Beberapa bulan kebelakangan ini, banyak khabar angin mengenai remake atau remaster untuk Red Dead Redemption akan keluar. Tetapi nampaknya khabar angin tersebut adalah salah kerana Rockstar Games telah pun mengumumkan pelepasan semula Red Dead Redemption untuk konsol PS4 dan Nintendo Switch.
Pelepasan semula Red Dead Redemption itu akan digabungkan dengan Nightmare Undead, kandungan pengembangan untuk game tersebut. Ia juga tiada sebarang kandungan tambahan lain malah bukanlah versi remaster seperti yang diharapkan oleh peminat. Malah ciri multiplayer juga tiada untuk pelepasan semula ini.
Senang cerita, ramai peminat kecewa dengan cara Rockstar Games memasarkan game tersebut, termasuklah pemain PC yang sudah lama meminta game tersebut dilancarkan pada platform tersebut. Tetapi perkara yang lebih mengecewakan bagi peminat adalah harga game tersebut yang sememangnya mahal untuk game yang sudah berumur 13 tahun tanpa sebarang kandungan mahupun penambahbaikan baru.
Sekarang ini, ramai pemain yang telah membuatkan keputusan untuk tidak membeli game ini kerana berasa ia tidak berbaloi. Ada juga yang mengatakan mereka sanggup hidupkan balik konsol lama mereka untuk bermain Red Dead Redemption.
Red Dead Redemption akan lancar ke PS4 dan Nintendo Switch secara digital pada 17 Ogos 2023. Manakala versi fizikal pula akan dilancarkan pada 13 Oktober 2023. Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post