Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RAZER SOUTHEAST ASIAN-INVITATIONAL 2020: Meluaskan lagi Esport bersama kerjasama sama SAMSUNG & SISTIC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 25, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Teknologi
0 0
0
RAZER SOUTHEAST ASIAN-INVITATIONAL 2020: Meluaskan lagi Esport bersama kerjasama sama SAMSUNG & SISTIC!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan 10 negara, lebih daripada 400 pasukan dan 3,000 atlet yang mengambil bahagian dalam pelancaran Razer Southeast Asian-Invitational 2020, esports semestinya semakin popular di rantau ini. Razer telah bekerjasama dengan Samsung Electronics dan SISTIC untuk meningkatkan kejohanan ke tahap yang lebih tinggi. Ketika negara-negara Asia Tenggara berkumpul untuk kejohanan esports terbesar di Asia Tenggara pada tahun ini, kerjasama ini bertujuan untuk melengkapkan caster dan streamer dengan teknologi terbaik dan memperluaskan esports di seluruh rantau Asia Tenggara.

“SEA-Invitational dirancang untuk menyatukan negara-negara dan mengenali esports sebagai sukan yang sah. Komuniti esports sangat gembira kerana jenama seperti Samsung dan SISTIC bersetuju untuk memberi sokongan. Kedudukan kami yang unik di Razer, sebagai jenama gaya hidup untuk gamer dan peneraju global dalam esports, telah memberi kami kelebihan untuk memperluas bantuan kepada organisasi dan komuniti. Kami akan berusaha untuk memenuhi amanah ini.” -David Tse, Pengarah Global Esports di Razer.

SEA-Invitational 2020 akan menyaksikan atlet kebangsaan bertanding dalam tiga permainan video utama iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile), Defense of the Ancients 2 (Dota 2) dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sempena kemasukan ketiga-tiga permainan video tersebut dalam kategori esports di Sukan Asia Tenggara ke-31 di Vietnam tahun depan.

Samsung Electronics menyertai SEA-Invitational 2020 sebagai rakan telefon pintar rasmi

Sambungan mudah alih dan permainan kini berada di puncak prestasi. Dengan ekosistem periferal sedia ada seperti Razer Junglecat dan Razer Kishi, Razer dengan bangga memperkenalkan Samsung Electronics sebagai rakan telefon pintar rasmi untuk SEA-Invitational 2020.

Kerjasama ini akan membawa yang terbaik dari dua dunia dan memastikan hubungan dan prestasi yang lancar. Kerjasama antara Razer dan Samsung Electronics akan melengkapkan caster dan streamer di SEA-Invitational 2020 dengan telefon pintar terbaru dalam siri Galaxy A iaitu A51 dan A71, yang menawarkan ciri gaming-friendly termasuk skrin AMOLED yang besar, jangka hayat bateri yang panjang, dan teknologi Game Booster serta Frame Booster untuk meningkatkan pengalaman permainan.

“Kami merasa terhormat untuk menjadi sebahagian daripada acara yang meraikan bakat komuniti esports di seluruh Asia Tenggara, sambil meningkatkan profil permainan video sebagai sebuah sukan. Fokus siri Galaxy A adalah untuk menjadikan pengalaman permainan mudah diakses, dan kami berharap acara ini dapat mendekatkan lebih banyak pengguna kepada esports.” -Suchitra Wanatanakul, Ketua Mobile, Samsung Electronics, Asia Tenggara dan Oceania.

SEA-Invitational 2020 akan disiarkan secara langsung di SISTIC Live

Esports telah mencatatkan peningkatan yang besar dalam jumlah penonton untuk siaran langsung. Untuk menunjukkan esports ke jumlah penonton yang lebih luas, SISTIC akan bekerjasama dengan Razer untuk tayangkan ‘playoff’ dan ‘championship’ SEA-Invitational di pelantar penstriman mereka yang baru dilancarkan.

Peminat yang mendaftar untuk melihat perlawanan Razer SEA-Invitational terpilih di SISTIC Live berpeluang untuk memenangi hadiah seperti Razer Gold (kredit maya untuk permainan video dan hiburan), Razer Silver (mata loyalty untuk pemain menebus produk Razer dan produk pihak ketiga) dan periferal Razer.

“Ketika hiburan berkembang dalam bentuk baru, penonton ingin menggunakan format baru untuk dihibur. Kami mereka semula bagaimana SISTIC menyokong acara fizikal dan atas talian. Kami sangat berminat untuk meneroka esports, sebuah genre yang mempunyai jumlah penonton atas talian yang kuat dan penstriman langsung secara global. Razer SEA-Invitational adalah peluang baik bagi kami untuk mempamerkan kualiti platform SISTIC Live dan mencapai khalayak yang lebih luas.” -Joe Ow, Ketua Pegawai Eksekutif, SISTIC.


SEA-Invitational akan bermula pada 26 Jun 2020 dan perlawanan terakhir akan diadakan pada 10-12 Julai 2020. Untuk menyokong pasukan kebangsaan anda, sila lawat halaman Facebook, YouTube, dan Twitch milik Razer. Siaran langsung juga tersedia di SISTIC Live tetapi lebih banyak maklumat akan didedahkan dalam masa terdekat.

Tags: EsportsrazerSamsungSEA-Invitational 2020SISTIC Live
Previous Post

PlayStation menawarkan hingga RM213 ribu kepada gamer yang menemui BUG di PS4!

Next Post

RAZER mengumumkan Deathadder V2 Mini! Gaming mouse mantap versi comel!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
RAZER mengumumkan Deathadder V2 Mini! Gaming mouse mantap versi comel!

RAZER mengumumkan Deathadder V2 Mini! Gaming mouse mantap versi comel!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd