Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Razercon 2021] Razer Kraken V3 – Headset gaming dengan teknologi Haptics!

Maira by Maira
October 22, 2021
in Artikel, Berita, Produk
0 0
0
[Razercon 2021] Razer Kraken V3 – Headset gaming dengan teknologi Haptics!
Share on FacebookShare on Twitter

Kita semua tahu bahawa muzik dan kesan bunyi memainkan peranan yang penting terhadap prestasi permainan. Kali ini Razer telah melancarkan headset gaming terbaru iaitu Razer Kraken V3. Selain memberikan keseronokkan mendengar muzik yang baik, headset itu juga memberikan pengalaman taktil. Pasti anda tertanya-tanya bagaimana pengalaman itu akan disampaikan. Razer telah menambahkan teknologi Hypersense Intelligent Haptics yang baru yang membolehkan headset ini bergetar.

Headset gaming ini akan mengubah kekuatan getaran maklum balas masa nyata dengan kekuatan muzik, menjadikan pemain lebih memahami permainan. Dari segi permainan, teknologi ini juga membolehkan pemain untuk menentukan arah suara dengan tepat. Ia menjadikan pemain yang bermain lebih mendalam dalam permainan.

Sebagai tambahan kepada fungsi Hypersense Intelligent Haptics yang unik ini, Razer TriForce 50mm Titanium Drivers dan THX Spatial Audio ditambahkan ke bahagian prestasi suara menjadikan prestasi bunyinya baik. Disebabkan Triforce 50mm Titanium Drivers boleh membahagikan bunyi kepada tiga bahagian untuk menjadikan bunyi lebih berlapis, pemain akan dapat merasakan perubahan bunyi yang lebih berbeza. Bukan itu sahaja, audio THX Spatital juga membawa saluran suara surround berkualiti tinggi untuk pemain.

Selain itu, penutup telinga Kraken V3 dibuat dari bahan Hybrid Fabric dan Leatherette, yang bukan sahaja membolehkan pemain mempunyai pengalaman memakai yang selesa malah ia juga mempunyai prestasi isolation bunyi yang luar biasa. Lebih penting lagi, ia menjadikan kesan getaran Haptics lebih terserlah.

RelatedPosts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

Headset gaming siri Razer Kraken V3 akan dilancarkan dalam tiga versi Kraken V3, Kraken V3 Hypersense dan Kraken V3 Pro. Perbezaan terbesar ialah Kraken V3 tidak mempunyai fungsi Razer Hypersense. Kraken V3 dan Kraken V3 Hypersense akan dilancarkan secara rasmi hari ini, dengan harga 99.99 USD (anggaran RM420) dan 129.99 USD (anggaran RM550). Kraken V3 Pro akan tersedia pada suku keempat 2021, dengan harga 199.99 (anggaran RM840). Untuk maklumat lebih lanjut mengenai headset ini, anda boleh melawat laman web rasmi Razer.

Tags: razerRazer Kraken V3Razer Kraken V3 HypersenseRazer Kraken V3 ProRazerCon 2021
Previous Post

Review Razer Enki: Kerusi gaming baru untuk geng bangsawan!

Next Post

[Razercon 2021] Razer memperkenalkan barisan komponen PC berprestasi tinggi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
[Razercon 2021] Razer memperkenalkan barisan komponen PC berprestasi tinggi!

[Razercon 2021] Razer memperkenalkan barisan komponen PC berprestasi tinggi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd