Bila kita bercerita tentang gaming phone, antara phone yang terlintas di fikiran korang, mesti Razer Phone, Xiaomi Blackshark dan yang akan datang adalah ROG Phone. Tetapi, sebelum ROG Phone keluar, Honor jugak tidak terlepas dalam berlumba untuk mengeluarkan phone gamingnya sendiri. Honor Play diberi nama, merupakan gaming phone yang pertama yang mempunyai teknologi GPU Turbo. Honor Play sangatlah membawa gaming phone ke peringkat yang seterusnya! Nak tahu dengan lebih lanjut, korang boleh teruskan bacaan korang untuk review Honor Play kali ini.
Rekaan dan Paparan
Kali ini, design yang sangat berbeza dari phone flagship Honor yang lain. Kebiasaan, kita melihat akan rekaan glass dan juga warna aurora, tetapi, untuk Honor Play, boleh kata rekaan yang biasa-biasa. Mempunyai body yang metallic, dimana selesa untuk dipegang, dan selain daripada warna hitam ataupun biru yang elegan dan juga sleek, kali ini, Honor Play mempunyai kelainan dari segi warna iaitu berwarna Nebula Purple.
Untuk bahagian hadapan, ianya mencirikan paparan 6.3-inch FHD+LCD dengan aspek ratio 19.5:9 dan juga, seperti biasa, design notch. Bahagian tepi yang nipis, dan kalau korang perasan, ada dagu dengan lambang Honor yang jelas pada bahagian bawah phone. Untuk bahagian belakang pula, pertama yang korang akan perasan adalah dual-camera AI yang selari secara vertikal dan fingerprint sensor yang diletakkan tinggi di bahagian atas. Dari segi berat dan juga ketebalan, Honor Play hanya mempunyai berat 176g dan 7.5mm untuk ketebalan.
Spesifikasi Honor Play
- Saiz: 157.9 x 74.3 x 7.5 mm
- Berat: 176 g
- Warna: Black, Blue, Nebula Purple
- Paparan: 6.3-inch FHD+ IPS LCD display
- Resolusi: 2340 x 1080 pixels
- CPU: Kirin 970 Octa-core Processor
- GPU: Mali-G72 MP12
- OS: Android 8.1
- Memori: 4 GB RAM + 64 GB ROM (boleh dibesarkan sehingga 256 GB dengan microSD)
- Kamera:
- 16 MP Front Camera
- 16 MP + 2 MP Dual-lens Rear Camera
- Bateri: 3750 mAh dengan fast charging
- EMUI: EMUI 8.2
Kamera
Bila kita sebut tentang Honor, ramai pengguna tahu akan kameranya mempunyai prestasi yang baik, begitu juga untuk Honor Play. Ianya mempunyai 16MP+2MP dual kamera AI terletak di bahagian belakang. Teknologi EIS dan AIS diperkenalkan untuk kestabilan semasa mengambil gambar, di mana, ciri AI pula digunakan untuk teknologi AI scene recognition (ianya boleh mengenal pasti sehingga 22 jenis keadaan). Fungsi ini akan memberi tetapan yang terbaik secara automatik untuk menghasilkan gambar yang terbaik
Untuk bahagian hadapan pula, ianya dilengkapi dengan kamera 16MP. Tidak dilupakan, kamera hadapan juga mempunyai fungsi AI juga seperti AI beauty untuk memastikan hasil selfie yang mengkagumkan. Korang juga boleh bermain dengan AR stickers untuk menghasilkan selfie yang menarik dan juga kelakar.
Prestasi dan Bateri
Memandangkan ianya phone yang memfokuskan kepada gaming, Honor Play lebihkan usaha mereka dalam meningkatkan lagi prestasi bermain game. Dikuasai dengan Kirin 940 dan 4GB RAM sudah mencukupi untuk korang merasakan apa yang perlu untuk kepuasan bermain game korang. Tapi, bukan ini sahaja yang Honor Play Tawarkan!
Menjadi yang pertama dalam industri, teknologi GPU turbo yang akan optimize peranti sehingga 60% untuk prestasi yang lebih bagus dan akan memanjangkan lagi bateri sehingga 30% semasa bermain game. Tetapi, buat masa ni, GPU Turbo hanya support untuk game PUBG Mobile dan juga Mobile Legends Bang Bang (akan banyak lagi pada masa hadapan), dan semestinya, aku dah cuba sendiri bermain dua game ni di Honor Play. Result yang memuaskan, kerana ianya memberikan gaming experience yang lancar, tanpa FPS drop walaupun menggunakan graphic setting yang paling tinggi.
Honor Play juga menawarkan 4D gaming Experience dengan smart shock, dan juga 3D Surrounding sound effects. Terima kasih kepada ciri ini, bermain PUBG Mobile semakin menyeronokkan. Korang boleh rasa sendiri peranti tersebut bergegar semasa menembak dan juga di tembak.
3D Surrounding sound effects membawa korang ke satu dunia gaming yang lain, sebab, korang dapat tahu dengan bunyi sahaja di mana musuh korang berada atau dari mana datangnya tembakan musuh, tanpa melihat! Untuk gameplay yang lagi menarik, korang cuba gunakan headphone dan alaminya sendiri!
Untuk bateri, korang tak perlu risau, walaupun berkapasiti 3750 mAh, cukup untuk korang boleh menggunakan di bawah penggunaan normal sepanjang hari, dan bermain game beberapa jam tanpa henti. Juga, korang boleh mengecas kembali bateri yang kehabisan dengan pantas sekali! Terima kasih kerana membekalkan teknologi fast charging yang sangat berguna sekali.
Konklusi
Menggunakan Honor Play untuk bermain game ni, aku dapat merasakan kelainan, rasa berbeza dari menggunakan phone android yang lain. Ye lah, dah nama pon gaming phone kan. Mesti korang tertanya-tanya, berapa harga Honor Play ni. Korang boleh dapatkan Honor Play 4 GB RAM+64 ROM dengan harga MYR 1, 249 dan mula dijual pada Ogos 10 di authorized retailer honor dan juga untuk info lanjut, korang boleh layari laman web rasmi mereka. Korang boleh pre-order di Shopee dan juga HiHonor bermula sekarang!
Puas hati dengan review aku? korang nak lagi? Jangan lupa untuk terus menerus menyokong Gamer Santai dan follow twitter kami. Akan ku sajikan pelbagai info dari dunia gaming, e-sports dan juga gadget. Terima kasih!
@gamersantaimy
Discussion about this post