Wahhh~ sekadar statistik yang aku baca, ramai yang cakap, kebanyakan hackers datang dari China? Betul ke? Ada je orang-orang lain yang main hack dalam PUBG, tapi, yang membangunkan hack ni semua, dari China. Mungkin ini salah satu cara langkah untuk Blue Hole, tangani isu ini. Dari biarkan mereka ni terus membiak ke kawasan lain, baik contain mereka, dan biarkan diaorang lawan sesama sendiri. Fuh, baik jugak region lock ni.
Selain daripada itu, diaorang nak buat satu skin system untuk weapon yang akan korang pakai nanti. Ala, macam CSGO tu la. Dragon Lore bagai. Hurm. Function ke eh? ianya sekadar kosmetik je pon. Skin untuk weapon korang boleh dapatkan di Loot Box yang baru iaitu Triumph dengan Raider. Tak tahulah pulak case ni kene bukak guna key yang pakai duit ke tak.
Dannnnnn, antara update yang rasanya ditunggu-tunggu. Map baru, 4 x 4 km. Map yang lebih kecik dari Erangel dan Miramar. PUBG Corps. dah leak sikit pasal map ni.
ICYMI at my @Official_GDC talk, here's an early WIP preview of our 4x4km map, coming soon to the new @PUBATTLEGROUNDS Experimental Test Servers!#ThisIsBattleRoyale pic.twitter.com/JGRv57A7ST
— PLAYERUNKNOWN (@PLAYERUNKNOWN) March 23, 2018
Jadi, apa pandangan korang pasal sistem skin weapon dengan region lock ni? Bagus ke tak?
@gamersantaimy
Discussion about this post