Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS5 tambah warna Gray Camouflage ke koleksi, akan tiba 14 Oktober di Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 7, 2022
in Aksesori, Artikel, Berita, PS5
0 0
0
PS5 tambah warna Gray Camouflage ke koleksi, akan tiba 14 Oktober di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak PS5 dilancarkan pada penghujung tahun 2020, Sony dengan perlahan-lahan telah mengeluarkan pelbagai skema warna untuk controller DualSense dan console cover. Kini, Sony akan mengeluarkan koleksi baharu pada musim luruh ini yang berwarna “Gray Camouflage” untuk PS5.

Menurut Sony, koleksi Gray Camouflage membawa estetika yang segar dan unik kepada keluarga aksesori PS5. Bagi mereka yang berminat, koleksi Gray Camouflage Collection menampilkan set aksesori yang sepadan dengan controller wayarles DualSense, console cover PS5 untuk kedua-dua PS5 edisi Ultra HD Blu-ray dan PS5 edisi Digital, serta headset wayarles Pulse 3D.

Pasukan reka bentuk PlayStation membayangkan semula corak ‘camouflage’ untuk mencerminkan rupa yang lebih segar dan lebih kontemporari. Jika melihat dengan teliti, anda boleh dapati bahawa bentuk PlayStation yang ikonik telah dimasukkan secara halus ke dalam corak.

Secara keseluruhan, ini adalah salah satu skema warna konsol paling unik yang Sony telah umumkan setakat ini. Sebelum ini, semua warna DualSense dan console cover tersedia dalam varian standard iaitu satu warna. Memandangkan Sony kini meluaskan reka bentuk kepada corak memberi andainan kepada peminat bahawa lebih banyak warna berbeza akan datang pada masa hadapan.

Koleksi Gray Camouflage akan tersedia mulai musim luruh ini. Secara lebih khusus, ia akan dilancarkan secara global pada 14 Oktober di Malaysia pada harga MYR369 diikuti dengan pelancaran headset wayarles Pulse 3D pada harga MYR469 pada bulan Disember.

Tarikh pelancaran tepat untuk koleksi Gray Camouflage mungkin berbeza mengikut lokasi, jadi anda boleh pastikan ketersediaan di kedai game terdekat.

Apa pendapat korang tentang warna terbaru ini? Lawa atau tidak? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami berkaitan PS5, sila tekan pautan ini.

Tags: Gray Camouflageps5
Previous Post

Xbox Game Pass bawa masuk Disney Dreamlight Valley & Metal: Hellsinger untuk bulan September

Next Post

Keanu Reeves kembali dalam DLC baru Cyberpunk 2077 – Phantom Liberty, bakal tiba 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Keanu Reeves kembali dalam DLC baru Cyberpunk 2077 – Phantom Liberty, bakal tiba 2023!

Keanu Reeves kembali dalam DLC baru Cyberpunk 2077 - Phantom Liberty, bakal tiba 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd