Capcom telah mengumumkan Resident Evil Village Gold Edition yang menyediakan game penuh RE Village dan kandungan tambahan Winters’ Expansion. Edisi ini akan dilancarkan pada 28 Oktober untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.
Kisah Ethan Winters dan keluarganya yang digambarkan di RE 7 Biohazard dan RE Village akhirnya akan sampai ke penghujungnya. Hampir berapa tahun Ethan melindungi keluarga dan anak perempuannya, Rose. Kandungan tambahan Winters’ Expansion ini akan mengandungi cerita baru yang bertajuk Shadows of Rose.
Shadows of Rose merupakan bab terakhir dalam kisah Winter. Cerita ini mengambil tempat 16 tahun selepas tamatnya cerita utama, di Realm of Consciousness iaitu suatu tempat yang jauh daripada dunia sebenar.
Dalam Realm of Consciousness akan mempunyai banyak makhluk asing yang merayau di sana dan ada makhluk asing yang tidak mempunyai muka, muncul untuk menghalang Rose. Dia juga akan dikejar oleh makhluk asing yang mempunyai pelbagai muka dan ancamannya lebih besar daripada Face Eater.
Setiap makhluk asing tersebut dikawal oleh seseorang iaitu Masked Duke, seorang lelaki misteri yang akan berjumpa dengan Rose. Di tempat ini juga akan terdapat satu kristal yang menerangi Realm of Consciousness iaitu Purifying Crystal dan mungkin kristal ini ada kena mengena dengan “kuasa” Rose.
Setiap kejadian ini adalah sangat misteri buat Rose. Apa yang akan terjadi pada dia, bagaimana dengan nasib dia untuk bertahan di alam ini? Korang kena main RE Village Winters’ Expansion ini.
Korang boleh tengok video trailer di bawah:
Demo gameplay untuk Third Person Mode juga kini tersedia untuk setiap platform di mana anda berpeluang untuk bermain dan lihat betapa terdesak untuk Ethan meneruskan hidupnya. First Person Mode juga tersedia seperti di dalam game utama dan kepada mereka yang tidak pernah bermain RE Village juga sangat dialu-alukan untuk mencuba.
RE Village Winters’ Expansion dan Gold Edition akan dilancarkan pada 28 Oktober ini untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC menerusi Steam. Untuk demo gameplay Third Person Mode pula sudah tersedia hari ini dan korang boleh cuba di semua platform.
Jika korang inginkan lebih banyak berita mengenai Resident Evil, boleh tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post