Hari ini, THQ Nordic dan Frozenbyte telah mengumumkan game Trine 5: A Clockwork Conspiracy untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC (Steam, Epic Games Store, GOG) yang bakal keluar pada musim panas ini (lebih kurang bulan Jun hingga September 2023).
Trine 5: A Clockwork Conspiracy akan membawa Amadeus the Wizard, Zoya the Thief dan Pontius the Knight dalam perjalanan yang penuh aksi! Dengan reputasi mereka yang tercalar, orang tersayang dalam bahaya, dan kuasa ajaib sendiri terancam, wira Trine mesti bersatu semula untuk menewaskan tentera Clockwork yang jahat dan membawa keamanan dan keadilan kepada negara! – Sinopsis
Secara ringkas, Trine 5 adalah game pengembaraan 2.5D dengan aksi platformer teka-teki. Dalam entri ke-5, pemain akan menerokai landskap 2.5D berwarna-warni dan terperinci serta berjumpa dengan pelbagai watak baharu – sesetengah kawan, sesetengah musuh. Untuk membuat gameplay menarik menarik, sistem pertempuran baharu juga dilaksanakan dengan sejumlah pertarungan bos.
Untuk tewaskan musuh-musuh ini, pemain harus meningkatkan kekuatan hero menggunakan sistem ‘Skill Quest’, yang menambah variasi dan kepelbagaian kepada playstyle watak berbanding game sebelum.
Satu lagi berita baik adalah korang tidak perlu bermain game ini seorang diri! Berganding bahu bersama dengan (sehingga) tiga rakan secara online dan local co-op play untuk menyelamatkan dunia di mana tahap kesukaran teka-teki akan meningkat mengikut jumlah pemain demi memastikan gameplay sentiasa rasa menarik. Hadapi cabaran ini bersama dan
Bagi mereka yang tidak tahu, Trine asalnya dikeluarkan untuk Microsoft Windows pada tahun 2009, dan sejak itu dibawa ke Linux, OS X dan konsol gaming. Berlangsung dalam dunia fantasi zaman pertengahan, ia menjadi popular dengan cepat sehingga mengeluarkan sekuel bertajuk Trine 2 pada 2011. Entri ketiga Trine 3: The Artifacts of Power dikeluarkan pada 2015, diikuti oleh Trine 4: The Nightmare Prince, pada 2019.
Trine 5: A Clockwork Conspiracy akan keluar di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC (Steam, Epic Games Store, GOG) pada sekitar Jun hingga September 2023.
@gamersantaimy
Discussion about this post