Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] ASUS Zenbook 14X OLED – Sebuah laptop ringan yang sesuai menjadi peneman setia anda!

safwan by safwan
May 15, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
[Review] ASUS Zenbook 14X OLED – Sebuah laptop ringan yang sesuai menjadi peneman setia anda!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS kini telah melancarkan produk baharu iaitu ASUS Zenbook 14X OLED yang dikuasakan oleh Intel Core i7-13700H dan Intel Iris Xe Graphics. Memandangkan laptop ini bukan laptop gaming, kami akan cuba bermain game-game yang ringan dan adakah ia sesuai untuk anda seorang content creator atau editor untuk memiliki laptop ini.

Jadi, mari kita teruskan dengan review ASUS Zenbook 14X OLED.

Reka Bentuk & I/O Port

ASUS Zenbook 14X OLED didatangkan dengan reka bentuk yang sangat ringkas dan minimalist. Versi yang ada pada kami adalah Inkwell Black, ia kelihatan sangat professional dan menyenangkan untuk dipandang. Logo ASUS Zenbook pada laptop ini tidak terlalu besar yang terletak di sebelah kiri bawah. Ia betul-betul mengenakan tema minimalist pada laptop ini.

Bagi memudahkan perkongsian atau kegunaan harian semasa perbincangan, Zenbook 14X OLED didatangkan dengan hinge yang membenarkan para pengguna memutarkan skrin sehingga 180o. Saya rasa ada satu ciri-ciri yang sangat menarik iaitu built-in part yang boleh meningkatkan laptop ini bagi membantu pengaliran udara yang berada di bawah.

Selain daripada warna Inkwell Black yang sangat cantik, mereka juga memberikan Zenbook 14X OLED sentuhan terakhir dengan menggunakan salutan seramik yang dipanggil “Plasma Ceramic Aluminium”. Walau bagaimanapun, cap jari anda masih mudah didapati pada laptop ini.

Dengan saiz laptop ini hanya bersaiz 32.18 x 22.56 x 1.69 dan beratnya hanya 1.56 kg, ia menjadikan laptop ini agak padat dan ringan untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Ia sama sekali sesuai untuk digunakan tidak kira di mana sahaja termasuk dalam kelas, kafe dan perpustakaan.

Zenbook 14X OLED didatangkan dengan 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 2x Thunderbolt 4, 1x HDMI 2.1 dan 1x 3.5mm Combo Audio Jack.

Paparan & Audio

Mengenai paparan skrin Zenbook 14X OLED, ia didatangkan dengan skrin OLED yang bersaiz 14.5 inci bersama resolusi 2880 x 1800 yang agak besar sedikit dan menampilkan ratio 16:10. Bersama-sama dengan skrin OLED ini, mereka juga menampilkan 120Hz refresh rate pada laptop ini.

Dengan skrin paparan OLED ini, sudah pasti visual yang ditawarkan sangat puas hati kerana ia berjaya mempersembahkan visual dalam cara yang sangat bertenaga dan berwarna-warni semasa saya menonton video Youtube dan bermain game. Semasa melakukan pelbagai aktiviti tersebut, warna yang dipaparkan itu nampak sangat menonjol. Tambah pula dengan sokongan color gamut sehingga 100% DCI-P3.

Disebabkan laptop ini mempunyai bezel yang agak nipis, pengalaman menonton dengan menggunakan Zenbook 14X OLED ini sudah pasti menjadi satu perbezaan dan sangat menyeronokkan. Selain itu, mereka juga menambah sehingga 600 nits pada tahap kecerahan laptop ini dan membolehkan para pengguna menggunakannya di mana-mana sahaja termasuk di bawah cahaya matahari yang sangat terang.

Bergerak kepada bahagian audio, ia mampu menghasilkan audio yang sangat kuat dan jelas tanpa mengorbankan sedikit pun kualiti. Walaupun memainkan audio pada tahap maksimum, saya langsung tidak mendengar apa-apa bunyi seperti “distortion” atau rosak yang dihasilkan oleh speaker laptop ini.

