Re:Legend yang game dari Malaysia yang salah satu developer Indie yang tengah up sekarang ni, dah announce Beta Test untuk kepada siapa yang support mereka dalam Kickstarter kempen diorang. Re:Legend game yang dibuat oleh Magnus Games yang telah menunjukkan kebolehan mereka iaitu membuat game Open-World adventure yang sangat menarik!
Untuk pengetahuan korang, Gameplay dalam Re:Legend ni memang nampak bagus dan sangat smooth walaupun tak keluar lagi, kitorang dapat try masa alpha test dan setakat ni memang best! Tetapi, kitorang memang excited kalau game ni dah dapat Beta Launch nanti!
Overall Game ni, memang ada something special, walaupun dari Developers indie Malaysia, Game ni memang ada potensi yang sangat besar untuk menjadi game yang sangat bagus! Jadi, korang boleh tengok Re:Legend yang akan dilancarkan pertama kali untuk PC, kemudian mengikuti oleh NS, PS4 dan Xbox One. Pastikan anda melawat laman rasmi atau Twitter mereka untuk maklumat lanjut jika anda berminat!
@gamersantaimy
Discussion about this post