Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil 4 Remake akan keluar pada 24 Mac 2023, boleh pre-order sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 21, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Seram, Steam, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
Resident Evil 4 Remake akan keluar pada 24 Mac 2023, boleh pre-order sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Di Resident Evil Showcase hari ini, Capcom secara rasmi mengumumkan bahawa Resident Evil 4 Remake akan dikeluarkan pada 24 Mac 2023 di PS4, PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam. Bukan itu sahaja, anda juga boleh pre-order bermula hari ini!

Berikut adalah trailer terbaru:

RE4 Remake akan tersedia dalam Deluxe Edition, dan Collector’s Edition. Isi kandungan setiap edisi dan bonus pre-order adalah seperti berikut:

“Deluxe Edition” mempunyai content in-game tambahan, termasuk pakaian, senjata, peta harta karun dan banyak lagi. Pada masa yang sama, “Collector’s Edition” yang tersedia dalam fizikal sahaja menampilkan segala kandungan “Deluxe Edition” bersama figura Leon, peta fizikal, buku seni dan banyak lagi.

Mereka yang pre-order Standard Edition akan menerima ganjaran in-game, termasuk “Attache Case: Gold” dan “Special Charm: Handgun Ammo,” manakala pre-order untuk Deluxe Edition atau Collector’s Edition juga termasuk “Attache Case: Classic ” dan item “Special Charm: Green Herb”. Item customization ini menawarkan abiliti khusus apabila dipakai.

Bagi mereka yang tidak tahu, Resident Evil 4 merupakan remake kepada game original Resident Evil 4 pada 2005. Secara keseluruhan, RE4 akan mengekalkan intipati game original sambil memperkenalkan gameplay yang dimodenkan, jalan cerita yang direka semula dan grafik terperinci.

6 tahun telah berlalu sejak bencana biologi di Raccoon City.

Leon S. Kennedy, salah seorang yang terselamat dalam insiden itu, telah direkrut sebagai ejen yang melaporkan terus kepada presiden Amerika Syarikat. Dengan pengalaman dalam pelbagai misi, Leon dihantar untuk menyelamatkan anak perempuan presiden yang diculik.

Semasa menyiasat, dia tiba di sebuah perkampungan Eropah yang terpencil, di mana ada sesuatu yang tidak kena dengan penduduk kampung. Kini, tirai dibuka pada sebuah kisah yang seram dan penuh bahaya.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Resident Evil 4 Remake termasuk preview awal dan temu ramah bersama producer, sila tekan pautan ini.

Tags: Resident EvilResident Evil 4 Remake
Previous Post

Resident Evil Re: Verse diumumkan, bakal dilancarkan pada 28 Oktober 2022

Next Post

Digimon World: Next Order Akan Tiba di Nintendo Switch dan Steam Pada 22 Februari 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Digimon World: Next Order Akan Tiba di Nintendo Switch dan Steam  Pada 22 Februari 2023!

Digimon World: Next Order Akan Tiba di Nintendo Switch dan Steam Pada 22 Februari 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd