Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blizzard menunda pelancaran Diablo Immortal ke tahun 2022, tetapi menjanjikan banyak tambahan baru!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 4, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Genre, iOS, MMO, Mobile, Open World, Platform, Real time strategy
0 0
0
Blizzard menunda pelancaran Diablo Immortal ke tahun 2022, tetapi menjanjikan banyak tambahan baru!
0
SHARES
166
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Blizzard Entertainment telah mengumumkan bahawa game mobile yang dinantikan peminat, Diablo Immortal terpaksa ditunda ke tahun 2022. Syarikat tersebut telah merancang untuk melancarkan game itu pada hujung tahun ini, tetapi kemaskini untuk kandungan PvP dan endgame bersama sokongan pengawal tidak memenuhi tetingkap pelepasannya.

Menurut laman rasmi Diablo Immortal, pasukan pembangunan Blizzard menyatakan bahawa mereka telah menyiapkan ciri kandungan dan endgame. Sebagai contoh, mereka mengulang semula kandungan PvP seperti Cycle of Strife untuk menjadikannya lebih mudah diakses, serta menghasilkan acara PvE endgame seperti Helliquary lebih menarik. Mereka juga berusaha untuk memberikan sokongan pengawal bagi mereka yang ingin memainkan game ini dengan cara berbeza. Namun, perubahan dan peluang tambahan untuk meningkatkan Diablo Immortal tidak dapat disiapkan sepenuhnya sebelum tarikh pelancaran 2021. Jadi game ini dirancang semula tarikh ke separuh pertama 2022, tetapi tidak dinyatakan tarikh tepat pelancarannya.

Antara penambahbaikan dalam Helliquary Diablo Immortal adalah pada PvE raid, di mana setiap bos kini dirancang sebagai cabaran untuk diserang oleh lapan pemain. Blizzard juga mengemaskini Challenge Rift untuk memberikan ganjaran seperti material peningkatan baru yang tidak boleh didapati dalam mod lain, dan merancang peningkatan mod PvP Battleground. Mereka akan menilai semula sistem matchmaking, ranking, keseimbangan kelas, masa untuk membunuh, dan elemen penentu lain bagi meningkatkan pengalaman di Battleground.

Mengenai kandungan endgame dan peralatan di Diablo Immortal, Blizzard menyatakan sedang menilai lebih banyak cara untuk menjadikannya peralatan top tier dan legendary lebih menarik, terutama bagi pemain yang telah sampai ke level maksimum watak. Di game ini, mereka mahu pemain menikmati pengalaman endgame yang menawarkan bonus unik dalam bentuk peningkatan statistik dan ganjaran istimewa. Blizzard juga mahu menerapkan sistem yang membolehkan pemain mereka dengan level Paragon lebih tinggi menerima item hebat.

Buat masa ini, Blizzard tidak mengumumkan tarikh rasmi pelancaran untuk Diablo Immortal kecuali ianya disahkan bakal tiba antara bulan Januari sehingga Jun 2022. Bagi yang ingin mengetahui gameplay game ini, anda boleh membaca ulasan pandangan pertama Diablo Immortal kami. Untuk membaca segala liputan berkaitan game ini juga, anda boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.

Muat turun di sini
Diablo Immortal
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date TBC
Android, iOS
Diablo Immortal adalah permainan ARPG hack dan slash dalam siri Diablo yang direka untuk online multiplayer pada peranti mudah alih. Dikembangkan oleh Blizzard dan NetEase, permainan ini diumumkan pada akhir 2018 dan akan dilancarkan di Android dan iOS.  
Tags: Blizzarddiablo immortalMMORPG gamemobile game
Previous Post

Ragnarok M: Eternal Love bersatu dengan Disney untuk crossover terbaru yang mempersona!

Next Post

Jimat kaw-kaw dengan 90% diskaun! Dapatkan NARUTO TO BORUTO: SHINOBI STRIKER di Steam sekarang!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Next Post
Jimat kaw-kaw dengan 90% diskaun! Dapatkan NARUTO TO BORUTO: SHINOBI STRIKER di Steam sekarang!

Jimat kaw-kaw dengan 90% diskaun! Dapatkan NARUTO TO BORUTO: SHINOBI STRIKER di Steam sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd