Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil 8 dilaporkan ada “TIGA PLAYABLE PROTAGONIST”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2020
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Resident Evil 8 dilaporkan ada “TIGA PLAYABLE PROTAGONIST”!
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut laporan, Resident Evil 8 tidak mempunyai satu tetapi tiga protagonis yang boleh dimainkan, termasuk Ethan daripada Resident Evil 7, yang nampaknya akan menjadi protagonis utama dalam game ini. Laporan itu datang oleh orang industri dan pakar kebocoran Resident Evil, Dusk Golem, yang menggunakan Twitter untuk berkongsi beberapa berita gembira tentang game survival-horror FPS yang mungkin akan didedahkan tidak lama lagi.

Jika apa yang dikatakan oleh Dusk Golem itu betul, protagonis dari Resident Evil 7, Ethan Winters, akan menjadi protagonis utama, dan boleh dimainkan untuk anggaran 50% atau 60% permainan. Selain itu, terdapat protagonis kedua  yang boleh dimainkan untuk anggaran 30% atau 40% permainan. Dusk Golem tidak mendedahkan identiti watak ini, tetapi khabar angin atas talian memberitahu ia adalah wanita bernama Emily.

(2/2) now that the final game of RE8 retains the three playable protagonist aspect. From how I heard it, you play about 50-60% of the game as Ethan, 30-40% as the secondary protagonist, and about 10% of the game as the third one. For those curious.

— AestheticGamer aka Dusk Golem (@AestheticGamer1) June 9, 2020

Di samping itu, nampaknya ada protagonis ketiga yang pemain boleh kawal dalam anggaran 10% permainan. Seperti protagonis kedua, maklumat lebih lanjut tentang watak ini tidak dikongsi, tetapi ramai ramai menganggap ia ialah Chris Redfield. Dusk Golem juga menyatakan bahawa gamestyle untuk ketiga-tiga watak amat berbeza.

Ethan Winters

Malangnya, di sinilah maklumat tersebut tamat. Walaupun sumber oleh Dusk Golem terbukti boleh dipercayai pada masa lepas, masih tidak ada kata-kata rasmi daripada mana-mana pihak. Pada saat penulisan, Capcom belum memberikan komen tentang bocoran ini, dan membuat ramai peminat Resident Evil berspekulasi jika info ini tepat atau tidak.

Resident Evil 8 masih belum diumumkan secara rasmi, tetapi dijangka sedang dibangunkan untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, dan PC. Resident Evil 8 juga didakwa akan dilancarkan pada tahun depan.

Tags: Dusk GolemInfoprotagonisresident evil 8
Previous Post

“RAZER KISHI” Gaming Controller Universal untuk Android kini mula dipasaran!

Next Post

Mengejar Harapan, Krisis Gunung Berapi LifeAfter Diselesaikan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Mengejar Harapan, Krisis Gunung Berapi LifeAfter Diselesaikan!

Mengejar Harapan, Krisis Gunung Berapi LifeAfter Diselesaikan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd