Re:Legend adalah game dari Magnus Games yang mempunyai elemen Adventure-Sandbox yang yang menarik dalam game tersebut. Re:Legend bukan game yang biasa-biasa tetapi game ni mempunyai banyak perkara yang boleh dibuat seperti menanam tanaman, mengembara dalam dunia Re: Legend yang cantik.
Re:Legend juga mempunyai elemen JRPG yang berinovasi, untuk pengetahuan korang, korang akan pegang character yang hilang ingat di Pulau Vokka, sementara tu, korang boleh tanam padi ke, memancing, mining ke, ataupun cari sumber lain-lain dalam game untuk buat senjata dalam game dan korang boleh tangkap “Magnus”. Kita masuk bahagian bunyi pula, Re:Legend mempunyai bunyi dalam game yang kena dengan persekitarannya seperti pilihan lagu ketika pengembaraan, Bunyi ketika mahu menebang pokok dan bunyi lopak air agak memuaskan!
Kemudian persekitaran yang simple tetapi mengagumkan dari pembentukan karekter hingga ke dunia di Pulau Vokka! Re: Legend Pre-Alpha adalah game yang bagus tetapi memerlukan sentuhan yang lagi banyak dalam Re:Legend dan ada beberapa perkara yang mereka perlu perbaiki sedikit dari segi control mapping. Apa-apa pun, Re:Legend ada masa hadapan yang baik!
@gamersantaimy
Discussion about this post