Mark Cerny daripada Sony Interactive Entertainment telah mengesahkan secara rasminya PlayStation 5, dan telah memberikan perincian pertama untuk sistem baru mereka. Ini termasuk dengan keupayaan backward compatible dengan PS4. Satu maklumat yang mungkin tidak dilihat dalam pengumuman ini adalah hard drive PS5 dan waktu loading nya. Menurut Cerny, PS5 akan menggunakan SSD yang merupakan perubahan kepada konsol ini. Perinician mendalam berkenaan SSD dan apa relevannya untuk PS5 tidak diberikan, tetapi dalam kes-kes tertentu, ia memberikan waktu loading 19 kali lebih pantas daripada PS4.
Cerny mengatakan menerusi temuramah Wired, raw read speed adalah penting, tetapi begitu juga dengan mekanisma I/O dan software stack yang diletakkan di atasnya. Dia memiliki PS4 Pro dan menukarkan HDDnya kepada SSD yang berharga sama dengan PS4 Pro itu sendiri, dan dapat merasakan peningkatan kelajuan sebanyak 1/3.
Dengan SSD, bukan sahaja waktu loading akan ditambah baik, terdapat juga kelebihan lain seperti kelajuan untuk render dunia sesebuah game akan meningkat.
Cerny juga mengatakan game seperti Marvel’s Spider-Man, pihak Insomniac Games telah memaksimakan keupayaan PS4 untuk mendapat corak pergerakan Spider-Man disamping mengekalkan aspek lain game tersebut. Cerny menunjukkan game ini dimainkan di PS5 dan hasilnya menunjukkan Spider-Man bergerak lebih laju dan lancar.
Perubahan kepada SSD ini bukan sahaja akan menambah baik waktu loading, tetapi sesetangah games berdasarkan genre juga akan menjadi lebih lancar.
Sumber: comicbook
@gamersantaimy
Discussion about this post