Pergaduhan antara puak Senju dan Uchiha boleh dikatakan sebagai salah satu persaingan paling sengit dalam bukan sahaja francais Naruto tetapi di seluruh dunia anime. Permusuhan antara kedua-dua puak ini bermula sejak berabad-abad lalu, namun beberapa pertempuran mereka yang paling sengit berlaku dalam Warring States Period dan puak ini dikenali sebagai puak terkuat di antara semua puak lain.
Selepas perdamaian diuruskan antara Senju dan Uchiha dan mereka telah membentuk Kampung Konoha, beberapa permusuhan tersembunyi masih ada di dalam hati puak Uchiha. Perkara itu menyebabkan mereka ingin mengadakan coup d’etat tetapi malangnya mereka gagal.
Walaupun kedua-dua puak ini berperang untuk tempoh yang paling lama, siri ini hanya memberi gambaran sedikit tentang peristiwa sebenar mengapa kebencian mereka semakin mengembang. Jadi, mari saya kongsikan mengapa puak Uchiha tetap berdendam dengan puak Senju untuk berabad-abad lamanya.
Asal-usul puak Senju & Uchiha
Puak Senju dan Uchiha adalah antara puak yang agak luar biasa kerana mereka mempunyai keupayaan unik yang tidak boleh dicapai oleh puak atau negara lain. Rahsia di sebalik kuasa luar biasa adalah kerana keturunan mereka yang mempunyai kaitan dengan anak Sage of the Six Path, Asura Otsutsuki dan Indra Otsutsuki. Senju adalah keturunan Asura manakala Uchiha pula adalah keturunan Indra.
Di sini juga terbentuknya kebencian antara kedua belah pihak, kerana ketika kematian Hagoromo, dia telah memilih Asura sebagai penggantinya di mana dia percaya keinginannya untuk keamanan melalui perasaan sayang adalah ideologi jauh lebih bagus daripada kepercayaan Indra untuk mencapai keamanan dengan menggunakan kuasa. Sebagai seorang abang, Indra mendakwa bahawa dia mempunyai hak untuk menjadi pengganti dan telah melawan Asura. Persaingan mereka kemudiannya diteruskan melalui garis keturunan masing-masing
Warring States Period
Walaupun Senju dan Uchiha sentiasa berperang, sentimen mereka semakin teruk semasa Warring States Period. Disebabkan kedua-dua puak ini dikenali di seluruh dunia shinobi sebagai yang terkuat, negara akan mengupah mereka sebagai askar upahan untuk melawan negara lain. Jika sesebuah negara akan mengupah Puak Senju, negara lawan kemudiannya akan mengupah Puak Uchiha. Ini menyebabkan kebencian diantara mereka semakin meningkat.
Dalam tempoh yang sama, bagaimanapun, sinar harapan muncul untuk dunia shinobi apabila Hashirama Senju tiba. Tiada siapa dapat menandingi kehebatannya dalam pertempuran, terutamanya kerana jutsu Mokutonnya. Sebaik sahaja dia mengambil alih sebagai ketua Puak Senju, mereka mula memenangi semua pertempuran dan membuat ahli-ahli puak Uchiha mula berpihak kepada Senju dengan harapan untuk keamanan. Akhirnya, Madara bersetuju dengan perjanjian damai, tetapi hanya selepas dia terharu dengan kesungguhan Hashirama untuk mati demi keamanan.
Pembangkang dalam Kampung Konoha
Keamanan akhirnya kembali kepada kedua-dua puak selepas pembentukan bersama Kampung Konoha, namun kebencian segera menyusul apabila Hashirama Senju mengambil alih tugas sebagai Hokage. Madara melihat tindakan tersebut seperti ingin menunjukkan siapa yang teratas dan telah meninggalkan kampung sebagai tanda protes. Sedangkan puak Uchiha sendiri sudah mula mengkhianati Madara ketika itu, kerana mereka tidak bersetuju dengan cita-citanya untuk mencapai keamanan melalui kuasa dan penguasaan.
Walaupun selepas kematian Madara, permusuhan berkembang sekali lagi kerana puak Uchiha merasakan mereka telah ditindas dan diasingkan oleh kerajaan yang dipengaruhi dengan puak Senju. Untuk mendapatkan semula kuasa mereka yang hilang, puak Uchiha telah merancang untuk mengadakan coup d’etat, namun rancangan mereka telah digagalkan oleh mereka sendiri. Yang menyedihkan, seluruh puak ini telah dibunuh dan akhirnya berjaya menamatkan persaingan antara Senju dan Uchiha.
Penglibatan Black Zetsu
Pasti ramai yang percaya bahawa persaingan yang terkenal antara kedua-dua puak ini adalah kerana perbezaan kepercayaan dan ideologi, namun terdapat satu lagi enititi yang bertindak untuk memanipulasi setiap peristiwa demi kepentingan mereka sendiri. Sosok misteri itu ridak lain dan tidak bukan adalah Black Zetsu, salah satu watak jahat dalam siri ini. Dia merupakan manifestasi fizikal kehendak Kaguya Otsutsuki, Black Zetsu hanya mempunyai satu tujuan sepanjang kewujudannya iaitu untuk membangkitkan semula Kaguya. Dia telah mempergunakan Madara dan akhirnya berjaya mengaktifkan Infinite Tsukuyomi.
Dia dapat mencapai matlamatnya dengan menulis semula tablet batu Hagoromo dan menunjukkan kepada Madara. Dengan menukar kandungan tablet tersebut, dia telah mempergunakan Madara dengan memberitahu bahawa Uchiha hanya boleh terus hidup dengan berlawan dengan puak Senju, kerana jika tidak, puaknya akan pupus. Disebabkan itu, Black Zetsu memastikan bahawa keamanan tidak akan pernah berlaku antara kedua-dua puak dan perbalahan antara mereka tidak akan berhenti.
Berikut adalah sedikit sebanyak tentang mengapa pergaduhan diantara Puak Senju dan puak Uchiha telah berlaku sejak dari awal lagi. Jadi, apa pendapat anda, adakah puak Senju lebih kuat daripada puak Uchiha? Apa kelebihan yang puak Senju ada dan puak Uchiha tiada? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
Untuk banyak lagi liputan menarik tentang Naruto, boleh tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post