Onmyoji Arena, MOBA gaya anime Jepun yang menampilkan pertempuran masa sebenar 5v5 kini menyambut ulang tahun kedua dengan pelbagai acara perayaan. Festival ini bukan sahaja menampilkan Shikigami baru, tetapi juga pertandingan populariti yang memaparkan 66 permainan Shikigami. Setiap Shikigami di Onmyoji Arena mempunyai keperibadian yang kaya dan unik, pemain pasti mempunyai kegemaran watak yang mereka inginkan. Jadi jangan terlepas keseronokan ini!
Ini adalah antara acara yang ada dalam 2nd Heian Festival:
Menyertai keluarga 70 Shikigami adalah Ittan-momen. Ittan-momen adalah Ninja Shikigami yang menggunakan kain panjangnya, mengibar sebagai senjata untuk menyerang sasarannya dengan cepat. Dia bukan sahaja dapat mencapai sasarannya, tetapi juga dapat bergerak dengan bebas sepanjang peta dengan kemampuan pergerakannya. Lebih-lebih lagi, apabila dia menangkap sasarannya dan menyerang mereka dari belakang, dia boleh mengabaikan terus Magik pihak lawan. Ini menambah lapisan taktik tambahan kepada cara penggerakan dan seranganya. Tanpa lengah masa jom lihat aksi Ittan-momen: https://youtu.be/efm2YuFGeEc
Shikigami Support Tournament 2019
Shikigami Support Tournament dari 66 pengundian Shikigami akan berlangsung selama sebulan. Pemain boleh memilih Shikigami kegemaran mereka dan Shikigami yang paling popular akan mendapat reka bentuk kulit khas untuk kemenangan mereka.
- Semua shikigami akan bebas untuk digunakan dalam masa yang terhad
- Skin terhad sempena tahun baru diskaun 30%
- Pelbagai bonus dalam mainan tersedia kepada pemain:
- Semua Shikigami akan bebas untuk digunakan semasa perayaan, pemain boleh bertarung dengan Shikigami yang berbeza setiap perlawanan.
- Acara Daruma Blessing akan menampilkan banyak skin yang berbeza-beza. Kumpulkan Daruma Coin untuk menukar skin yang terhad. Nikmati Rebat untuk setiap akaun tambahan dan terima pek hadiah dalam permainan khas apabila jumlah tambahan mencapai jumlah tertentu.
- Log masuk dalam permainan dan dapatkan pek hadiah ‘New Years Day’ yang mempunyai skin epik yang rawak.
- Acara koleksi Festival Album of Memories juga ada! Kumpulkan kepingan memori untuk menyelesaikan teka-teki dan dapatkan ganjaran yang hebat, termasuk bingkai profil, Daruma keemasan, haiwan peliharaan dalam permainan dan shikigami rawak.
Kesemuanya sangat menarik betul tak? Jadi untuk lebih maklumat anda boleh terus ke laman web rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post