Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Razer Sneki Snek & Sonic the Hedgehog Bekerjasama Untuk Baju, Hoodie & Botol Eksklusif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 29, 2024
in Artikel, Berita, Fesyen, Produk
0 0
0
Razer Sneki Snek & Sonic the Hedgehog Bekerjasama Untuk Baju, Hoodie & Botol Eksklusif!
Share on FacebookShare on Twitter

Maskot kemampanan Razer, Sneki Snek, bergandingan dengan ikon SEGA, Sonic the Hedgehog, untuk menghasilkan pakaian dan koleksi barangan edisi terhad termasuk kemeja-T, hoodie, dan botol. Apa yang lagi menggembirakan? Koleksi ini tersedia sekarang.

Koleksi ini menangkap semangat tinggi Sonic dan menyatukannya dengan matlamat Sneki Snek yang mencintai bumi untuk menegakkan pemuliharaan melalui moto “Gotta Go Fast” dan “Save Trees” masing-masing. Reka bentuk menggabungkan warna dan estetika ikonik yang terdapat dalam kedua-dua jenama, dengan hijau asid dan hitam Razer dilengkapkan dengan biru ikonik SEGA.

Koleksi terhad ini menampilkan:

Baju Sneki Snek x Sonic the Hedgehog Tee

Baju Sneki Snek x Sonic the Hedgehog menawarkan fesyen santai yang diperbuat daripada bahan yang selesa dan sederhana yang mampu meregang. Ia cukup sesuai dengan kombinasi gaya dan kasual, dengan reka bentuk ikonik yang menyokong tujuan penting.

Hoodie Sneki Snek x Sonic the Hedgehog

Upgrade keselesaan anda dengan hoodie Sneki Snek x Sonic the Hedgehog. Menampilkan hud yang boleh dilaras dan poket hadapan berguna, kerjasama antara dua ikon gaming ini adalah tambahan yang sempurna di mana-mana almari gamer.

Botol Air Sneki Snek x Sonic the Hedgehog

Menampilkan design kolaborasi eksklusif, botol 18oz itu mempunyai penebat haba, penutup kalis bocor dan kemasan bersalut untuk gabungan antara gaya, fungsi dan ketahanan.


Seperti saya kata tadi, koleksi Sneki Snek x Sonic the Hedgehog tersedia sekarang dan seperti semua barangan Razer Sneki Snek lain, hasil daripada setiap pembelian akan digunakan untuk menyelamatkan 10 pokok dengan bantuan Conservation International. Seiring dengan usaha Sonic untuk memerangi ancaman Dr Eggman di dunia game, kerjasama ini meraikan usaha mereka sebagai pelindung planet dan komitmen bersama terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut, sila tekan SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: razersonic the hedgehog
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Kami Di Anime Fest+ 2024 – Walaupun Kecil Tapi Semangat ACG Masih Besar!

Next Post

Akuma Akan Mengganas Di Street Fighter 6 Pada 22 Mei

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!
Berita

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

June 25, 2025
Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!
Filem

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

June 25, 2025
NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan
Beta

NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan

June 25, 2025
Next Post
Akuma Akan Mengganas Di Street Fighter 6 Pada 22 Mei

Akuma Akan Mengganas Di Street Fighter 6 Pada 22 Mei

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd