Mungkin dalam kolaborasi crossover terbesarnya hingga kini, RPG mudah alih Ragnarok M: Eternal Love telah bersatu dengan Disney di Disney x RO: M – Believe In Magic. Apabila daya tarikan Disney yang mempesona muncul di dunia Midgard, para pengembara akan segera mengalami acara dalam permainan Disney x RO: M baru yang eksklusif, perabot bertema Disney dan pakaian khas. Pakaian ini akan membolehkan para pengembara menyesuaikan diri sebagai ikon dongeng yang disayangi seperti Cinderella, Ariel, Aurora dan Snow White, bersama dengan watak Disney klasik seperti Mickey Mouse, Donald Duck dan Goofy.
Crossover ajaib ini eksklusif untuk Asia Tenggara dan merupakan sebahagian daripada kemas kini kandungan Isle of Dreams yang dilancarkan pada 27 Ogos 2021. Menampilkan pelbagai ciri baru yang memukau merangkumi kota Comodo, Museum Island dan kelas Gunslinger yang baru, Isle of Dreams akan menjadi kemas kini terbesar seterusnya dalam sejarah Ragnarok M: Eternal Love.
Untuk masa yang terhad, para pemain boleh Pra-Daftar sekarang di TapTap untuk membuka kunci ultra-rare mount, Rainbow Light Steed dan Purified Baseball Hat. Selain itu, setiap orang yang membuat Pra-Pendaftaran dan mengongsikan review RO: M di halaman TapTap rasminya akan mempunyai peluang mingguan memenangi kostum Disney Princess untuk diri mereka sendiri! Kostum yang merangkumi Aurora, Belle, Cinderella, dan Snow White akan dimenangi oleh 12 pengembara, jadi sama ada anda baru dalam dunia RO: M atau merupakan veteran berpengalaman, silakan pergi ke TapTap dan Pra-Daftar sekarang.
Membawa nostalgia dan populariti siri Ragnarok Online terus ke peranti mudah alih, Ragnarok M: Eternal Love menjadi hit di seluruh dunia, dengan lebih daripada 30 juta muat turun. Permainan ini pertama kali dilancarkan di China, Taiwan, Hong Kong dan Macau pada tahun 2017, sebelum menceburkan diri di Korea Selatan dan Asia Tenggara pada tahun 2018. Menjelang tahun 2019, Ragnarok M: Eternal Love juga diterbitkan di Amerika, Jepun dan Eropah. Terdapat dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Thai, Indonesia, Cina, Sepanyol, Perancis, Korea, Portugis, Rusia dan Turki, permainan ini pasti mempunyai salah satu pangkalan pengguna terbesar di dunia.
Dunia Ragnarok M: Eternal Love akan menjadi tempat yang lebih ajaib. Jangan lupa untuk pra-daftar Ragnarok M: Isle of Dreams dan muat turun Ragnarok M: Eternal Love. Ikuti perkembangan berita terkini mengenai Ragnarok M: Eternal Love dengan Disney dan Isle of Dreams di laman web rasmi dan Facebook mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post