Putera Mahkota Arab Saudi kini pemegang saham terbesar syarikat SNK!

SNK adalah syarikat Jepun yang terkenal dengan permainan video klasik seperti King of Fighters, Metal Slug dan lain-lain. Bagi mereka yang tidak kenal, sekurang-kurangnya anda mesti pernah dengar nama Kyo Kusanagi atau Iori Yagami yang berasal daripada siri King of Fighter kan? SNK juga terkenal dengan penciptaan Neo Geo yang berakhir pada tahun 2001.

Dengan sejarah kewangan yang agak buruk, SNK telah bankrup ketika Neo Geo tidak lagi popular lalu dibeli oleh Playmore Corporation pada tahun 2001, untuk menjadi SNK Playmore. Syarikat itu sekali lagi dibeli pada tahun 2015 oleh pelabur China dan syarikat permainan mudah alih, 37Games, dengan harga $63.5 juta, yang menyebabkan nama mereka kembali kepada SNK sekali lagi.

Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud

Kini, pemilik syarikat pembangunan permainan elektronik Arab Saudi iaitu Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud (Putera Mahkota Arab Saudi) telah membeli saham di SNK pada 33.3%. Syarikat pembangunan permainan elektronik Arab Saudi diciptakan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonominya yang bukan sahaja terdiri daripada minyak.

Sebelum ini, Putera Mahkota Arab Saudi sepatutnya akan menaja Riot Games untuk sebuah kejohanan League of Legends di Eropah tetapi ia terpaksa dibatalkan berikutan reaksi negatif daripada netizen. Pada masa yang sama, SNK juga harus berurusan dengan beberapa isu negatif tentang iklan yang dihasilkan oleh syarikat China. Iklan tersebut telah menampilkan Terry Bogard membuat gangguan seksual ke atas dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak bawah umur. SNK meminta maaf di Twitter atas penggunaan watak mereka yang memalukan dan meminta syarikat China yang bertanggungjawab untuk membuang iklan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.