Selama 30 tahun, nama FIFA bersinonim dengan siri game bola sepak berlesen EA; namun kini FIFA sudah tiada. Game ini mungkin mempunyai nama baru, tapi ia masih mempunyai intipati yang sama. EA Sports FC 24 mengekalkan semua ciri game sebelumnya, termasuk mode Volta, Clubs, mode Player dan Manager Career serta mode tipikal lain.
Walau bagaimanapun, beberapa teknologi—termasuk teknologi PlayStyle+ dan HyperMotionV—serta penambahbaikan umum lain telah ditambah untuk membuatkan aksi di atas padang lebih hampir serupa dengan dunia sebenar. Tetapi, sama ada penambahan ini boleh memenuhi gembar-gembur komuniti akan tentukan jika FC 24 sama hebat seperti entri sebelum.
Untuk review ini, saya tidak akan bercakap tentang gameplay umum. Sebaliknya saya akan bercakap tentang tambahan-tambahan baru yang saya rasa menarik. Adakah ia baik atau teruk? Jom baca artikel selebihnya.
Gameplay lagi Realistik atas Padang
Berbanding dengan game dahulu, FC 24 serta-merta menonjol. Aksi di atas padang bertambah baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkat sistem HypermotionV, yang menganalisis data dari game di liga berbeza.
Menggunakan data volumetrik lebih daripada 180 perlawanan, termasuk perlawanan dari UEFA Champions League, UEFA Women’s Champions League, Premier League dan La Liga, teknologi “HyperMotion V” menganalisis gerakan pada masa nyata.
Mesin pembelajaran algoritma EA Sports FC menggunakan data “Advanced 11v11 Match Capture” untuk mencipta lebih 11,000 animasi dalam game, berbanding lebih 6,000 dalam FIFA 23. Dengan menggabungkan kedua-dua ciri individu dan pergerakan penuh, ia beralih dari dunia analog ke dunia digital dengan sangat lancar. Terdapat perbezaan ketara antara mengalahkan pertahanan sambil menggelecek di padang dan berebut bola kerana aspek “berat” kelihatan lebih penting dalam game daripada timing.
Dengan penambahan jenis acceleration baru, pemain kini ada lebih banyak pilihan dan gambaran yang lebih tepat tentang cara gameplay berlangsung mengikut kelab. Lebih banyak arketaip berbeza dimasukkan ke dalam sistem AcceleRATE 2.0 daripada yang ada dalam FIFA 23.
Tiga jenis acceleration utama ialah “Lengthy,” “Explosive” dan “Controlled.” Majoriti pemain termasuk dalam kategori pemain “Controlled”, yang berlari secara konsisten dan terkawal. Oleh kerana saiz mereka yang lebih pendek dan ketangkasan tinggi, pemain “explosive” akan memecut lebih cepat pada mulanya sebelum perlahan. Pemain yang lebih tinggi dan lebih berkuasa dikategorikan sebagai “Lengthy,” dan bermula dengan lebih perlahan tapi mempunyai keupayaan untuk berlari laju secara jarak jauh.
Untuk mewakili gaya pergerakan pemain yang lebih luas, EA Sports FC 24 tambah empat jenis style yang baru: “Controlled Explosive”, “Mostly Explosive”, “Controlled Lengthy”, dan “Mostly Lengthy”.
Bagaimanapun, penambahan ‘PlayStyles’ adalah perubahan yang paling ketara. Playstyles+ ialah versi PlayStyles standard tetapi dipertingkatkan yang membolehkan game mencerminkan kemahiran pemain elit.
PlayStyles dibahagikan kepada enam kategori: goalkeeping (hanya tersedia dalam mode Be a Goalkeeper Gol dalam Player Career dan Clubs), passing, mengawal bola, defending, fizikal dan menjaringkan gol. Secara total, terdapat 34 PlayStyles baharu.
Di semua mode, kesan pada gameplay amatketara. Pemain akan nampak perbezaannya, sebagai contoh, pemain dengan kemahiran “First Touch” ada lebih banyak kawalan bola selepas menerimanya berkat animasi eksklusif; manakala pemain yang memiliki kemahiran “Power Shot” dapat kelebihan daripada sepakan yang lebih pantas. Hasilnya adalah gameplay yang lebih pantas dan menarik dalam siri ini setakat ini.
Grafik dan Visual
Disebabkan semua yang ditambahkan di atas, FC 24 mempunyai banyak animasi baru. Tahun ini, gameplay dan visual berfungsi dengan baik bersama, sebahagiannya kerana teknologi yang menjana pengalaman itu terus berkembang untuk menambah baik butiran keseluruhan.
Hakikatnya, ada lebih banyak perincian pada model seperti kain yang mengikut angin dan model penonton adalah antara contoh terbaik. Pencahayaan untuk game ini juga jelas bertambah baik, terutamanya semasa sorotan atau ketika menonton pemain bola sepak di padang dan memerhatikan bayang-bayang mereka bergerak.
Pada masa yang sama, personaliti mendapat peningkatan yang besar. Pemain bola sepak terbaik di dunia lazimnya memiliki wajah yang “sempurna” (sekali pandang, terus kenal) dan menunjukkan pelbagai emosi. Mereka meraikan gol dengan cara yang unik dan cara menggelecek masing-masing turut berbeza daripada yang dilakukan majoriti orang.
Dialog pengacara sebelum bermulanya perlawanan telah bertambah baik dan kini mencerminkan kepentingan perlawanan akan datang (seperti Finals atau persaingan sengit antara kelab). Walaupun pemain pasti akan menghadapi ayat yang repetitif, tetapi variasi dialog amat dialu-alukan.
Dengan perspektif kamera baharu, termasuk keupayaan untuk melihat pengacara menyampaikan detik-detik sengit dalam perlawanan, ia memberi pengalaman menonton yang tepat. Malah semasa kad kuning dan merah ditunjukkan, perspektif daripada mata pengadil juga ditunjukkan.
Kehadiran overlaybaharu, seperti statistik, carta sepakan dan peratusan kemenangan, boleh dikatakan antara ciri baru yang bagus. Jika perlawanan berhenti kerana corner, substitution, foul dan sebagainya, overlaydi atas padang akan menunjukkan lima sepakan sebelum ini serta data-data lain.
Game Mode yang Ditawarkan
Sesetengah game sukan tidak mempunyai mode Career yang bagus tetapi alhamdulillah, FC 24 bukanlah salah satu daripada game tersebut. Selepas memberikan lebih kuasa kepada pemain untukmembuat keputusan dalam perlawanan, siri ini masih mengekalkan fokus ini dalam Career.
Dalam Manager Career, pemain ada kawalan yang lebih luas ke atas latihan dan aspek lain. Tahap keasyikan untuk pemain juga mendapat peningkatan, melalui perspektif pandangan baru sambil menyaksikan perlawanan di padang.
Tambahan pula, Player Career ada fungsi Agent yang membantu pemain memilih laluan kerjaya melalui mewujudkan objektif besar. Bagi mereka yang kisah tentang kamera (tidak taksub melihat seluruh padang), kamera berasaskan pemain baharu adalah tambahan yang menyeronokkan yang juga boleh meningkatkan tahap keasyikan.
Penambahbaikan kecil ini kepada dua mode berbeza tersebut menambah baik pengalaman keseluruhan, terutamanya apabila digabungkan dengan peningkatan gameplay yang ketara. Ini menjadikannya salah satu mode Career terbaik dalam game sukan dengan kebebasan untuk memilih, malah mengambil bahagian aspek-aspek paling penting dalam perlawanan atau musim.
Dalam entri terdahulu, Ultimate Team dirujuk sebagai “FUT” (FIFA Ultimate Team), tetapi kini dikenali sebagai EA Sports FC 24 Ultimate Team dan disingkatkan sebagai “UT”. Mode ini memperkenalkan Evolutions, yang membolehkan pemain level up Pemain termasuk kemahiran, PlayStyles dan penilaian keseluruhan.
Selain itu, kini anda boleh pilih pemain lelaki dan wanita untuk pasukan yang sama. Ini memberi elemen baharu kepada game, di mana variasi dalam pasukan menjadi perubahan paling ketara. Malah, meta online sepatutnya mengalami perbezaan yang ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana kehadiran lebih banyak pilihan kad dan komposisi pasukan.
Jangan salah faham; pemilihan kad bagus masih sukar dan berdasarkan RNG. Walau bagaimanapun, saya harus puji bahawa pemain kini ada kawalan lebih baik untuk mencipta pasukan yang mereka inginkan. Tekanan untuk mencari dan memainkan kad yang paling kompetitif dalam meta telah dikurangkan, sekurang-kurangnya dari apa yang saya lihat, dan nampaknya EA berjaya mencapai keseimbangan ini.
Saya tidak akan memaafkan aspek mikrotransaksi dalam game, tetapi sejujurnya, ia membenarkan kita melabur dalam kad kegemaran sambil mengekalkan persaingan.
Selepas pengenalan cross-play pada tahun lepas, ciri ini turut hadir ke Clubs dan Volta Football pada tahun ini, diharapkan dapat meningkatkan masa carian dalam talian untuk mod yang lebih bergaya arked. Pengguna boleh cross-play antara PlayStation 5, Xbox Series X/S serta Windows, manakala pengguna di PlayStation 4 dan Xbox One boleh bermain antara satu sama lain.
Masih ada Lesen Rasmi untuk semua Kelab dan Negara
Berikutan lanjutan kontrak setahun untuk mengeluarkan FIFA 23, EA Sports dan FIFA mengumumkan pada Mei 2022 bahawa perjanjian jangka panjang mereka akan berakhir pada Disember 2022. Pada hari yang sama, Electronic Arts mendedahkan bahawa francais game bola sepak mereka akan dinamakan sebagai EA Sports FC.
Di sebalik pertukaran nama, organisasi itu mendakwa dalam kenyataan bahawa francais akan terus memegang lesen untuk lebih 19,000 pemain, lebih 700 pasukan, lebih 100 stadium, dan lebih 30 liga.
Nasib baik, Premier League, EFL Championship, Women’s Super League, Bundesliga, La Liga dan banyak lagi liga lain masih ada dan tepat dalam FC 24. Seperti yang anda jangkakan, semua pasukan, kit, stadium dan pemain dari hampir semua liga terbesar di seluruh dunia masih berlesen, termasuk sukan bola sepak lelaki dan wanita.
Lesen baru termasuk Liga F di Sepanyol dan Frauen-Bundesliga di Jerman. Seterusnya, EA Sports FC 24 ialah game pertama dalam siri ini yang menampilkan lesen Ballon d’Or.
Pendapat
Walaupun saya yakin bahawa semua ciri seperti ini penting, sejujurnya ia tidak banyak mengubah keseluruhan gameplay. Secara asasnya, FC 24 tidak banyak mengubah cara bermain FIFA sejak beberapa tahun lalu.
Hakikatnya, FC 24 hanyalah kemajuan yang selamat untuk salah satu video game sukan terbaik dunia. Ia mungkin tidak memenuhi gembar-gembur orang ramai, tetapi mustahil untuk menafikan betapa bagus aksi di atas padang, bagaimana ia menyerupai dunia sebenar dengan menyediakan kemahiran dan animasi bagus, dan bagaimana ia membantu mengasah teknik pemain baru.
Paling penting sekali, ia menyeronokkan, tidak kira sama ada sesi main bersama kawan-kawan atau perlawanan online berbentuk kompetitif. Walau apa pun namanya, FC 24 adalah yang paling solid dalam francais. Di sini, EA Sports FC 24 mempertahankan reputasinya sebagai game bola sepak yang secara konsisten memberikan pengalaman paling autentik.
EA Sports FC 24 kini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Untuk mendapatkan berita lain mengenai EA Sports FC daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
EA Sports FC 24
Hakikatnya, FC 24 hanyalah kemajuan yang selamat untuk salah satu video game sukan terbaik dunia. Ia mungkin tidak memenuhi gembar-gembur orang ramai, tetapi mustahil untuk menafikan betapa bagus aksi di atas padang, bagaimana ia menyerupai dunia sebenar dengan menyediakan kemahiran dan animasi bagus, dan bagaimana ia membantu mengasah teknik pemain baru.
PROS
- Masih game bola sepak terbaik setakat ini
- Segala-galanya daripada rupa pemain hingga bilah rumput di atas padang dibuat dengan terperinci
- Lebih banyak kebebasan & kawalan untuk bermain game dan merancang taktik anda
- Mode lebih menyeronokkan dengan banyak ciri tambahan
CONS
- Model wajah untuk beberapa pemain agak pelik & penonton kadangkala nampak tidak realistik
- Tiada perubahan besar pada keseluruhan gameplay.
Discussion about this post