Sejak pendedahan penilaian untuk game Red Dead Redemption (RDR) di Korea, ramai peminat mula berharap bahawa game tersebut mendapat kemas kini remaster. Kini, muncul pula satu lagi maklumat besar yang membuatkan peminat terus teruja mengenainya. Nampaknya game Red Dead Redemption mendapat reka bentuk logo baharu melalui data laman web rasmi game.
Perkara ini telah didedahkan melalui pengguna Twitter, Tez2 yang memuat naik logo tersebut berserta nama kodnya, RDR1RSP yang mungkin bermaksud “RDR1 RockStar Presents”. Bermula daripada tweet inilah, ramai peminat mula menantikan pengumuman rasmi daripada Rockstar Games.
Walaupun begitu, boleh jadi juga bahawa Rockstar Games hanya ingin kemas kini logo tersebut untuk game versi digital. Lagipun barisan game baru Rockstar Games mempunyai “Rockstar Games Present” pada logo masing-masing. Jadi janganlah menaruh harapan tinggi sangat terhadap kemas kini baru ini.
Tentang Red Dead Redemption
RDR merupakan game action-adventure yang telah dilancarkan oleh Rockstar Games pada 2010. Kalau anda ingin tahu, ia merupakan game kedua dalam siri Red Dead. Game ini berlatarkan tahun 1911 di mana berlakunya kemerosotan di sempadan Amerika. Pemain mengikuti John Marston, seorang bekas penjahat yang isteri dan anak lelakinya telah dijadikan tebusan oleh kerajaan sebagai wang tebusan untuk perkhidmatannya sebagai hired gun. Tanpa pilihan lain, Marston berhasrat untuk membawa tiga anggota bekas gengnya ke muka pengadilan.
Tetapi kalu betul Rockstar Games akan keluarkan Red Dead Redemption Remaster ataupun Remake, apa perkara yang anda ingin lihat dalam game tersebut? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen! Untuk mendapatkan berita menarik mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post