Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selami Dunia Demon Slayer! Pengalaman Santai di Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition!

Maira by Maira
February 17, 2023
in Acara, Animasi, Anime, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
Selami Dunia Demon Slayer! Pengalaman Santai di Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa minat Demon Slayer? Kalau anda minat, akan ada satu pameran khas Demon Slayer berlangsung tidak lama lagi! Bernama “Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition“, pameran ini akan berlangsung selama dua bulan bermula 18 Februari sehingga 18 Mei ini. Pasti anda tertanya-tanya apa yang menarik di pameran itu nanti. Berita baiknya, kami dapat mendapat jemputan untuk hadir ke pelancaran Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition. Terima kasih banyak-banyak VITA Media! Jom kami ceritakan pengalaman kami semasa pameran!

Selamat datang ke dunia Demon Slayer

Masuk sahaja ke dewan pameran, anda boleh lihat uniform Demon Slayer Corps bersama-sama replika pedang Nichirin. Di samping itu, terdapat teks yang memperkenalkan pengunjung mengenai Demon Slayer Corps. Alang-alang itu, jangan lupa pula untuk imbas kod QR untuk ikuti latihan nanti.

Selepas itu, kami berada di Mount Fujikasane, yang diselubungi oleh Wisteria. Di situ, Kanata dan Kiriya Ubuyashiki menjemput anda untuk terus ke ibu pejabat Demon Slayer Corps, di mana kita diperkenalkan dengan ahli-ahli Demon Slayer Corps dan juga barisan Hashira. Segala maklumat mengenai mereka ditunjukkan melalui skrol dinding. Senanglah untuk kita kenali profil Tanjiro, Nezuko dan kawan-kawan mereka yang lain dengan lebih terperinci. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga replika pedang Nichirin Tanjiro, Zenitsu, Inosuke, Giyu, Shinobu, Rengoku dan tidak dilupakan juga kotak Nezuko.

Terdapat juga skrin besar bersaiz 9 meter yang memaparkan aksi hebat Breathing Technique watak-watak dalam musim pertama anime. Memang memukau mata melihat watak-watak beraksi di skrin besar. Cuma sedikit sahaja kekurangan padanya, di mana ada sesetengah adegan anime yang kelihatan sedikit kabur. Apa pun ia satu tontonan yang hebat.

Selepas itu kita ada satu lagi skrin, di mana ahli Hashira memperkenalkan diri mereka sambil memaparkan adegan anime mereka. Jadi anda yang mungkin tidak ingat siapa Hashira dalam Demon Slayer, bolehlah “refresh” balik memori.

Mesti ada antara anda yang berangan, kononnya boleh buat Water Breathing Technique. Angan-angan anda kini boleh menjadi realiti dengan standee besar teknik hebat itu. Masa inilah untuk anda posing dengan standee besar Water Breathing Technique. Bolehlah buat kenangan nanti.

House of Demon

Sudah habis pusing-pusing dengan Demon Slayer Corps, kita singgah pula House of Demons. Kita akan diperkenalkan dengan Twelve Kizuki, di mana profil mereka ditunjukkan dalam bentuk skrol dinding. Bukan setakat itu sahaja, ada juga kawasan yang menunjukkan mekanisme dalam Infinity Castle melalui skrin kecil.

Naiki Mugen Train

Replika daripada filem Mugen Train juga ada dalam pameran ini. Anda yang teringin untuk naiki Mugen Train, bolehlah bergambar di sini. Ada standee besar Rengoku dan Akaza bertarung. Rasanya kalau ada muzik latar di sini mungkin lebih “immersive”.

Sertai Demon Slayer Corps

Teringin menjadi ahli Demon Slayer Corps, ikuti aktiviti yang tersedia. Caranya mudah sahaja, anda perlu imbas kod QR semasa di pintu masuk. Nanti akan ada tiga game mini yang anda perlu selesaikan melalui telefon sahaja. Jangan risau, game-nya semua mudah untuk diselesaikan. Apabila anda berjaya melepasi kesemua latihan tersebut, barulah anda boleh dapatkan sijil Demon Slayer Corps, dan rasmi menjadi ahli.

Belajar bersama cikgu Giyu

Replika kelas Kimetsu Academy juga turut ada untuk anda bergambar. Kerusi dan mejanya bersaiz mini, jadi kalau anda tinggi, mungkin kurang selesa untuk berposing di kelas ini.

Merchandise yang pelbagai

Memandangkan pameran Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration ini berlangsung di Malaysia, Tanjiro dan rakan-rakannya mendapat ilustrasi khas di mana mereka memperagakan pakaian Malaysia malah mempunyai latar belakang ikonik seperti bangun KLCC, gunung Kinabalu, Jalan Petaling dan banyak lagi. Anda boleh dapatkan merch rasmi dengan ilustrasi khas tersebut di kedai merch, setelah keluar daripada kawasan pameran.

Terdapat pelbagai jenis merch yang tersedia. Sebagai contoh, kita ada standee, beg, figura, keychain, t-shirt, mousepad, mug dan banyak lagi! Kalau anda ingin borong, pastikan anda sediakan duit yang banyak, kerana anda pasti rambang mata melihat segala item yang ada.

Cafe Kimetsu

Sudah penat berpusing dalam dewan pameran dan melihat merch, mesti ada yang terasa lapar atau dahaga. Berita baiknya, ada kafe kecil Kimetsu yang dibuka untuk pengunjung. Terdapat air bertemakan watak dengan dekorasi straw watak. Ada lima perisa untuk kesemua minuman ini iaitu kiwi (Tanjiro), tembikai (Nezuko), ceri (Rengoku), beri (Giyu) dan nanas (Zenitsu). Boleh tahan juga air mereka, siap ada “pearl” pula. Kalau anda inginkan benda sejuk lain, terdapat ais krim dan juga sandwic ais krim untuk dimakan. Memang lega betul tekak selepas itu.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Kalau anda juga ingin merasakan pengalaman hebat ini, bolehlah menempah tiket Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration Exhibition melalui Ticket2U. Berikut adalah maklumat penuh mengenai pameran:

  • Tarikh: 18 Februari 2023 (Sabtu) – 18 Mei 2023 (Khamis)
  • Masa: 10 pagi – 10 malam (setiap hari) *waktu akhir kemasukan ialah jam 9:30 pm
  • Tempat: PAVILION BUKIT JALIL, LEVEL 2, Pink Zone (Ada logo besar Demon Slayer)
  • Pembelian tiket: Ticket2U

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Demon Slayer daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Demon SlayerDemon Slayer Exhibition MalaysiaDemon Slayer: Kimetsu no Yaiba Total Concentration ExhibitionKimetsu No Yaiba
Previous Post

eFootball 2023 kembali dengan ‘Season 3’ – update penuh acara & superstar baharu!

Next Post

[Review] Like A Dragon: Ishin – Game Spin-Off Yakuza Wajib Main Untuk Peminat Yakuza!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[Review] Like A Dragon: Ishin – Game Spin-Off Yakuza Wajib Main Untuk Peminat Yakuza!

[Review] Like A Dragon: Ishin - Game Spin-Off Yakuza Wajib Main Untuk Peminat Yakuza!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd