Anda semua ingat lagi tak ada glitch yang sampai viral teruk kat Twitter dengan #FIXWWE2K20? Kitorang siap dah kongsikan kat dalam artikel kami mengenai glitch permainan video WWE 2K20 terbabit! Tapi, yang lebih menarik untuk buat anda semua terhibur, rakan kami dari seberang iaitu GGWP.ID telah mengongsikan beberapa glitch dari permainan lain yang nyata memang lawak!
Asalnya tangkapan skrin ini adalah dari siaran-siaran Youtube yang selalu mengemaskini video-video lawak atau parodi permainan. Jadi kami tidah mahu melengahkan masa, marilah kita mula lihat tangkapan skrin yang nyata menggelikan hati anda semua!
Mak Pinggang saya patah!
Okay yang ni nampak macam tengah balet pun ada! Tapi dalam versi yang menggerikan! Kalau nak sumbat penalti pun tak jalan kalau macam ini!
Ada KAIJU kat padang bola!!!
Aduh dalam lah pasukan kegemaran kami Barca ni! Tapi nampak macam Kaiju tengah buat Oppa Gangnam Style!
Erhh, dah boleh panggil The X-Files ni!
Halamak, gabungan selalu nampak dalam Digimon je, kalini nampak dalam pasukan Tottenham Hotspur pulak aih! Lain macam sangat jadi kalau macam ini!
“Meh baba peluk meh” – Rooney
Rooney Rooney, tau lah dah sumbat gol tu, takkan lepas ini nak jaga gawang gol pulak dengan tapak tangan besau tu?
Ini kalau tekepak dalam nyata mampus!
Peghhh terasa sakitnya cokk! Nasiblah dalam game je terkepak, kalaulah betul jadi, bersimen atau hilang kaki weh!
MMMMM.. Macam harum je!
Okay rasanya glitch macam ni, kalau tengah main bola betul-betul pun boleh tidak sengaja terjadi ni kan! Tapi, alamak spoiled mood seharian lah macam ni!
Erk kepala aku tersepit!
Halamak, kalau sehebat ini lah penjaga gol, susah lah pemain lain nak tembusi tiang gol tu, memang 0-0 lah sampai habis game!
Aduh patah kepala tangan oi!
Ini bukan MMA bukan Muay Thai lagi nih! Ini dah ibarat ular sawa membelit eh! Yang ni lagi satu, kalau realiti ni, ambulan ICU lah gamaknya!
Alien keluar dari mulut ?!
Teringat-ingat dalam kepala bila kena serang dengan alien! Aduh sumpah ngeri tengok yang ini! Rabak mulut oi!
Bukan Kaiju tapi Kong pulak ke ni? EH!
Okay-okay last, fenomena di PUBG Mobile beberapa bulan yang lalu sehingga pekara ini membuat pemain yang bukan cheater pun kena report guna cheater! Bug ini diselesaikan dalam hampir dua minggu kemudian.
Okay macam mana anda pula? Main permainan video apa pula yang paling menjadi lawak sebab glitch-glitch macam ini? Jom kongsikan sikit dalam komen Facebook kami ok!
Sumber: GGWP.id
@gamersantaimy
Discussion about this post