Tayangan filem anime di Jepun, kadang-kadang akan memberikan penonton yang hadir “benefit” atau booklet khas siri anime yang mereka tonton. Kalau anda seorang pengumpul atau collector, sudah tentu ia menjadi barang wajib untuk koleksi sendiri. Kalau anda ingin tahu, filem Jujutsu Kaisen 0 juga ada memberikan manga booklet iaitu Jujutsu Kaisen 0.5. Berita baiknya, peminat JJK malaysia juga boleh mendapatkannya dengan pembelian 2 tiket tayangan JJK0. Memandangkan ianya sesuatu yang rare, sudah tentu ramai peminat yang ingin memilikinya.
Baru-baru ini, ada reseller telah menjual booklet ini dengan harga yang sangat mahal memandangkan anda boleh mendapatkannya secara percuma. Tidak cukup dengan itu, reseller tersebut ada menyatakan bahawa dia merupakan salah seorang staf pawagam berkenaan. Perkara ini yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat anime. Tetapi sebelum itu, mari kami ceritakan secara ringkas mengapa ramai yang marah mengenai perkara ini.
Pada 16 Mac yang lalu, TGV telah membuat pengumuman mengenai booklet Jujutsu Kaisen 0.5 boleh dituntut secara percuma untuk tiket tayangan bermula 17 Mac dan seterusnya di pawagam terpilih. Ianya akan tersedia untuk penonton yang membeli dua tiket tayangan JJK0 dan selagi stok masih ada. Pihak TGV juga sudah memberitahu bahawa ianya “first come first serve”, jadi sesiapa yang cepat, dapat memiliki booklet tersebut. Seperti yang dijangka, booklet itu sudah tiada stok pada 18 Mac di beberapa pawagam TGV. Jadi, ramai yang kecewa mengenainya lebih-lebih lagi mereka yang sudah membeli tiket dengan harapan untuk mendapatkan booklet tersebut.
Disebabkan stok booklet JJK 0.5 sudah habis, ramai peminat yang mencari alternatif untuk mendapatkan booklet tersebut. Salah seorang peminat telah menjumpai seorang reseller yang menjualnya dalam talian tetapi hargnya yang sangat mahal. Dia juga telah mesej kepada reseller tersebut untuk mendapatkan booklet itu dengan harga yang lebih murah.
Tetapi lain pula yang berlaku, apabila reseller tersebut memberitahu bahawa dia merupakan staf yang bekerja di pawagam tersebut. Ini menimbulkan kemarahan ramai peminat terhadap pawagam itu, memandangkan staf mereka menjual semula manga percuma itu. Reseller itu juga membuka pre-order jika ramai yang inginkan booklet tersebut, membuatkan ramai bertanya jika staf pawagam itu telah “simpan” stok tersebut untuk dijual semula.
Buat masa ini, pihak TGV telah memberikan komen bahawa pihak mereka kini menyiasat tentang perkara tersebut. Kami juga ada meminta komen lain daripada pihak TGV sendiri. Kalau ada update, kami akan tambah pada artikel ini. Kami tahu ramai yang kecewa mengenainya, tetapi anda juga perlu bawa bertenang dan tunggu pihak berkenaan selesaikan perkara ini.
[UPDATE]
Siasatan awal daripada pihak TGV mengatakan bahawa tiada staf mereka yang terlibat dengan jual beli di Carousell, malah mengatakan bahawa pelaku menggunakan banyak banyak id palsu. Kini, pihak mereka ingin bantuan ramai untuk mendapatkan bukti kukuh mengenai pelaku yang mengaku sebagai staf mereka.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post