Keyboard & Touchpad

ASUS Zenbook 14X OLED didatangkan dengan keyboard yang mempunyai backlight yang boleh membantu pengguna membuat kerja pada waktu malam atau situasi yang gelap. Keycap keyboard ini juga terasa agak keras untuk ditekan dan saya boleh katakan yang travel distance keyboard ini agak juah kerana anda perlu menekan kuat sedikit untuk memastikan perkara yang anda tekan didaftarkan pada laptop.

Secara keseluruhan, pengalaman menaip yang saya dapat sepanjang menggunakan keyboard laptop ini adalah baik-baik sahaja dan saya tiada masalah dengannya.

Satu kelebihan yang saya nampak pada laptop Zenbook 14X OLED ini adalah terletak pada touchpadnya di mana mereka menyertakan numpad bersama-samanya. Tanpa mengorbankan ruang pada keyboard bahagian atas, mereka memasukkan numpad di bahagian numpad di mana anda perlu mengaktifkannya dengan menggunakan button pada sebelah kanan atas.

Jika tidak mahu menggunakannya, anda juga boleh mengaktifkan ciri-ciri ini. Untuk touchpadnya, saya rasa tindak balas touchpad laptop ini baik dan saya tidak mempunyai masalah dengannya.

Jangka Hayat Bateri

Laptop ini didatangkan dengan bateri 70Whrs dan ia boleh bertahan selama 6 jam dengan kecerahan skrin pada 50% dan prestasi kuasa yang seimbang. Walau bagaimanapun, ia masih tidak cukup untuk membuat bermacam-macam kerja tanpa menyambungkan laptop kepada pengecas. Anda akan diberikan 90W pengecas di dalam kotak.

Benchmark & Pengalaman bermain

  • 3D Mark: 2012
  • PC Mark 10: 5747
  • Cinebench Single Core: 1686
  • Cinebench Multi Core: 10693

Game yang pertama saya main menggunakan laptop ini adalah Apex Legends dan saya menggunakan tetapan grafik tertinggi untuk bermain. Dengan grafik yang tertinggi, laptop ini dapat memainkan game ini sekitar 65FPS. Dan apabila saya cuba untuk memainkan pada grafik paling rendah, saya dapat bermain dengan lebih lancar dan FPS yang kami dapat adalah sekitar 87 FPS sahaja.

Saya juga bermain game roguelike popular iaitu Hades dan saya sebenarnya agak terkejut kerana saya dapat bermain dengan sangat lancar pada FPS sekitar 85 FPS.

Game lain yang saya mainkan adalah Atelier Ryza 3. Saya cuba bermain pada tetapan grafik tertinggi tetapi malangnya, ia hanya dapat bermain pada sekitar 30FPS. Apabila saya cuba bermain pada grafik terendah, saya rasa ia dapat bermain dengan baik pada sekitar 50FPS sahaja.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, ASUS Zenbook 14X OLED adalah sebuah laptop yang sangat ringan dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Walaupun prestasi semasa main game tidak begitu lancar, saya yakin yang laptop ini mampu memberikan prestasi yang baik kepada game-game ringan.

Walau bagaimanapun, laptop ini bukanlah dibina untuk bermain game tetapi banyak ke arah produktiviti atau lebih sesuai kepada pengguna yang bergelar content creator, editor dan lain-lain. Disebabkan color coverage yang ditampilkan pada laptop ini adalah 100% DCI-P3, anda sebagai pengguna sudah pasti cukup untuk melaksankan segala tugasan dengan sangat baik dan agak memuaskan.

Kepada sesiapa yang ingin mencari laptop yang mempunyai paparan skrin 120 refresh rate dan color coverage 100% DCI-P3, anda boleh masukkan ASUS Zenbook 14X OLED dalam senarai anda. Klik di sini untuk melihat spesifikasi penuh laptop ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak review menarik mengenai teknologi, game dan filem, sila klik pautan ini.

Tags: AsusAsus ZenbookASUS Zenbook 14X OLED
ShareTweetSend
Previous Post

Jom sertai MSL Championship 2023! Mencari pelajar IPT yang kaki Mobile Legends!

Next Post

Game MMO The Lord of The Rings Akan Dibangunkan Oleh Amazon Games!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Game MMO The Lord of The Rings Akan Dibangunkan Oleh Amazon Games!

Game MMO The Lord of The Rings Akan Dibangunkan Oleh Amazon Games!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd