Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bertemu Juara-Juara Yu-Gi-Oh World Championship Series 2023! Cara bina dek, rahsia menang & banyak lagi! [Interview eksklusif]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2023
in Artikel, Berita, Eksklusif, Esports, Kad Strategi, Kejohanan esports, Tabletop, Temuramah
0 0
0
Bertemu Juara-Juara Yu-Gi-Oh World Championship Series 2023! Cara bina dek, rahsia menang & banyak lagi! [Interview eksklusif]
Share on FacebookShare on Twitter

Yu-Gi-Oh! World Championship Series 2023 secara rasmi tamat semalam, dan kita ada tiga juara baru untuk tiga permainan berlainan; “Yu-Gi-Oh Trading Card Game“, “Yu-Gi-Oh Master Duel” dan “Yu-Gi-Oh Duel Links“. Walaupun letih, ketiga-tiga juara tersebut sudi meluangkan masa bersama kami untuk menjawab soalan menerusi temu bual eksklusif termasuk berkongsi idea tentang dek kemenangan mereka dan rancangan pada masa depan.

https://www.youtube.com/watch?v=XunOFynG2Oo&t=19680s&ab_channel=OfficialYu-Gi-Oh%21TRADINGCARDGAME

Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah isi temu ramah kami bersama juara-juara Yu-Gi-Oh! World Championship Series 2023!

Yu-Gi-Oh! Duel Links – Takagi (Jian Yu Jiang)

Kami baru sahaja melihat anda menang tiga berturut-turut. Apa yang anda fikirkan sekarang?

Takagi: Saya berasa sangat hebat. Semua kerja keras itu telah membuahkan hasil.

Jika mereka boleh menambah satu kad yang belum ada dalam Duel Links, mana satu yang anda mahu?

Takagi:Saya suka jika mereka menambah siri Sky Striker Ace.

Selepas perlawanan akhir Duel Links, mereka mengumumkan bahawa Rush Duel akan ditambahkan dalam game. Apakah pendapat anda?

Takagi: Ia sangat bagus untuk menambahkan perkara baharu dalam game dan saya harap dapat bermain secepat mungkin.

Kredit: KONAMI

Sekarang, anda adalah juara kejohanan Duel Links. Apakah rancangan anda untuk tahun depan?

Takagi: Saya harap tahun depan saya boleh menjadi juara semula.

Apakah yang anda rancang untuk buat dengan hadiah wang tunai?

Takagi: Saya belum fikir lagi. Sekarang saya nak main-main sebentar, dan selepas itu, baru buat keputusan. Buat masa ini, saya cuma ingin beri ganjaran pada diri sendiri dulu.

Adakah anda lebih suka jika abiliti untuk watak akan datang tertumpu pada permainan kompetitif atau lebih sesuai untuk anime?

Takagi: Saya rasa semuanya baik, asalkan apa yang saya suka ok. Jika semua baik-baik saja, saya terima.

Yu-Gi-Oh: Master Duel – Team Snipehunters (Joshua Schmidt, Jack-Rory Steenkamer, Emre Kizilates)

Bagaimana rasanya menjadi juara Master Duel pertama dalam sejarah Yu-Gi-Oh!?

Josh: Hebat. Ia benar-benar menakjubkan. Kami tidak percaya. Kami tidak tahu kata apa.

Bolehkah anda memberitahu beberapa strategi yang telah digunakan untuk mencipta dek anda?

Josh: Okay. Jadi saya guna Naturia Runick dan menggunakan Dragon Link, yang ada untuk menutup kelemahan Tearlaments daripada Naturia Runick kerana ia benar-benar bagus terhadap segala-galanya.

QuantalThink: Saya bermain Tearlaments yang bagus melawan hampir semua matchup lain. Tetapi menentang Exoister dan Necrovalley Stun, kami memutuskan Skystriker adalah cara yang baik untuk mengalahkan kelemahan Tearlaments.

Emre: Saya bermain Labrynth kerana ia mempunyai matchup yang baik untuk hampir semua perkara, terutama sekali jika giliran pertama. Dan untuk dek kedua, saya bermain Exo kerana ia mempunyai beberapa matchup sangat bagus yang tidak dimiliki oleh Labrynth.

Kredit: KONAMI

Adakah anda fikir lebih baik untuk semua orang dalam pasukan mempunyai dek yang sama atau adakah lebih baik untuk menggunakan dek yang berbeza?

Josh: Untuk kejohanan ini, ia mustahil [untuk memakai dek sama] kerana limitasi pembinaan dek. Kami tidak boleh menggunakan kad yang sama kecuali tiga kad yang boleh kami pilih. Jadi kami memutuskan untuk berkongsi Maxx C, Ash Blossom dan Triple Tactic Talent tetapi kami tidak boleh membawanya ke dek yang sama berulang kali.

Yu-Gi-Oh Trading Card Game – Paulie Aronson dari Amerika Syarikat

Bagaimana perasaan memenangi Yu-Gi-Oh! World Championship, terutamanya sebagai juara pertama dari Amerika Syarikat?

Paulie: Sungguh menakjubkan. Sepanjang bulan lalu, saya menghabiskan banyak masa berlatih untuk acara ini, khususnya format Worlds. Saya pun tidak tahu apa yang berlaku dalam TCG seperti set baharu Duelists Nexus. Saya belum sempat menguji kad baharu kerana saya hanya tertumpu pada format Worlds.

Sejurus selepas World Champion Qualifiers adalah hari jadi saya, dan rakan-rakan mahu meraikan, ajak keluar. Saya jawab tidak, saya perlu duduk rumah, saya perlu berlatih. Dan saya berlatih untuk Worlds setiap hari sejak WCQ, dan ia membuahkan hasil. Ini menunjukkan bahawa apabila anda berdedikasi dan menumpukan masa, anda boleh mencapai macam-macam perkara hebat.

Apakah perasaan anda apabila Nibiru muncul dalam Duel 2?

Paulie: Saya bermain di sekitar Nibiru dengan menyeru Hieratic Seal of the Heavenly Spheres lebih awal. Saya akhirnya dapat menyeru Borrelend Dragon dan Borreload Savage Dragon melalui Nibiru.

Saya tahu kad terakhir dalam tangannya ialah Tenyi  Spirit-Ashuna, jadi apabila dia memikirkan Lubellion the Searing Dragon, saya sebenarnya gembira kerana saya seperti “Oh, dia termakan. Dia tiada kad pada giliran seterusnya, dan saya masih boleh melakukan sekurang-kurangnya satu atau dua Interrupt.

Tetapi jika dia tidak [menggunakan Nibiru], saya akan mendapat sekurang-kurangnya Branded Bystials. Tidak kira bagaimana, ia akan menjadi permainan yang hebat. Pada ketika itu Nibiru tidak mencukupi. 

ia memerlukan sedikit perancangan untuk memikirkan permainan terbaik yang boleh saya buat melalui Nibiru? Ia adalah permainan yang hebat dengan Striker Dragon dan sebagainya, ia berjaya. Ia adalah perlawanan yang menarik.

Kredit: KONAMI

Adakah terdapat apa kad di dek sisi yang akhirnya berguna?

Paulie: Mereka semua akhirnya berguna. Cara saya membina dek sisi; saya cenderung untuk membina banyak dek secara umum. Ia seperti bermain banyak kad generik serba boleh yang mempunyai liputan sebanyak mungkin.

Saya peminat tegar untuk kad impak rendah yang lebih konsisten berbanding kad impak tinggi tidak menentu yang kadangkala bagus dan kadangkala tidak. Drills adalah kad yang tidak menentu, tetapi saya akhirnya menang dengannya pada hujung minggu ini, kerana cara formatnya sangat bervariasi. Kadangkala anda hanya perlu membuat keputusan berbeza.

Saya biasanya suka kad versatil, ia mempunyai banyak liputan. Sayaa akan berikan contoh yang lebih baik; saya mengetepikan Infinite Impermanence dalam dek di mana saya sudah maining (meletakkan kad di dek utama), Effect Veiler dan Ash Blossom & Joyous Spring dan  Nibiru, handtrap biasa, control.

Saya mengetepikan Imperm, yang biasanya pada titik itu anda menggunakan slot sisi untuk impak yang lebih tinggi, perangkap khusus atau kad lain, tetapi saya cenderung untuk memilih seberapa banyak kad generik liputan luas yang saya boleh miliki.

Akan ada dek kombo yang saya mahukan lebih banyak handtrap daripada 12 ini dan saya mahu satu lagi handtrap yang boleh menentang tidak kira apa dek kombo atau apa dek itu. Saya inin memasang handtrap generik lain. Saya ada Ghost Belle & Haunted Mansion tetapi itu tidak cukup.

Contoh lain, Infinite Impermanence melebihi kad seperti Contact “C” yang boleh menjadi pilihan tech yang baik – mengalahkan Rikka, mengalahkan kad lain yang saya jangka akan melihat dalam acara itu. Satu lagi adalah Branded. Saya hanya memilih Infinite Impermanence kerana saya hanya mahu slot ini live dalam setiap matchup.

Untuk slot Go First Side saya, ia konsep yang sama. Saya bermain Solemn Strike melebihi kad seperti Eradicator Epidemic Virus, yang sangat popular di kalangan pemain Dragon baru-baru ini. Saya hanya lebih suka kad seperti Solemn Strike yang akan sentiasa live, dan mendahului setiap perlawanan. Saya sangat suka kad seperti itu kerana ingin konsisten di dek banyak mungkin.

Kredit: KONAMI

Apa-apa mesej terakhir?

Paulie : Ya, saya sentiasa ingin menekankan bahawa jangan teori dek sahaja, tetapi berlatih sebanyak mana yang boleh. Dan apabila m berlatih, jangan bermain untuk menang, berlatih untuk belajar, seperti duduk dengan rakan, ambil dua dek, bermain dengan tangan terbuka.

Jika anda melihat strategi yang dimainkan oleh rakan yang lebih baik, kembali dan menukarnya, lihat cara stategi itu berbeza. Terokai semua cara permainan, cari yang terbaik dengan cara itu. Ia bukan tentang siapa yang menang, ia tentang anda berdua belajar dek sebanyak yang boleh.

Supaya apabila anda duduk di kejohanan dan melihat perlawanan itu atau menerima kombo, anda mempunyai pengetahuan itu bersama. Jadi berlatih sebanyak yang anda boleh dan belajar sebanyak yang anda boleh.

Satu lagi perkara yang saya ingin katakan kepada semua pemain adalah sentiasa bermain dengan semangat kesukanan yang baik. Saya cuba bersungguh-sungguh dalam permainan saya untuk sentiasa menjalinkan persahabatan yang baik dengan lawan saya, untuk menjadi mesra.

Saya ingin mencari kawan baru, lawan anda bukan musuh anda. Kadang-kadang saya melihat orang bermain dan mereka sangat tertekan dan berasa intense. Saya cuba usaha untuk memastikan lawan saya berasa santai supaya kami boleh bermain dengan baik. Anda tidak perlu mengusik pihak lawan anda. Saya tidak suka kacau orang. Saya suka bermain santai, dan seperti yang saya katakan, bersikap mesra.

Dan saya harap kejayaan saya dapat menunjukkan kepada orang ramai bahawa anda boleh bermain dengan cara itu dan masih berjaya. Itu mungkin satu perkara yang saya ingin katakan kepada semua pemain.


Maka, tamatlah interview eksklusif kami bersama juara-juara Yu-Gi-Oh! World Championship Series 2023. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua pemenang dan semoga semua orang dapat menemui sukses dalam kejohanan seterusnya! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Yu-Gi-Oh World Championship 2023 di sini.

ⓒ2020 Studio Dice/SHUEISHA, TV TOKYO, KONAMI. ⓒ2020 Konami Digital Entertainment.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai – Musuh kita bakal hadapi!

Next Post

Red Dead Redemption Dilepaskan Semula untuk PS4 & Switch, Ramai Peminat Tidak Berpuas Hati!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos
iOS

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos

July 9, 2025
ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799
Teknologi

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799

July 9, 2025
BlazBlue Entropy Effect Akan Datang Mobile Pada 22 Julai 2025!
Mobile

BlazBlue Entropy Effect Akan Datang Mobile Pada 22 Julai 2025!

July 9, 2025
Next Post
Red Dead Redemption Dilepaskan Semula untuk PS4 & Switch, Ramai Peminat Tidak Berpuas Hati!

Red Dead Redemption Dilepaskan Semula untuk PS4 & Switch, Ramai Peminat Tidak Berpuas Hati!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd