Diumumkan semasa Future Games Show, game terbaru dalam siri horror survival oleh pemaju Stormind Games, Remothered: Broken Porcelain akan keluar di PC, PS4, Nintendo Switch dan Xbox One pada 25 Ogos ini.. Sama ada anda masih baru pada siri ini atau peminat yang sudah lama menunggu, Stormind Games telah membuat beberapa perubaha pada game ini, yang bertujuan untuk meningkatkan aspek imersif dalam penceritaan seramnya. Sebelum itu, anda boleh lihat trailer di bawah:
Perubahan ini merangkumi elemen gameplay dan gaya penceritaan baru, di mana anda akan terokai Ashmann Inn sebagai seorang gadis usia 15 tahun bernama Jennifer yang bekerja sebagai pembantu rumah. Kesian Jennifer. Apa malang lah nasib kau?
Seperti game sebelumnya – dan sangat berbeza berbanding game seram lain – fokus utama Remothered: Broken Porcelain adalah untuk mengelak daripada pertempuran atau menghampiri terlalu dekat pada mana-mana bahaya di Ashmann Inn. “Sorok-sorok” adalah sebahagian daripada mekanik permainan, jadi bersiap sedia untuk ditakuti sepanjang permainan ini.
Jika game ini menarik minat kamu, jangan lupa untuk dapatkan Remothered: Broken Porcelain pada 25 Ogos ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post