Nampaknya khabar angin di internet tepat sekali kerana Gearbox akhirnya mendedahkan permainan baru ala-ala Borderlands di acara Summer Games Fest. Malangnya, bagi mereka yang berharap untuk melihat Borderlands 4, bukan itu yang didedahkan oleh Gearbox hari ini. Sebaliknya, mereka mengumumkan spin-off baru bernama Tiny Tina’s Wonderlands, yang dibintangi oleh Tiny Tina! Selain dari mengumumkan permainan, Gearbox juga menyampaikan berita bahawa permainan akan dilancarkan pada awal 2022.
Berikut adalah rumusan untuk permainan:
“Mulakan pengembaraan epik yang penuh dengan keajaiban dan senjata berkuasa tinggi! Peluru, sihir, dan pedang bertembung di dunia fantasi ini yang dihidupkan oleh Tina Tiny yang tidak dapat diramalkan. Cipta wira dari pelbagai kelas dan rampas, tembak, potong, dan lancarkan sihir ke atas raksasa dan penjara bawah tanah yang penuh dengan harta karun bagi menghentikan Dragon Lord yang zalim. Semua orang dijemput, jadi sertai parti ini, pakai kasut anda, dan jadilah Chaotic Great!”
Bagi mereka yang tidak tahu, Tiny Tina membuat debutnya di Borderlands 2 dan sejak itu muncul di Borderlands: The Pre-Sequel dan Borderlands 3. Sebagai salah satu watak yang popular, latar belakangnya bermula apabila Tina dan ibu bapanya dijual ke Hyperion untuk menjadi subjek ujian, suatu peristiwa yang menyebabkan kematian ibu bapanya. Dia melarikan diri menggunakan bom tangan yang disembunyikan dalam gaunnya, dan setelah bebas dari Hyperion, dia berjanji akan membalas dendam terhadap lelaki yang telah menjual keluarganya: Flesh-Stick.
Tiny Tina’s Wonderlands akan tersedia melalui PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, dan Xbox Series S. Untuk liputan lebih lanjut mengenai semua berita terkini di Summer Game Fest, sila tekan pautan ini.
Sumber – Summer Game Fest
@gamersantaimy
Discussion about this post