Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2026
in Artikel, Berita, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games dan Marvel Games telah melancarkan Marvel Rivals Season 8.5: SINS OF ALCHEMAX. Kemas kini ini membawa pelbagai kandungan baharu ke dalam game hero shooter free-to-play ini: antaranya termasuklah ketibaan Cyclops sebagai hero ke-51, mod permainan 18v18, serta pengenalan awal kepada sambutan musim panas yang akan datang.

Cyclops Menyertai sebagai Duelist

Scott Summers, ketua veteran X-Men, menyertai Marvel Rivals secara rasmi sebagai ranged Duelist.

Di medan lawan, Cyclops menggunakan optic blast miliknya untuk menghasilkan raw damage, menghalang pergerakan musuh, serta menukar kedudukan dengan pantas. Berikut adalah rumusan abilitinya:

  • Optic Blast (Left Click): Menembak pancaran tenaga kinetik. Setiap tembakan yang mengena musuh akan mempercepatkan kadar caj Ricochet Force miliknya.
  • Concussive Beam (Right Click): Memancarkan laser berterusan yang boleh memantul antara musuh dan dinding berdekatan, membolehkannya mencederakan musuh yang bersembunyi di sebalik tempat perlindungan.
  • Ruby Rage (Q / Ultimate): Cyclops menanggalkan visornya sepenuhnya, melepaskan pancaran optik luas yang mampu memecahkan barrier aktif serta meninggalkan sisa tenaga tidak stabil yang akan mencetuskan letupan sekunder.
  • Propulsion Burst (Shift): Melancarkan letupan jarak dekat untuk menolak Cyclops ke belakang ke arah yang lebih selamat sambil mengenakan efek slow kepada sasaran.
  • Ricochet Force (E): Menembak pancaran memantul yang akan mengesan musuh berhampiran selepas terkena permukaan persekitaran. Penggunaan abiliti ini juga memberikan bonus health kepada Cyclops buat sementara.
  • Optic Ascent (F): Menembak pancaran ke arah bawah untuk melonjakkan Cyclops ke udara, memberikan kesan knock back dan memperlahankan musuh yang berada di bawahnya.
  • Kinetic Hover (Passive): Memperlahankan kelajuan jatuh Cyclops sekiranya dia menembak Concussive Beam semasa di udara.

Team-Up Baharu: Blast Slash

Marvel Rivals Season 8.5 turut memperkenalkan Team-Up baharu antara Cyclops dan Wolverine. Melalui Blast Slash, Cyclops menyalurkan tenaga optik ke dalam cakar adamantium Wolverine, lantas memanjangkan jarak serangan jarak dekatnya. Apabila aktif, abiliti standard Wolverine iaitu Vicious Rampage akan digantikan dengan Kinetic Claws, memberikannya keupayaan untuk meluru ke hadapan sambil melakukan serangan cakar bertubi-tubi.

Bounty Annihilation (18v18)

Bagi pemain yang mahukan combat berskala lebih besar, Season 8.5 memperkenalkan Bounty Annihilation, sebuah mod permainan 18v18 yang sengit dan mencabar. Mod ini dimainkan di peta baharu iaitu K’un-Lun: Shenloong Arena, yang bertemakan kawasan seni bela diri di Heavenly Cities.

Notis: Disebabkan oleh had prestasi perkakasan, mod peta 18v18 ini tidak tersedia buat sementara waktu di platform Xbox Series S.

Rivals’ Summer Festival

Selepas kemas kini pada 18 Jun, game akan beralih ke acara Rivals’ Summer Festival ’26. Acara ini menawarkan mata wang game secara besar-besaran, membolehkan pemain memperoleh sehingga 2,500 Unit secara percuma melalui ganjaran log masuk harian dan pelbagai cabaran dalam game.

Bersama dengan festival ini, hab sosial Hellfire Bay Beach akan dibuka di Krakoa. Di sini, pemain boleh meluangkan masa bersama rakan-rakan, meneroka pantai berpasir, dan mengambil gambar watak kegemaran masing-masing.

Acara ini juga menampilkan kostum bertemakan pakaian renang. Watak-watak terpilih yang akan menerima pakaian musim panas ini termasuklah:

  • Emma Frost
  • Doctor Strange
  • Cloak & Dagger
  • Spider-Man
  • Mister Fantastic
  • Lady Loki
  • Daredevil
  • Black Widow
  • Captain America
  • White Fox

📜 A new era of Marvel Rivals is coming. Prepare for glory.

Dive into the latest Patch Notes arriving with Season 8.5 of Marvel Rivals now!

Check out all the details now: ​https://t.co/AkezWDGFAC

*Maintenance will begin on June 12th, 9 AM UTC, and is expected to take… pic.twitter.com/0JOkW1e5AU

— Marvel Rivals (@MarvelRivals) June 10, 2026

Bagi pemain yang terlepas barangan kosmetik sebelum ini, 616 Day Vault akan dibuka semula bermula 12 Jun hingga 26 Jun. Ia akanmembawakan semula item popular yang pernah dikeluarkan dari Julai hingga September 2025, termasuk koleksi Swimsuit Special dan Summer Special tahun lalu.

Marvel Rivals sedia untuk main di PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S.

Tags: Marvel Rivals
ShareTweetSend
Previous Post

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

Next Post

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun
Acara

Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun

June 17, 2026
Persona 4 Revival – Atlus Dedah Barisan Pelakon Suara Inggeris Untuk Remake
Remake

Persona 4 Revival – Atlus Dedah Barisan Pelakon Suara Inggeris Untuk Remake

June 17, 2026
AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028
Teknologi

AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028

June 17, 2026
Next Post
Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

Project GT - Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd