Razer baru sahaja mengumumkan produk terbaru mereka iaitu Restorify, sebuah perkhidmatan e-dagang yang dilancarkan oleh satu anak syarikat mereka Razer Fintech. Melancarkan Restorify adalah untuk menggalakkan lebih ketelusan dan “accountability” dalam pasaran karbon sekali gus memudahkan perniagaan mengimbangi pelepasan karbon sambil memperkasakan pengguna untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian.
Kalau korang nak tahu, Restorify ialah daftar keluar neutral karbon yang boleh dikesan dan telah dilancarkan semasa COP27, Conference of the Parties kepada United Nations Framework Convention mengenai Perubahan Iklim ke-27.
Usaha menyeimbangkan karbon ini menjadi salah satu inovasi berkesan yang digunakan untuk menurunkan pelepasan karbon di atmosfera. Namun, karbon biasanya dikira dengan menggunakan tan metrik dan setiap daripada satunya memang susah untuk dibahagikan.
Jadi, Razer kini sedang menangani cabaran ini dan banyak lagi melalui inovasi Restorify. Dengan usaha ini, Razer sendiri sedang berusaha keras untuk menyokong visi OECD untuk mencapai $147/tan menjelang 2030.
Dengan usaha ini, Restorify menawarkan pembayaran neutral karbon yang boleh dikesan. Ia akan membahagikan kredit karbon dalam proses pembayaran supaya ia boleh disediakan dalam bentuk yang lebih kecil dan memperkasakan pengguna untuk menjadikan pengimbangan sebahagian daripada kitaran hidup pengguna. Berikut adalah cara-caranya:
Saya ingin mengingatkan anda bahawa pengawalan karbon untuk mengawal perubahan iklim adalah sangat penting. Dengan inovasi yang dilancarkan oleh Razer iaitu Restorify, ia sangat membantu dalam pengawalan perubahan iklim. Kalau korang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan Restorify, sila klik pautan ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post