Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Mobile Lite: Sesiapa sahaja boleh main PUBG!

Kini mereka yang tak berpeluang, sudah boleh rasa pengalaman PUBG Mobile.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 2, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
PUBG Mobile Lite: Sesiapa sahaja boleh main PUBG!
Share on FacebookShare on Twitter

Versi terbaru PUBG ialah PUBG Mobile Lite yang dilancarkan pada minggu lepas. Tencent Games mahu memastikan pemain dengan smartphone yang berprestasi rendah mempunyai pengalaman yang lancar sambil bermain dan boleh bermain tanpa halangan.

Dibina dengan Unreal Engine 4, versi PUBG Mobile ini lebih compatible dengan kebanyakan peranti di luar sana. Menurut developer, PUBG Mobile Lite mempunyai saiz 400MB dan boleh berjalan pada peranti yang mempunyai kurang daripada 2GB RAM. Ini ialah pengalaman saya bermain PUBG Mobile Lite.

Penampilan Visual

Visual terperinci yang kami biasa lihat di PUBG Mobile telah diturunkan dalam versi Lite tetapi ini tidak menjejaskan pengalaman permainan saya sama sekali. Sebaliknya, ini menjadikan PUBG Mobile lebih mudah untuk berjalan pada peranti yang kurang berprestasi. Rumput, bangunan, senjata, pemain, semuanya mempunyai bentuk dan tekstur yang lebih ringan tetapi bagi saya, pemain agak sukar untuk dilihat di rumput kerana teksturnya agak choppy.

Dari jauh, pemain hanya dapat dikenali sebagai bintik hitam di rumput. Ini bermakna penggunaan skop menjadi lebih penting di PUBG Mobile Lite. Selebihnya, pengalaman visual kelihatan sangat serupa dengan PUBG Mobile utama.

Sistem Permainan

Gameplay untuk versi Lite hampir sama dengan game utama PUBG Mobile. Menembak dan bergerak masih cekap dan lancar seperti game utama. Lokasi butang dan seluruh HUD kelihatan serupa dan juga mempunyai pilihan yang sama. Pemain boleh “lean” dan menembak serta melompat atas setiap “obstacles” yang sama. Kerosakan pada persekitaran juga sangat realistik. Para developer mendakwa bahawa ia mempunyai aim-assist yang lebih baik daripada game utama. Tetapi semasa bermain, saya tidak rasa terlalu banyak perbezaan.

Prestasi

Saya bermain pada peranti berprestasi rendah dan game ini masih berjalan dengan lancar. Smartphone dengan RAM 2GB atau kurang pasti dapat bermainkan tanpa sebarang lag apa pun. Game ini sangat ringan dan ia tidak akan menjadi masalah untuk smartphone dengan internal storage yang rendah. PUBG Mobile Lite dengan mudah boleh mengekalkan 30FPS. Ini bermakna pemain tidak akan menghadapi isu frame drop sehingga terlepas tembak pada musuh.

Kesimpulan

Ini adalah penyelesaian sempurna untuk mereka yang ingin bermain PUBG pada smartphone berprestasi rendah. Pengalaman dan senjata sangat mirip dengan PUBG Mobile utama dan satu-satunya perbezaan adalah  peta Erangel di sini agak berbeza dari peta Erangel yang bersaiz penuh. Tetapi perkara ini telah diubah suai untuk PUBG Mobile Lite. Itu sahaja ulasan saya tentang PUBG Mobile Lite. Harap-harap kamu semua berseronok!

Tags: 30FPS400MBLiteMobilepubgPubg Mobile LiteRAMUnreal Engine 4
Previous Post

Permainan Aksi Menembak Sci-Fi yang Mendebarkan “GIGANTIC X” kini hadir secara global!

Next Post

Pra-pendaftaran untuk mobile RPG baru Digimon ReArise kini dibuka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Pra-pendaftaran untuk mobile RPG baru Digimon ReArise kini dibuka!

Pra-pendaftaran untuk mobile RPG baru Digimon ReArise kini dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd