semasa membuat misi sampingan. Walaupun game ini mempunyai plot yang serius, adegan komedi tetap ada dan “timing”-nya sangat kena mengikut situasi.

Memandangkan saya sangat menyukai latar belakang yang penuh dengan sejarah, saya sentiasa terpesona dengan cerita yang berlaku pada zaman Bakufu. Ia merupakan titik peralihan antara zaman samurai dan Jepun moden di mana game ini memberikan pandangan yang menarik tentang perkara tersebut.

Dalam Like A Dragon: Ishin, Ryouma telah berjumpa dengan beberapa samurai terkenal dan mereka telah memberikan pandangan serta idea mengenai revolusi Jepun. Anda sendiri akan dapat merasakan yang watak-watak tersebut adalah orang sebenar dan tiada seorang pun kelihatan baik ataupun jahat. Hanya pendapat mereka yang berbeza.

Selain daripada samurai, mereka juga menampilkan pelbagai tokoh sejarah di mana ia telah dimainkan oleh pelakon Yakuza seperti Majima memainkan watak Okita Souji. Terdapat juga watak lain yang tidak kurang hebat juga seperti Kondo, Inoue dan pekerja hotel Oryo.

Secara keseluruhan, plot yang ditawarkan di dalam Like A Dragon: Ishin tidak terlalu mendalam tetapi ia dapat disempurnakan dengan kisah misteri samurai yang menarik dan disampaikan oleh watak-watak hebat.

Mengembara di Kyoto

Sepanjang anda bermain game in, mungkin anda akan perasan yang mereka sangat memfokuskan terhadap bandar Kyoto atau Kyo kerana di sinilah DNA Yakuza betul-betul bersinar. Walaupun Kyoto hanya merupakan bandar yang agak kecil, ia terasa sangat hidup jika nak dibandingkan dengan game open world yang berada di luar.

Bandar ini penuh dengan pelbagai kedai dan dipenuhi dengan banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Sama seperti game Yakuza yang lain, aktiviti ini boleh datang dalam bentuk mini-game seperti karaoke dan memancing untuk upgrade pedang atau makan ramen untuk heal nyawa anda.

Namun, semua aktiviti tersebut berkaitan dengan cerita sampingan di mana ia dirujuk kepada tempat Ryoma bertemu dan membantu pelbagai orang di sekitar bandar. Kadang-kadang, anda akan membawa warga asing masuk menyeludup masuk ke negara ini atau anda menjumpai seorang pengutip hutang wanita yang membuat dua kerja iaitu sebagai penjaga dan memberi makan kepada ahli gusti sumo.

Selain melalukan quest atau bermain mini game, anda juga boleh berinteraksi dengan pemilik kedai sekali gus dapat meningkatkan jalinan bersamanya. Apabila anda meningkatkan jalinan bersama pemilik kedai, anda sebenarnya akan mendapat pandangan yang lebih mendalam tentang kehidupan seseorang itu dan beberapa item dan upgrade baharu.

Perkara yang paling penting mungkin ialah Kago Ride di mana ia membolehkan anda “quick travel” dan secara tidak langsung menjimatkan masa dan memudahkan membuat quest sepanjang bermain game ini. Tetapi, sudah pasti setiap mekanik yang mempunyai kelebihan seperti ini agak terhad pada awal game kerana anda perlu upgrade terlebih dahulu dan mereka akan muncul lebih banyak di sekitar bandar.

Secara keseluruhan, saya sangat suka melihat persekitaran bandar Kyoto di mana saya dapat teroka pelbagai mini-game yang dikatakan seronok oleh ramai peminat Yakuza. Walaupun terdapat ramai watak sampingan yang tidak penting, mereka ialah salah satu perkara yang membuatkan game ini terasa lengkap bagi saya.

Grafik

Semasa bermain game ini, saya langsung tidak rasa janggal kerana visual game seperti model, persekitaran dan keseluruhan grafik nampak sangat bagus. Kita sendiri boleh nampak yang model setiap watak telah dibuat dengan kualiti yang sangat tinggi kerana butiran dan tekstur yang mereka ada sangatlah terperinci.

Dari segi prestasi, saya langsung tidak mempunyai masalah tentang perkara ini. FPS yang ditampilkan juga tidak mengecewakan. Saya boleh katakan yang game ini telah di “optimize” dengan sangat cantik. Walaupun persekitaran bandar Kyoto penuh dengan pelbagai aktiviti atau perkara yang berlaku, game dapat dimainkan dengan sangat lancar.

Pertempuran

Anda boleh bertukar secara bebas antara empat gaya semasa pertempuran: Swordsman, Gunman, Wild Dancer, dan Brawler. Setiap gaya mempengaruhi cara anda menyusun strategi dalam pertarungan dan memilih gaya yang optimum merupakan cara paling bagus untuk menikmati game. Setiap gaya juga mempunyai Heat Action dan Special Move tersendiri.

Swordsman

Gaya berorientasikan ‘kekuatan’ di mana setiap pukulan menangani ‘heavy damage’. Gaya ini juga boleh menggunakan ‘Charged attack’ dan boleh menepis tembakan peluran dan serangan pedang. Gaya ini mudah untuk belajar dan cemerlang dalam ofensif dan defensif. Ia amat berguna dalam pertempuran 1v1, seperti pertarungan bos.

  • Special Move: Dragonfang Flash
    • Dengan skil ini, anda akan menghunus pedang dan lari ke arah musuh dengan kelajuan cahaya, lalu menyerang mereka. Selepas menyerang, anda boleh segera
      lari ke musuh lain yang berdekatan. Ini membolehkan anda menewaskan ramai musuh dalam sekelip mata.

Gunman

Gaya yang memfokuskan pada serangan jarak jauh. Anda boleh menembak “peluru khas” yang mempunyai pelbagai kesan, seperti racun atau api. Memilih peluru yang paling sesuai untuk setiap situasi akan memberikan kelebihan ketara dalam pertempuran. Walaupun anda tidak boleh menahan serangan pedang dan tembakan, memakai perisai dengan kesan tertentu membolehkan kita mengatasi isu ini.

  • Special Move: Dragonfire Blaze
    • Anda menyasar dan menembak banyak peluru sekaligus. Damage boleh dibahagikan kepada banyak musuh atau tertumpu pada satu musuh sahaja. Meningkatkan level skil ini
      akan menambah jumlah peluru dan membenarkan kita menggunakan peluru khas.

Wild Dancer

Gaya ini membenarkan kita memakai kedua-dua pedang dan pistol. Anda juga boleh mengelak serangan musuh dengan pergerakan ala tarian. Gaya ini berkesan apabila anda dikelilingi atau berhadapan jumlah musuh yang besar. Dengan mengelak secara berterusan, anda boleh memposisikan diri pada kedudukan yang lebih baik atau
mencipta jarak antara anda dan musuh.

  • Special Move: Dragon God Dance
    • Belah dan tembak sambil berpusing untuk menewaskan musuh. Dengan jarak serangan yang besar, skil ini amat berkesan apabila dikelilingi oleh banyak musuh.

Brawler

Gaya yang memfokuskan pada penumbuk dan kepantasan. Walaupun gaya serangan ini bukanlah yang paling kuat, ia sangat laju. Anda juga boleh mengambil objek dari tanah dan menggunakannya semasa bertarung. “Parry (menepis) semasa dalam gaya Brawler akan mengaktifkan “War Cry Counter”, yang membuatkan anda kebal buat sementara waktu. Ini membolehkan anda menumpukan perhatian semata-mata untuk memukul musuh sahaja.

  • Special Move: Dragonwing Sortie
    • Satu teknik berkuasa yang melepaskan a serangan bertubi-tubi ke atas satu musuh. Ia amat berguna apabila anda ingin menyasarkan musuh tertentu.

Kesimpulan

Like A Dragon: Ishin! adalah sebuah game spin-off Yakuza yang sangat bagus dengan membawa jalan penceritaan yang misteri. Tambah pula dengan latar belakang zaman Bakumatsu Period Kyoto yang sangat memberi kesan, ia sekali gus memberikan keseronokan sepanjang anda terokai dunia.

Walaupun game ini adalah single player, anda tidak akan rasa kosong kerana mereka telah mengenalkan anda dengan pelbagai watak sampingan di mana anda perlu berinteraksi bersama mereka untuk mendapatkan ganjaran.

Tidak lupa pada bahagian pertarungan yang sangat hebat di mana anda boleh bertukar-tukar cara serangan. Serang mereka juga berbeza dan kadang-kadang memang sangat sesuai untuk digunakan pada situasi yang tertentu.

Secara keseluruhan, Like A Dragon: Ishin! memang sangat seronok untuk dimainkan. Bagi saya, peminat francais Yakuza memang wajib dapatkan Like A Dragon: Ishin! untuk meneruskan jiwa Yakuza yang ada dalam diri.


Like A Dragon: Ishin akan dilancarkan pada 21 Februari 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai game, teknologi dan filem, sila klik pautan ini.

The Review

Like A Dragon: Ishin!

70% Score

PROS

  • Bandar Kyoto yang sangat menyeronokkan
  • Sistem mekanik pertempuran yang hebat
  • Pengekalan mini-game seperti siri yakuza yang lain

CONS

  • Quick Travel yang menyusahkan

Review Breakdown

  • Bagi saya, peminat francais Yakuza memang wajib dapatkan Like A Dragon: Ishin! untuk meneruskan jiwa Yakuza yang ada dalam diri. 0%
Tags: Like a Dragon: Ishin!
Previous Post

Selami Dunia Demon Slayer! Pengalaman Santai di Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition!

Next Post

‘Diablo IV Open Beta Test’ bermula 24-26 Mac, versi ‘Early Access’ mula 17 Mac!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
‘Diablo IV Open Beta Test’ bermula 24-26 Mac, versi ‘Early Access’ mula 17 Mac!

'Diablo IV Open Beta Test' bermula 24-26 Mac, versi 'Early Access' mula 17 Mac!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd