Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Eiichiro Oda minta Netflix tunaikan dua syarat khas untuk One Piece live-action!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 8, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Eiichiro Oda minta Netflix tunaikan dua syarat khas untuk One Piece live-action!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak mula diumumkan, kita semua tahu bahawa Eiichiro Oda, telah banyak terlibat dengan produksi adaptasi live-action bagi siri popularnya One Piece. Tetapi baru hari ini, saya dapat tahu yang Oda meminta Netflix menunaikan dua syarat khas sebelum menayangkan siri One Piece live-action ke seluruh dunia.

Kredit: Netflix

Menurut ComicBook.com, Matt Owens (pengarah bersama untuk Netflix One Piece) menjelaskan kepada Shueisha bahawa Oda mempunyai banyak permintaan untuk produksi tetapi khususnya, meminta mereka untuk menunaikan dua permintaan yang sangat spesifik. Pertama sekali, dia meminta agar latar belakang watak tidak diubah dan kekal sebagai motivasi utama mereka, di mana Owens bersetuju sepenuhnya.

Ia penting kepada diri mereka sebagai individu – apakah impian dan motivasi mereka, dan bagaimana Luffy mendalami [hal itu] ketika dia bertemu dan membantu mereka menemui semula impian tersebut. – Matt Owens.

Kredit: Netflix

Permintaan kedua adalah supaya Netflix memberi tumpuan kepada abiliti berbeza setiap watak. Walaupun itu adalah cabaran besar dalam aspek live-action, Netflix menyakinkan semua orang bahawa mereka mahu berpegang pada semua kemahiran dan Devil Fruit yang merupakan aspek ikonik kepada keseluruhan francais.

Kuasa Devil Fruit khusus dan kemahiran lain semuanya direka dengan teliti oleh Oda dan banyak imaginasi [perancangan] telah difikirkan untuk apa yang boleh dilakukan oleh orang berbeza dan apa peraturannya. – – Matt Owens.

Kredit: Netflix

Berbeza daripada pencipta manga lain yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada pihak produksi melakukan apa sahaja, Eiichiro Oda memegang peranan besar dalam One Piece adaptasi live-action termasuk memilih siapa yang akan melakonkan krew Straw Hat dan mempunyai kata akhir sebelum rancangan itu dapat ditayangkan secara rasmi. Malah, dia juga meminta Netflix untuk merakam semula beberapa adegan untuk memastikan siri ini kekal dengan visi original sebanyak mungkin tetapi masih mengalukan beberapa perubahan.

Adventure is on the horizon! Let’s all take Eiichiro Oda’s wise advice and have some ☕ while we wait. #OnePieceNetflix pic.twitter.com/hsgtiopEz8

— ONE PIECE(ワンピース) Netflix (@onepiecenetflix) July 22, 2023

Daripada apa yang saya lihat dalam trailer, nampaknya Netflix mematuhi permintaan Oda dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan One Piece memiliki rupa paling autentik mungkin. Memandangkan siri ini akan dikeluarkan tidak lama lagi pada 31 Ogos, kita tidak perlu tunggu lama lagi untuk melihat adaptasi tersebut. Jika semuanya bagus, moga-moga ia akan diteruskan dengan musim kedua.


Untuk baca segala liputan kami tentang Netflix One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Eiichiro Odalive-actionnetflixPiece
ShareTweetSend
Previous Post

Red Dead Redemption Dilepaskan Semula untuk PS4 & Switch, Ramai Peminat Tidak Berpuas Hati!

Next Post

Persona 5: The Phantom X Dedahkan Trailer Gameplay Baru, Tampil Dengan Kebolehan Persona Watak!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Persona 5: The Phantom X Dedahkan Trailer Gameplay Baru, Tampil Dengan Kebolehan Persona Watak!

Persona 5: The Phantom X Dedahkan Trailer Gameplay Baru, Tampil Dengan Kebolehan Persona Watak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd