So, baru-baru ni Facebook dan Website Razer telah lancarkan Router terbaru iaitu “Sila”. Ya, itu nama router dan kalau kita nak bahan nama dia sahaja, aku rasa tak perlu la kot, sebab Router ni memang aku bagitau awal, Router ni memang lain dari yang lain, nak tau kenapa? Sebab Router ni ada Multi-Channel ZeroWait DFS iaitu boleh mendapat pelbagai liputan untuk Router tu dapat.
So korang tak perlu risau pasal “deadspot” sebab router ni dah cover satu tempat yang boleh capai sehingga 9000 kaki! Jauh tu woi! So korang tak perlu risau yang tu dan ada korang sini suka setting router tapi ada problem sikit? Razer Sila telah buat satu application untuk router korang, so korang boleh setting Wi-Fi mana korang nak pilih, tutup wifi, tukar password dan seangkatannya.
Oh dan ini actually kali pertama Razer nak test market so ni adalah satu pendekatan yang agak berani bagi Razer, tidak lupa yang ini adalah Model AC3000 yang boleh dijadikan berikut :-
- 802.11n 2.4GHz: up to 400 Mbps
- 802.11ac 5GHz-1: up to 1,733 Mbps
- 802.11ac 5GHz-2: up to 866 Mbps
Kalau korang campur kesemua Mbps tu korang akan dapat 2.999Mbps, so dibundarkan korang dapat 3000Mbps! Bawah adalah feature router,
- 1 x Gigabit WAN port
- 3 x Gigabit LAN ports
- 1 x USB 2.0 port
- 1 x USB 3.0 port
So harga dalam USD adalah USD249.99 dan anggaran dalam duit Malaysia adalah RM1000+ and yeah, agak overpriced sejujurnya bagi aku. Imagine la RM1000+ Untuk Router? baik aku bayar untuk Unifi Turbo lagi bagus. So korang kalau nak tau router lebih lebih lanjut korang boleh pergi Website diorang dan Facebook page diorang.
@gamersantaimy
Discussion about this post