Map Tropical untuk PUBG, Sanhok kembali lagi untuk percubaan kali terakhir sebelum ianya betul betul dilancarkan ke dalam live server. Dan percubaan itu bermula pada minggu ini. Juga macam sebelum ini, ianya hanya kepada mereka yang mempunyai PUBG di PC korang.
Kata PUBG Corp. jika semuanya tiada apa apa masalah dan mengikut jadual, Sanhok akan ke live server pada akhir bulan jun nanti. Percubaan bermula pada 31 Mei, iaitu esok dan habis pada 4 Jun nanti. Kepada mereka yang nak join, korang kena lah download Experimental Server. Jadualnya, akan aku letak di bawah untuk reference korang:
PUBG Sanhok Test #4
Bermula Mei 31
- 7 PM PT
- 10 PM ET
- 3 AM BST (June 1)
Berakhir Jun 4
- 4 AM PT
- 7 AM ET
- 12 PM BST
Jadi, apa lagi, jom korang join Test Sanhok dan report kepada mereka jika ada apa-apa perkara yang pelik berlaku. Dan jika ada diantara korang yang merekod, korang boleh hantar footage korang ke Gamer Santai, PM inbox FB kami ye!!!
@gamersantaimy
Discussion about this post