Sebagai seorang gamer, akan ada pemain yang menggunakan laptop gaming kerana ianya senang untuk di bawa ke mana-mana juga boleh di mainkan di mana sahaja. Semestinya, korang mencari satu jentera untuk bermain game yang cantik di luar, tetapi dalamannya juga, cantik dan hebat. Alhamdulillah, syukur aku dapat merasa menggunakan ASUS ROG STRIX Hero II dan, ini merupakan review kenapa aku suka dengan laptop ni.
*gambar diambil dengan Sony a5100
Design
Strix Hero II mempamerkan 2 brushed finishing yang kontra yang merentasi penutup laptop. Juga Metallic Mystic-Black finishing dengan pengudaraan warna merah pada bahagian belakang. Bahagian keyboard pula, design smudge-proof untuk permukaan dengan two-way brushed finishing dan juga sedikit lambang Cyberpunk di atasnya.
Mencirikan 144Hz super-narrow display, Strix Hero II datang dengan dengan badan yang lebih kompak dan 2.33 cm lebih kecil dari abangnya, Strix Hero. 3 ms Gray-to-Gray (GTG) untuk masa respon yang meminimumkan ghosting dan motion blur untuk visual yang lebih lancar. Ianya juga sangat ringan, hanya 2.4 kg untuk berat ROG STRIX Hero II.
Sebuah gaming laptop, tak nampak seperti gaming laptop jika tiada lampu RGB. Lagi-lagi untuk brand ASUS ROG STRIX. Seperti biasa, RGB Backlit untuk bahagian keyboard dan juga logo ROG yang menyala secara RGB di atas penutup laptop. Nak lagi best, ianya dilengkapi dengan AURA lighting effects!
Apa yang best pasal AURA Lighting ni? Korang boleh adjust AURA Lighting ni melalui Software ROG Gaming Center. Juga ada Music Mode, di mana korang boleh buat RGB Lighting tu ikut rentak muzik yang korang nak. Hebatkan?
ROG STRIX Hero II di design khas untuk mereka yang bermain game MOBA, kekunci QWER di highlight dengan kekunci transparent dan juga 4 Hotkeys. Ia juga mempamerkan 0.25 mm-deep keycap curves untuk typing yang lebih selesa. Juga digunakan adalah Teknologi ROG Overstroke, Anti-ghosting dan N-key Rollover untuk ketepatan semasa penekanan.
Spesifikasi
- Model Name:GL504GM
- Size: 36.1 x 26.2 x 2.61 cm
- Weight: 2.4kg
- CPU: Intel Core i7-8570H
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 1060
- Display: 15.6-inch FHD IPS panel
- RefreshRate: 144Hz
- Memory: 8 GB DDR4
- OS: Windows 10
Benchmark
- UserBenchmark
ROG STRIX Hero II mendapat skor 61% untuk aspek bermain game. Secara majoriti, ia dapat menjalankan game-game yang baru dengan rincian dan graphic yang tinggi. Walaupun 8GB RAM sudah cukup untuk bermain game, tetapi, kalau korang rasa nak tambah, silakan. Kalau gaming pon skor dah macam ni, apatah lagi sekadar normal usage kan?
- PC Mark 10
Untuk PC Mark 10 pula, cubaan telah menunjukkan keputusan yang memuaskan. 4559 merupakan skor secara menyeluruh. 6904 untuk penggunaan biasa. Untuk Photo Editing pula, 6620 merupakan skor yang agak tinggi. Walau bagaimanapun, skor yang agak rendah untuk video editing, 3502 tapi STRIX Hero II masih boleh melakukan kerja-kerja rendering dengan skor 7105.
- 3D Mark
Cubaan Time Spy dalam 3D Mark pula, ROG STRIX Hero II mempunyai skor keseluruhan 3801-3679 untuk graphic dan 4686 untuk CPU. Ia mendapat 20 ke 24 FPS untuk kedua-dua graphic test dan 16 FPS untuk CPU Test. Senang cerita lah kan, STRIX Hero II mampu memainkan game yang high graphic dan MOBA secara lancar.
Prestasi
Aku dah try banyak game MOBA dalam ASUS ROG STRIX Hero II ni, antaranya LoL, Battlerite, Smite dan semestinya DOTA 2. Apa yang aku dapati adalah, semua game ni berjalan dan dapat dimainkan dengan begitu lancar sekali. Semasa bermain ke semua game MOBA ini, aku boleh dapat stabilkan 100+ FPS.
Bukan sekadar MOBA sahaja, aku cuba main game Ni No Kuni II: Revenant Kingdom dan World of Warcraft, ianya berjalan dengan lancar sekali, dan visual yang sangat cantik di pamerkan pada FHD Display yang berukuran 15.6-inch. Juga, Strix Hero II speaker di bahagian tepi sangatlah jelas dan kuat.
Konklusi
Jika dibandingkan dengan STRIX Hero Edition yang pertama, STRIX Hero II mempunyai peningkatan yang sangat memberangsangkan, lagi-lagi prestasi semasa bermain game. Walaupun fokusnya lebih kepada bermain MOBA, tapi korang masih lagi boleh mainkan game yang korang suka tanpa menghadapi apa-apa masalah. Harga untuk ASUS ROG STRIX Hero II adalah MYR 6,299 dan korang boleh layari website rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post